Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold

Loading...

000 7 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold


Assalamualaikum korang, 


Alhamdulilah rezeki BBL dapat beli Macbook Air 2018 terbaru selepas sekian lama mengidam nak ada satu macbook. Bajet RM6k mula-mula confuse nak beli sama ada Macbook Air, Macbook Pro atau iMac. Macbook pulak dilema Macbook Air 2018 atau Macbook Air 2013. 
ScreenshotB2019 02 10BatB12.42.26BAM - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
Macbook keluaran terbaharu dah tak ada lagi lampu apple ikonik kat belakang tu. Agak sedih jugak sebab BBL berkenan dgn logo tu. Btw sebelum ni housemate rumah pernah pakai kejap, dia bagitau bateri macbook cepat habis dan lampu apple cuma menyala dlm keadaan malap/gelap sahaja. Kat situ hilang satu masalah nak pilih macbook lama atau baru. Then datang satu lagi masalah nak beli macbook air atau pro. Ikutkan hati saya sangat suka macbook pro sebab nampak maskulin dan nice giler. 

IMG 6780 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold


Seminggu sebelum beli tu pergi la survey kat Machine Setia City Shah Alam then staff suggest ambil macbook air je sebab tengok keperluan BBL cuma update blog, social media dan bukan kerja heavy seperti edit gambar, video atau rendering design. Maka hari kejadian pukul 9 malam terus beli Macbook Air 2018 kat Machine Sunway Piramid. Gigih tak lepas balik kerja terus pergi beli.

So BBL beli la MacBook Air warna Gold, nampak ekslusif selain ini keluaran pertama mac berwarna Gold. Basic warna mac sebelum ni just Silver dan Space Grey (baharu). 

ScreenshotB2019 02 10BatB12.55.21BAM - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
ScreenshotB2019 02 10BatB12.58.36BAM - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
Paling menarik tentang Macbook Air 2018 ni mestilah blh unlock guna touch id seperti iPhone sekarang. Tak payah taip password lepas mode ‘sleep’, buka je skrin terus touch id. Lagi satu design keyboard baharu sangat selesa nak menaip, besar dan smooth je. Favourite saya semestinya teknologi Force Touch Trackpad yg 20% lebih besar dr siri Macbook Air ini. 

Speaker sangat nice sebelah kiri dan kanan anda. Bila buka lagu kat Youtube suara detail kiri kanan telinga dan blh tahan kuat jugak walaupun buka volume slow. Seperti biasa lampu bawah keyboard blh laras nak cerah atau malap dgn mudah je. Tak lah typo bila menaip dlm gelap bilik kan. 

Unboxing Macbook Air 2018


Dalam kotak ni ada benda basic je seperti guideline paper, type C USB charger dan semestinya sticker logo Apple berwarna gold. Biasanya sticker warna silver kan. 
IMG 6779 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
IMG 6798 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold

Jadi kita close up tengok rupa macbook air dgn lebih dekat. Wallah!

IMG 6762 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
IMG 6772 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
 – pandangan hadapan –
IMG 6784 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
 – sisi kanan – headphone jack port –
IMG 6787 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
 – sisi kiri – Tybe C USB port –

IMG 6765 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
 – paparan antaramuka keyboard –

Pengalaman Guna Macbook Air
Tersangat ringan cuma 1.25kg je. Senang nak bawa ke mana-mana utk siapkan kerja entri blog, balas email, tonton youtube atau blogwalking. Walaupun dah hampir 17 thn guna Window dan ramai orang cakap macOS berbeza tapi rasanya tak berbeza sangat cuma kena biasakan diri guna sahaja. Sekarang ni BBL masih guna laptop biasa utk siapkan kerja dan Macbook time depan tv atau atas katil. Masih tak blh move on laptop lama yg skrin besar tu. 

IMG 6794 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold


Selain tu banyak trick Macbook Air kena belajar dan sangat mudah nak praktik sebenarnya. Alah benda ni nanti dah biasa guna rasa sama je. Nasib baik bateri power sekarang blh tahan sehingga 13 jam so mudah nak kemana tanpa perlu bawa charger sekali. Jimat bateri eh. 

Sembang kabel charger ni elok wrap dgn “cacing” ni utk make sure tahan lama dan elak dr warna bertukar jadi hitam. Unless korang tak kisah keluar duit RM89 beli kabel baharu. Ni blh beli kat kedai aksesori telefon atau kedai Ustaz. Macam-macam warna ada..kena gigih jelah wrap sampai habis macam BBL je. Kalu malas, just wrap kat hujung kabel dah memadai. 

photo 2019 02 15 18 31 22 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
photo 2019 02 15 18 26 24 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold
photo 2019 02 15 18 26 30 - Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold

Satu lagi skrin macbook air ni jenis Retina Display, so bila tengok video youtube resolusi 1080p cantik dan lawa. Transfer gambar 4K pun clear betul pixel warna, sharp dan detail. Bercakap tentang internal memori pulak BBL pilh 128gb sahaja. Kalu korang simpan banyak file, gambar, video atau lagu blh pilh 256gb pd harga RM6,099. iPhone saya pun memory 128gb itu pun banyak space tak guna walaupun bersepah gambar dan video. Malas nak clear. Nak senang semua gambar dan video simpan dlm hard disk je. 

Itu sahaja BBL nak share dgn korang. Puas hati bila dapat beli macbook air akhirnya selepas bertahun hanya merasa try demo set kat Machine tu. Chow..


Loading...

Tags: #2018 #Beli #Dapat #Gold #Macbook #Warna #Yeah

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Yeah Dapat Beli Macbook Air 2018 Warna Gold"