Walaupun Disekat Dan Dihalang Berceramah, Saya Tetap Akan Membantu Terengganu..

Oleh : Mohd Afandi Salleh

GEMBIRA. Beberapa hari lps saya menerima undangan dr Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) utk memyampaikan ceramah/tazkirah berkenaan Gaza, Palestin di Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu pd 4hb April ini.

1 1 - Walaupun Disekat Dan Dihalang Berceramah, Saya Tetap Akan Membantu Terengganu..

2 - Walaupun Disekat Dan Dihalang Berceramah, Saya Tetap Akan Membantu Terengganu..


Saya amat teruja menerima undangan tersebut walaupun dlm keadaan yg amat sibuk. Semalam, saya sempat menelaah nota dan menyediakan slide persembahan. 

Sudah 2 hari saya di Kuala Lumpur dan awal pagi ini bergegas ke Perlis tetapu saya atur jadual penerbangan agar pulang pd hari ini juga demi memastikan jadual ceramah di Masjid Bukit Besar berjalan dgn baik.

HIBA. Pd pagi ini (3hb. April) saya menerima panggilan dr pegawai JHEAT memaklumkan ceramah saya dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. 

Adakah kerana saya sbg Timbalan Naib Canselor UniSZA sebuah institusi Kerajaan Pusat atau bukan penyokong Pas?, itu saya tidak pasti. 

Cuma beliau memaklumkan orang politik telah arah utk menyekat saya dr menyampaikan ceramah Sejuta Doa buat al-Aqsa.

TEGUH. Sbg Aktivis MyCare@Aqsa Syarif, perjuangan membebaskan Palestin dr penjajahan Israel amat dekat di hati saya. 3 kali saya memasuki Gaza menghantar bantuan Kemanusiaan. Misi kali ke 4 paling mencabar, sbg satu-satunya aktivis Malaysia dan Muslim bersama 20 aktivis dunia yg lain di atas bot kecil al-Awda yg berlayar menuju ke Gaza membawa ubatan, kami telah diserang oleh tentera rejim Zionis Israel, diacukan senapang dan pistol, kemudian diculik dan dipenjarakan di Israel. 

Ia tidak mematahkan semangat saya utk menyumbang kepada pembebasan Palestin. 

Namun hari ini, hati saya sayu apabila Masjid di negeri sendiri menghalang saya utk berkongsi pengalaman dan ilmu saya. Tak mengapalah, mungkin byk kekurangan menyebabkan Allah tidak mengizinkan saya berceramah di rumahNya. 

Ironisnya, saya menerima surat dr Jabatan yg sama/Kerajaan Negeri memohon saya menghantar 80 orang pelajar utk mendengar ceramah seorang Exco berkenaan Palestin pd tarikh yg sama. Selaku Timbalan Naib Canselor, sbg rakyat Terengganu dan tambahan lagi sbg aktivis Palestin, saya meluluskan permohonan tersebut. 

Saya juga meluluskan program membersih kawasan amcaman Aedes di sekitar Kuala Terengganu dgn menghantar 500 orang pelajar pd 5hb.April nanti. Dan byk lagi program utk membantu rakyat Terengganu telah dibuat dan akan dibuat. 

Dengan sedikit kuasa yg ada, saya bertekad utk terus membantu membangunkan rakyat Terengganu walaupun saya disekat utk berceramah tentang isu Palestin di negeri sendiri. Allahu mustaan. – 3 April 2019.

Loading...

Tags: #akan #Berceramah #Dihalang #Disekat #Membantu #Saya #Terengganu #Tetap #Walaupun

author
Author: 
    Sekarang Ganteng Banget! Wajah Artis Ini Sebelum Operasi Plastik Bikin Kecewa Netizen?
    slidegossip.com – Rowoon SF9 dikenal memiliki wajah super tampan dgn postur tubuh yg
    Download : Homophones of There | Their | They’re (Worksheets)
    Words there their they’re are homophones which are easily confused. This trio falls
    “Nak pakai kasut coklat, kasut putih, kasut hitam, kasut kelabu pun blh” – Dr Mahathir
    Dr Mahathir Mohamad berkata masih byk maklumat yg sedang “dihadam” beliau di Kementerian
    Sinopsis The Demi-Gods And Semi-Devils Episode 1
    Kini RTV akan menayangkan drama asal Tiongkok yg berjudul The Demi-Gods And Semi-Devils.

    Comments are closed.