Ziana Zain Cari Kekuatan Dari Surah Yasin

Loading...

SURAHBYASINBBERIBKEKUATANBZIANABZAIN - Ziana Zain Cari Kekuatan Dari Surah Yasin
Setahun sudah berlalu, rumah tangga yg dibina selama 20 thn akhirnya terlerai dlm rona putus terpaksa. Meskipun, kelibatnya tetap lincah, riaksinya sering bercanda ketika berurusan dlm mana-mana acara seni, namun siapa sahaja yg tahu apa sebenarnya yg terbuku di sebalik hati insan seni bernama Ziana Zain?

Untungnya Ziana, dia masih punya ibu bapa yg cukup memahami dirinya. Sbgmana dua jiwa kesayangannya itu menyokong kerjaya seninya sedari dahulu, sebegitu erat juga pautan tangan ibu bapanya tatkala dia diuji dlm bahtera perkahwinan yg telahpun karam thn lalu.
Bangkit drpada kekecewaan, Ziana Zain bersandarkan seluruh kekuatan kepada Yg Maha Esa. Tuntutan agama menjadi sandaran bahu dlm menongkah ujian takdir yg tertulis.
“Saya tinggal bersama bapa dan ibu saya. Mereka sangat rajin beribadat. Mereka tidak pernah tinggal solat Duha dan baca Yassin setiap kali selepas subuh. Saya tahu hikmah membaca surah Yassin sebab saya pernah buat satu ketika dahulu dan ianya menjadi apa yg saya minta pd waktu itu. Sekarang saya memberitahu diri saya at least sekali sehari utk membaca Yassin. Tetapi waktu terbaik utk membaca Yassin adalah di awal pagi. Sebab Yassin memberi satu semangat dan energi yg saya sendiri tak dapat nak gambarkan. Saya rasa sangat seronok setiap kali selepas membaca Yassin. Sekarang baru saya faham nikmat itu apabila ibu saya berkata nak kalau blh Yassin tu baca pagi-pagi kerana ia adalah pembuka kehidupan kita. Jikalau terlampau sibuk sekali pun, at least berzikir 33 kali dan selawat supaya Allah memudahkan urusan kita”, kata Ziana kepada team portal online patuh syariah Salam Today.

Menurut Ziana lagi pd fasa kehidupannya sekarang tiada apa yg dipohonnya kepada Allah SWT melainkan diberikan kebahagiaan yg hakiki kepada dirinya dan anak-anak. Ziana juga tidak putus-putus berdoa kepada yg maha Esa supaya dipulihkan kembali semangatnya dan anak-anak supaya mereka sekeluarga dapat meneruskan kehidupan dan lupakan tentang kisah lalu.
Kami doakan yg baik-baik buat insan bernama Siti Roziana Zain bersama keluarganya dlm kehidupan peribadi dan kerjaya. Semoga mendung berarak lalu, menghadirkan pelangi indha menghiasi langit biru. Stay stong, diva!
Loading...

Tags: #Cari #Dari #Kekuatan #Surah #yasin #Zain #Ziana

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.