Zamri Vinoth Disiasat, Geng MAZA Tunjuk Perasaan Tak Puas Hati..

Loading...

SOSMED | Selepas Zamri Vinoth ditahan dan disiasat pihak polis, beberapa kelompok agamawan dilihat lantang mempertikaikan tindakan itu. 

Meskipun secara berkias, Dr. Asri Zainal Abidin memulakan strateginya dgn satu status di Facebook yg mendapat perhatian ramai pihak.

Ramai merasakan di bawah urus tadbir hari ini, Islam makin terancam di Malaysia. Apakah pendapat anda?,” katanya di status itu. 

Di hantaran itu, kebanyakannya memilih menyokong MAZA.

MAZA 1 - Zamri Vinoth Disiasat, Geng MAZA Tunjuk Perasaan Tak Puas Hati..


Kemudiannya disambung pula oleh Ustaz Firdaus Wong dlm satu hantaran di dindingnya;

“Saya memuji tindakan pantas pihak berkuasa menyiasat laporan polis yg dilakukan terhadap sahabat pendakwah saya iaitu Zamri Vinoth. Andai beliau terbukti bersalah, saya sbg Muslim tidak akan mempertahankan beliau kerana mempertahankan prinsip Islam dan undang-undang negara mengatasi individu. Namun andai beliau tidak bersalah, saya akan mempertahankan beliau.

Cuma ada beberapa persoalan yg timbul;

1) Kenyataan Zamri Vinoth manakah yg menghina Hindu? Kenyataan beliau yg mengatakan Hindu sembah 330 juta tuhan atau mengatakan Siva Lingam itu adalah kemaluan tuhan mereka?

2) Adakah Zamri berbohong dan mengfitnah agama Hindu ataupun apa yg beliau katakan itu adalah sesuatu yg ada asasnya? Jikalau berbohong maka itu sesuatu yg tak patut dilakukan seorang Muslim tetapi jikalau apa yg dikatakannya ada asasnya, maka apakah berkata sesuatu yg benar itu dikira menghina?

3) Zamri direman 4 hari setelah beberapa laporan polis tetapi bagaimana dgn P Waythamoorthy & P Ramasamy, M Kulasegaran?

4) Apakah umat Islam semakin tersepit dan terancam di Malaysia yg majoriti penduduknya adalah Muslim manakala ekstrimis agama dan bangsa lain saban hari menghina dan mengfitnah Islam & Muslim?

5) Sehingga hari ini P Waythamoorthy tidak pernah meminta maaf ataupun sekurang-kurangnya menarik balik kenyataan fitnah beliau kononnya Hindu dipaksa masuk Islam kalau mahu kerja di kerajaan dan juga tuduhan tuduhan liarnya yg lain?

6) Kematian Adib dlm serangan di kuil dan mereka yg terlibat masih bebas tetapi seorang pendakwah yg tidak membunuh sesiapa dan sekadar menceritakan pengalaman lampau sebelum Islam telah ditahan?

Beberapa persoalan yg timbul setelah berdiam diri beberapa hari ini bg menganalisis perkembangan semasa dan melihat seolah-olah Islam semakin diancam gerakan ekstrimis agama Hindu.

Sentimen yg saya terima drpada masyarakat Muslim apabila berceramah di seluruh negara adalah Islam diperlekeh dan dihina malahan ramai yg memberitahu saya setelah kerajaan baru di bawah Pakatan Harapan ambil alih, tindakan double standard di mana andai Muslim tindakan cepat dikenakan tetapi andai Non Muslim terutamanya ahli politik maka kes digugurkan atau tiada tindakan atau senyap.

Itu yg saya dengar dan terima dr orang ramai. Apa pendapat sahabat semua?,” katanya.

Kenyataan ini pula dikongsikan sebanyak 7,200 kali di Facebook setakat petang 30 April 2019. 



Respon netizens;

maza2 - Zamri Vinoth Disiasat, Geng MAZA Tunjuk Perasaan Tak Puas Hati..


Disebabkan hantaran itu, kerajaan kini dianggap telah melakukan pembulian ke atas umat Islam.

Di sosmed juga, ada pihak yg menyebarkan video ceramah Ustaz Zamri yg dituduh menghina penganut Hindu bg membuktikan tindakan Ustaz Zamri tidak salah.

Ceramah itu dipercayai disampaikan pd thn lps, 30 Disember 2018.

Dalam rakaman itu Ustaz Zamri dipetik sbg berkata,

“Daripada kecik tuan-tuan, orang-orang mcm kami ini, kami ada je fikir mcm ada sesuatu yg tak kena dlm naluri kami. Ini saya percaya dikalangan orang bukan Islam yg lahir bukan Islam mesti dia rasa ada something wrong dgn agama dia. Saya pula sejak kecil, saya dok fikir, belah bapa Kristian, mak pula Hindu. 

Dan saya fikir, tidak mungkin tiga-tiga agama ini blh jadi betul dlm satu masa yg sama. Mustahil.

Sebab konsep ketuhanan dlm ketiga-tiga agama ini tak sama. 

Kalau dlm agama Hindu, agama Hindu ada byk konsep Ketuhanan.

Konsep ketuhanan yg paling famous, tahu tak mereka percaya pd berapa Tuhan?

Cuba teka? Bglah satu nombor. Rasa-rasa orang Hindu percaya pd berapa Tuhan? 5, sikitnya. 100, pun sikit. Dozen pun sikit. 



Sebab dorang percaya 330 juta Tuhan. Hah..

Saya pula dok fikir jika saya sembah satu tuhan satu hari sampai mati, tak habis ini,” katanya. 

Ustaz Zamri juga mempertikaikan konsep menyembah batu.

“Dan pd saya ketika itu, saya tak bercakap bg pihak orang-orang Hindu lain yg ada sekarang.

Tapi pd saya tuan-tuan, bila saya tengok, saya rasa mcm tak logik langsung.

Kita sembah batu, dan bg mkn pd batu. 

Saya tak blh terima. Saya tak blh terima (rasa tak logik di akal),” jelasnya lagi. – 30 April 2019.

Loading...

Tags: #Disiasat #GENG #Hati #MAZA #Perasaan #Puas #tunjuk #Vinoth #Zamri

author
Author: 
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara
    Dituding Jadi Simpanan Om-Om Karena Byk Uang, Barbie Kumalasari: Bisnis Gue Byk!
    slidegossip.com – Belum lama ini artis Barbie Kumalasari kembali menuai sensasi saat dirinya

    Comments are closed.