Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.

Loading...

“Meletakkan kesalahan kepada kakitangan adalah perbuatan keji,” itulah antara respon netizens yg mempertikaikan kenyataan maaf Hospital Pantai Sungai Petani.

Perkara itu timbul apabila netizens mempersoalkan tindakan pihak hospital itu yg mengutamakan biasiswa kepada semua kaum kecuali melayu.

“Biasiswa penuh, mohon sekarang. Tarikh temuduga 28 Mac. Ketahui lebih lanjut di website,” kata pentadbir halaman itu pd 8 Februari lps.

1 5 - Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.

2 4 - Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.


Iklan mengenai biasiswa itu juga dikeluarkan dlm bentuk banner dan diletakkan di perkarangan hospital.

Selepas dikecam sbg rasis, pihak hospital menarik semula iklan tersebut dan membuat permohonan maaf.

3 1 - Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.


“Kami sangat kesal dgn kandungan yg tak sepatutnya berada dlm sepanduk biasiswa.

Banner itu diletakkan oleh kakitangan kami tanpa kelulusan dan tidak mencerminkan nilai organisasi kami.

Sebaik menyedari kesalahan, perkara itu telah dibetulkan dgn serta-merta. Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kesilapan ini dan memberikan jaminan ia tidak akan berulang lagi.

Di Hospital Pantai, kami membawa dasar pekerjaan yg adil dan tidak mengamalkan apa-apa dasar yg prejudis kepada bangsa dan agama tertentu.

Dengan ini kami meminta maaf atas apa yg terjadi,” kata pentadbir halaman itu dlm satu kenyataan.

Namun kenyataan itu tidak dpt mendiamkan netizens yg beranggapan pihak hospital telah melakukan penipuan.

Berikut hujah mereka;

1. Membuat banner atau apa-apa sepanduk tidak blh dilakukan tanpa kebenaran dr pihak atasan.

2. Kerana ia memerlukan kos. Contohnya rekaan grafik memerlukan kos dan masa, hantar cetak, memerlukan kos dan masa. 

3. Banner di atas talian juga melalui proses yg sama. Seorang kakitangan biasa tidak blh melakukan semua perkara di atas tanpa kelulusan. 

4. Jika blh, ini bermakna tahap keselamatan di hospital anda terlalu lemah. 

5. Tindakan itu adalah utk menutup kesilapan dan kecuaian pihak hospital yg enggan mengakui salah.

6. Banner baru yg dinaikkan juga membawa aspirasi yg lebih kurang sama dgn banner lama. Cuma taktik dan strategi digunakan supaya ia nampak samar-samar.

Corak - Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu.

Antara respon netizens;
 
Alana Safwa : Bukan chinese, indian and christians preferred ke? Sudah lah! Even iklan ni takde letak pun masa interview korang reject je candidates melayu muslims. Tak payah lah berdrama lagi.

Abi Syafi Suffian : Hi Pantai Hospital SP. I believe you might scroll all the ” bawangs” here. Just to let you know. I’ve applied positions at Pantai Hospital SP twice and without calling for interview Ive get rejected due to you’ve all ready had shortlisted candidate..

I might be not the best candidate, but, at least with my 8 years experience in healthcare I believe I should be in the interview candidate.

But, now I know the reason..

Mohd Nor Ikhsan : Eh pusing bahasa lak. Sama je. Ini malaysia.. mandarin or tamil tu tak perlu. Only Bahasa Malaysia and english .

Mohd Zahidfullah Abd Razak : Diaorang tak suka orang Islam dan orang melayu dpt biasiswa..

Orang tak sudi kat kita..

Tak payahlah kita terhegeh-hegeh cari diaorang..

Cari hospital lain yg nakkan kita..

Rizal Mohd : “Ability to speak in other languages (apart from bahasa melayu and english) is a plus point” is also a form of discrimination, let’s not forget that. Shame on you.

Pihak hospital bagaimanapun tidak memberikan apa-apa kenyataan susulan meskipun menerima respon balas yg negatif di sosial media. – 21 Februari 2019.

Loading...

Tags: #Dianggap #Diboikot #Hospital #kerana #Maaf #Menipu.. #Minta #Pantai #Tetap #Walaupun

author
Author: 
    Breakfast Xinnature Dim Sum Halal
    Assalamualaikum & hai semua.. Jarang sebenarnya BBL blh mkn dim sum halal melainkan
    Murid 13 Thn Maut Gantung Diri Dlm Bilik Air
    Remaja itu ditemui dlm keadaan tergantung dgn kain tuala sebelum diturunkan bapanya. –
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL

    Leave a reply "Walaupun Dah Minta Maaf, Hospital Pantai Tetap Diboikot Kerana Dianggap Menipu."