WAS-WAS, MASALAH KULIT LUKA

Sembahyang orang yg terkena luka. Sembahyang was-was bilangan rakaatnya. Bacaan berlindung kepada Allah Ta‘ala

Soalan:

1.   Seseorang menghidap penyakit kulit atau luka dan terpaksa di plastar. Bila plastar dibuka darah atau nanahnya masih berair dan terpaksa ditutup dgn plastar, berkenaan dgn sembahyang tidak ada uzur, tiap-tiap sembahyang berkehendakkan wudhu, mcmana mengambil wudhu utk sembahyang?

2.   Dalam sembahyang fardhu maghrib ketika berdiri dlm rakaat yg keempat baru teringat akan sembahyang itu ialah fardhu maghrib. Adakah sah sembahyang itu. Apa hukumnya?

Jawapan:

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على سيدنا محمد رسول رب العالمين، وعلى اله وصحبه الذين كانوا علة النهج المبين

1.   Orang yg memakai plastar di atas umpama kudis atau luka, dan dia tiada dpt membuka atau menanggalkan plastar itu dr atas lukanya atau kudis umpamanya umpama sebab takut lambat sembuh atau bisa atau cacat yg nyata pd anggota yg nyata seperti lengan. Bila ia hendak mengambil wudhu, maka hendaklah ia mengambil wudhu bagaimana biasa, dan ia sapukan air di atas plastar itu ketika membasuh anggota itu, umpamanya plastar itu ada di lengan maka lps ia membasuh muka, maka ia basuh tangan atau lengan dan ia sapu di atas plastar yg ada di lengan itu dgn air, kemudian ia tayammum dgn debu tanah dgn meletakkan dua tapak tangan kering di atas debu dan niat tayammum serta menyapu mukanya, kemudian ia letakkan dua tapak tangan di atas debu kerana menyapu dgnnya akan dua tapak tangan serta dua lengan serta dua siku luar dan dlm atau atas dan bawah lengan itu, dan blh lps ia membasuh muka maka ia tayammum kerana lengan yg ada plastar itu dan hendaklah tangan itu kering, kemudian ia basuh tangan yg tiada plastar itu yakni yg sihat. Kemudian ia sapu kepala dan kemudian basuh dua  kaki serta dua buku lali, maka tamatlah wudhunya itu.

Akan tetapi oleh kekurangan pd wudhu, sebab tiada membasuh tangan dgn sepenuhnya, kerana ada plastar di atasnya dan kerana tayammum pun kurang iaitu tiada dpt menyapu debu di atas tangan dgn sepenuhnya, kerana ada plastar, maka ertinya pengganti itu kurang yakni tayammum, dan yg kena ganti itu kurang juga yakni wudhu, maka mestilah bg yg memakai plastar dgn keadaan begitu rupa, mengulang semula semua sembahyangnya selama ia memakai plastar itu.

Itulah hukum di atas orang memakai plastar atau balut atau semen di atas anggota wudhu dan di atas anggota tayammum dan anggota tayammum ialah muka dan dua tangan dlm mazhab al-Imam as-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu.

Adapun pd mazhab al-Imam Malik Radhiallahu ‘anhu maka orang yg memakai plastar atau ubat atau balut atau simen di atas anggota wudhu dan tiada dpt ia buka atau tanggalkan plastar atau ubat itu, maka ia balut ubat itu dgn kain umpamanya kalau sakit kena air, kemudian ia sapu air di atas balut ubat itu, dan jika plastar atau simen atau balut maka ia berwudhu bagaimana biasa, dan bila sampai waktu membasuh tangan, dan dilengannya ada plastar umpamanya maka ia basuh tangan yg sihat itu dan ia sapu dgn air akan semua plastar atau semua balut itu dan ia teruskan wudhunya bagaimana biasa, dan ia sembahyang bagaimana biasa, dan tiadalah ia mengulangi sembahyangnya itu, selama ia memakai balut atau plastar itu dgn sebab takut mudharat menanggalkan plastar atau balut itu.

Bagi orang yg memakai plastar di lengannya dan ia hendak mengikut mazhab al-Imam Malik, maka hendaklah ia berwudhu dgn niat bagaimana biasa, dan ia basuh muka semuanya bagaimana biasa, kemudian ia basuh dua tangan mana-mana yg sihat itu dan ia sapukan di atas semua plastar atau balut yg ada di atas lengannya dgn air, kemudian ia sapu semua kepala termasuk lubang tengkuk dan kulit di atas dan belakang dua telinga dan rambut dua pelipis ini mengikut mazhab al-Imam Malik, kemudian ia basuh dua kakinya bagaimana biasa, dan mestilah basuh dan sapu anggota-anggota itu dilakukan berturut-turut, dgn tiada berlengah-lengah, dan mestilah digosok segala anggota wudhu itu dgn tangan iaitu segala muka da rambut dan segala tangan, lengan, dan jari-jari dan kaki dan jari-jarinya, kerana dlm mazhab al-Imam Malik erti basuh itu bukan melakukan air sahaja, bahkan hendaklah dilakukan air di atas anggota serta digosok dan disental dgn menggunakan tapak tangan.

Ringkasnya: Fardhu wudhu dlm mazhab al-Imam Malik ada tujuh perkara:

 (1)                   Niat

 (2)                   Membasuh muka

 (3)                   Membasuh dua tangan serta dua siku

 (4)                   Menyapu semua kepala termasuk lubang tengkuk dan kulit di atas dan di belakang dua telinga dan rambut dua pelipis

 (5)                   Membasuh dua kaki serta dua buku lali

 (6)                   Berturut-turut dgn tiada berlengah-lengah pd melakukan wudhu

 (7)                   Menggosok dan menyental dgn tapak tangan akan anggota-anggota wudhu yg dibasuh

Ingatan:

Boleh seseorang yg terpaksa memakai plastar dimana-mana anggota wudhunya itu bertaklid wudhu dlm mazhab al-Imam Malik dgn syarat mengikut betul-betul cara wudhu mazhab al-Imam Malik itu bagaimana di atas.

2.   Dalam sembahyang maghrib ketika berdiri dlm rakaat yg keempat baharu ia teringat akan ia sembahyang maghrib, maka ia turun duduk dgn segera, kemudian ia membaca tahiyyat akhir, kemudian ia sujud sahwi dua kali, kemudian memberi salam, dgn perbuatan begitu maka tamat sembahyang maghribnya dan sah sembahyang maghrib itu.

والله المعين الموفق والله اعلم

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA

HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]

Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #Kulit #luka #Masalah #WASWAS

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "WAS-WAS, MASALAH KULIT LUKA"