Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

Loading...

Untitled design 57 1 1 - Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

Buah oren memang ‘zest’, dimakan mentah atau dijadikan jus buah. Kaya dgn vitamin dan mineral serta mengandungi serat mknan yg sangat diperlukan oleh tubuh bg pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yg normal.

Khasiat yg terkandung didalam dpt menurunkan risiko beberapa penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular dan kanser. Min paling suka aromanya yg blh buat kita terliur. Samada dimasukkan dlm lauk utama seperti sup dan ayam goreng, lagi pulak dijadikan bahan  pastri atau pencuci mulut, memang enak.

Jom cuba 5 aneka resipi  lauk dan pencuci mulut berasaskan oren ni.

1. KASTARD OREN

Untitled design 49 14 - Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

BAHAN-BAHAN:

  • 120gm gula pasir
  • 250gm susu pekat
  • 500gm susu sejat
  • 5 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 biji oren | ambil jus dan parutan kulitnya
  • 1/2 biji hirisan halus kulit oren
  • 1/2 sudu teh garam
  • Sedikit mentega

HIASAN:

  • Buah oren dan strawberi

CARA MEMASAK:

1. Panaskan ketuhar 150C menggunakan api atas bawah.
2. Lenserkan mentega yg telah dicairkan pd loyang atau acuan yg akan digunakan bg memudahkan utk mengeluarkan kastard oren nanti. Ketepikan.
3. Di dlm kuali tidak melekat masukkan gula, jus oren dan hirisan kulit oren. Masaklah sehingga gula larut dan memekat. Setelah itu alihkan gula tersebut ke dlm acuan atau loyang. Ketepikan.
4. Di dlm jag, bancuh susu pekat, susu sejat, telur, garam dan esen vanila, pukul sebati tetapi tidak terlalu lama cukup sekadar bahan-bahan tersebut larut dan sebati. Tuangkan bahan-bahan
tersebut ke dlm acuan tadi menggunakan penapis.
5. Letakkan acuan ke dlm bekas yg agak besar dan blh menakung air, setelah itu tuangkan air panas ke dlm bekas tersebut.
6. Bakarlah selama 30 minit atau sehingga permukaan kastard bertukar kepada warna keperangan dan kastard tidak melekat pd lidi apabila dicucuk.  

Info Chef – Teknik memasak kastard ini blh juga ditukarkan kepada teknik mengukus selama 30 minit.

Saiz hidangan : 5-6 orang
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kastard
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yg menyegarkan
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Reneh dan bakar

2. STIR FRY ORANGE CHICKEN

Untitled design 53 1 - Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket ayam goreng segera
  • 4 biji bawang putih | cincang
  • 2cm halia | hiris halus
  • 1 biji bawang besar |hiris tebal
  • 2 sudu mkn kicap masin
  • 250ml jus oren
  • 1 biji parutan kulit oren
  • 2 sudu teh serbuk stok ayam
  • 125ml air
  • 2-3 sudu teh gula atau secukup rasa
  • 2 sudu teh tepung jagung
  • 250gm brokoli | potong kecil serta celur sebentar
  • 150gm asparagus | potong 3cm panjang serta celur sebentar
  • Daun bawang sbg hiasan
  • Minyak masak utk menggoreng dan menumis

CARA MEMASAK:
1. Goreng ayam segera sehingga masak.  Angkat dan ketepikan.  
2. Tuang minyak masak ke dlm bekas dan tinggalkan sedikit lebih kurang dua sudu mkn minyak utk menumis. Kemudian tumiskan bawang putih, halia dan bawang besar sehingga wangi.  
3. Masukkan kicap masin, jus oren, stok ayam dan parutan kulit limau. Kacau sebentar. Bancuh tepung jagung bersama air kemudian tuang ke dlm kuali, masaklah sehingga kuah agak memekat.
4. Akhir sekali masukkan brokoli dan asparagus. Kacau sebentar kemudian tutupkan api. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi dan gaul bersama kuah. Hiaslah hidangan dgn daun bawang.

5. Siap utk dihidangkan.

Info Chef – Brokoli dan asparagus dicelur bg mengekalkan warna kehijauan sayuran tersebut dan rasanya lebih rangup.

Saiz hidangan : 8-10 orang
Waktu memasak: 45 minit
Jenis hidangan : Lauk pauk
Keistimewaan : Ada rasa masam, masin dan manis yg sekata
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak : Celur, tumis dan goreng

3. SUP OREN

Untitled design 52 7 - Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

BAHAN-BAHAN:

  • 125gm dal merah halus yg telah direbus
  • 1 biji parutan kulit oren
  • 1 biji perahan jus oren
  • 1 batang lobak merah |potong dadu
  • 1 biji bawang besar | hiris 
  • 4 biji bawang putih | hiris
  • 2 sudu teh serbuk cili
  • 1 sudu teh garam atau secukup rasa
  • 1 sudu teh serbuk stok ayam
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk ketumbar
  • 400ml air
  • Sedikit daun ketumbar sbg hiasan
  • Mentega utk menumis

CARA MEMASAK:
1. Di dlm periuk, panaskan mentega, masukkan bawang besar, bawang putih dan lobak merah. Tumiskan sehingga agak layu, kemudian masukkan serbuk jintan putih, serbuk ketumbar dan serbuk cili kacau
sebentar.  
2. Masukkan air, dal, garam dan stok ayam.  Apabila menggelegak tutupkan api dan kisar kesemua bahan sehingga hancur.
3. Setelah itu tuang kembali bahan yg telah dikisar ke dlm periuk, bersama parutan kulit oren dan jus oren. Masaklah sehingga sup agak memekat dan tutupkan api.
4. Angkat dan sedia dinikmati. Semasa menghidangkan sup blhlah diletakkan sedikit yogurt dan hiaslah dgn daun ketumbar.

Info chef: Enak dinikmati ketika panas.

Saiz hidangan : 4-6 orang
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Sup
Keistimewaan : Rasa dan aroma oren yg menyegarkan
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Rebus dan Tumis

4. ORANGE SCONE WITH ORANGE MARMALADE 

Untitled design 51 11 - Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

MARMALADE

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji oren | ambil jus
  • 2 biji lemon | ambil jusnya
  • 2.5kg gula pasir
  • 2.5ml air

CARA MEMASAK:
1. Perahkan kesemua oren dan lemon ke dlm bekas, tapis biji dan korek buang segala serat-serat oren dan lemon menggunakan sudu.  Bungkus di dlm kain kasa serta diikat.  Ketepikan.
2. Hiris nipis-nipis secara memanjang kulit oren dan lemon yg dikorek biji dan seratnya tadi sehingga selesai.  
3. Kemudian di dlm periuk masukkan kesemua jus oren, lemon, air dan kain kasa yg berisi biji dan serat limau.  Rebuslah sehingga 1-2 jam sehingga kulit limau terlihat seperti lut sinar dan
lembut.  Kemudian masukkan gula, masaklah sehingga gula itu memekat. Tutupkan api,  tuangkan marnalade itu semasa masih panas ke dlm bekas jem.

Simpan di tempat yg sejuk dan redup.

Info chef: Marmalade tahan selama 4-6 bln di suhu bilik sehingga tutup botol jem dibuka.

Saiz hidangan : 6-8 botol jem
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Jem
Keistimewaan : Rasa masam dan manis
Cara memasak :Rebus dan reneh

SCONE OREN

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 2 sudu mkn gula pasir
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1 1/2 teh garam
  • 125gm mentega
  • 125gm kismis
  • 1 biji parutan kulit oren
  • 125gm susu segar penuh krim
  • 1 biji telur gred B
  • 2 sudu teh esen vanila

SAPUAN TELUR:

  • 1 biji telur
  • 1 sudu mkn susu segar

CARA MEMASAK:
1. Di dlm mangkuk gaulkan tepung gandum, gula pasir, serbuk penaik,garam sehingga sebati. Masukkan mentega gaulkan sehingga menjadi seperti serbuk roti kemudian masukkan kismis dan parutan kulit
oren kacau lagi.  
2. Satukan susu, telur dan esen vanila di dlm bekas kacau sehingga kesemuanya sebati kemudian tuangkan ke dlm adunan tepung.
3. Pd peringkat ini tepung hendaklah digaulkan menggunakan sudu kayu tetapi tidaklah terlalu lama  cukup sekadar kesemua cecair dan tepung sebati.  Jika terlalu lama doh akan menjad keras.  
4. Simpan doh di dlm peti sejuk selama 30 minit sebelum proses membentuk scone.
5. Tabur tepung di atas papan pencanai dan di atas doh canaikan doh cukup sekadar meratakan menggunakan tangan dgn ketebalan  3-4 cm.
6.Tekaplah doh menggunakan penekap bulat bersaiz 2 cm.  Buatlah sehingga selesai menghasilkan 10 sehingga 12 biji scone.
7. Sapukan dgn telur yg telah dipukul sedikit bersama susu segar. Bakar menggunakan api atas bawah dgn suhu 150 C selama 20 – 30 minit atau sehingga scone bertukar warna keemasan.
Setelah masak blhlah disejukkan di atas rak dawai.

Saiz hidangan : 10-12 biji
Waktu memasak: 1 jam 30 minit
Jenis hidangan : Barat
Keistimewaan : Rasa scone yg lemak dan aroma oren yg segar
Jenis masakan : Pembuka selera
Cara memasak : Kukus

5. MUFFIN OREN DAN STRAWBERI

Untitled design 50 12 - Wow, Zest Oren Dlm 5 Aneka Menu. Sesuai Dibuat Berbuka & Moreh Nanti.

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tepung gandum
  • 160gm gula pasir
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 biji parutan kulit oren
  • 60ml  jus oren
  • 125gm mentega yg dicairkan
  • 125ml susu segar penuh krim
  • 2 biji telur saiz B
  • 125gm strawberi yg telah dihiris kecil-kecil

CARA MEMASAK:
1. Panaskan oven pd suhu 150C menggunakan api atas bawah. Ketepikan.
2. Di dlm mangkuk, satukan tepung, gula pasir, serbuk penaik, garam, parutan kulit oren dan gaul sebati menggunakan dawai pengacau. Kemudian masukkan jus oren, mentega, susu segar penuh krim dan
telur. Kacau sehingga adunan sebati.  
3. Akhir sekali masukkan strawberi tinggalkan sedikit utk dihiaskan di atas adunan tepung.  
4. Sendukkan adunan tepung ke dlm cawan kertas yg telah disusun di dlm loyang pembakar kemudian hias di atas tepung itu dgn lebihan strawberi. Bakar muffin sehingga masak selama 30 minit
atau bergantung kepada ketuhar masing-masing.

Saiz hidangan : 12 biji
Waktu memasak: 1 jam
Jenis hidangan : Kek cawan
Keistimewaan : Gabungan rasa oren dan strawberi yg unik
Jenis masakan : Pencuci mulut
Cara memasak :Bakar

RESIPI: TERIMA KASIH NUR ADLINA BAHARUDIN, PUTRAJAYA

Loading...

Tags: #Aneka #Berbuka #dibuat #MENU #Moreh #NANTI.. #Oren #Sesuai #Zest

author
Author: 
    Resipi Masakan Turki (Hünkar Beğendi)
    Dalam program sebelumnya kami telah menyebutkan bahawa dlm masakan Turki terdapat sekurang-kurangnya seratus
    Biskut Kelapa Nestum
    Biskut Kelapa NestumBy Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan-bahan250 gm marjerin200 gm gula kaster1 kuning
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk Memasak
    7 Herba Itali Yg Anda Patut Kenali Sebelum Guna Utk MemasakDi thn-tahun awal
    Gulai Kari Ikan Kering Tumis Darat
    Hari ini saya ingin kongsikan intipati Kuliah Zohor oleh Ustazah Fadilah Yaacob tajuk

    Comments are closed.