WAKTU SEMBAHYANG FARDHU DAN QADHA

Adakah harus sembahyang fardhu yg lima pd akhir waktunya, dan adakah harus sembahyang qadha fardhu atau sembahyang sunat pd waktu yg diharamkan sembahyang pdnya.

Soal:

1.   Adakah harus sembahyang fardhu yg lima pd akhir waktunya?

2. Adakah harus sembahyang qadha’ fardhu atau sembahyang sunat pd waktu yg diharamkan sembahyang pdnya?

Jawab:

الحمد لله،  وبه نستعين على امور الدنيا والدين

1.  Adalah syari‘atIslam telah menentukan waktu-waktu bg menunaikan sembahyang fardhu yg lima itu, bagaimana Sayyidina Jibril telah mengajar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  akan waktu-waktu sembahyang pd siang hari Isra’ dan Mi‘raj sebelum hijrah Rasulullah ke Madinah al‑Munawwarah dan bagaimana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  mengajar sahabat-sahabat akan waktu-waktu sembahyang menurut kitab-kitab hadits Shahîh al-Bukhari dan Muslim, iaitu:

(1)     Waktu Zohor waktunya dr tergelincir matahari dr tengah langit, berpanjang waktunya sehingga bayang sesuatu itu jadi sekadar sesuatu itu selain dr bayang zawâl, jika matahari ada tepat di tengah-tengah langit tiada miring maka tiadalah ada bayang zawâl ketika matahari itu di tengah-tengah hari, dan jika matahari itu ada miring dr tengah-tengah langit maka masa matahari itu di tengah-tengah hari, ada didapati bayang zawâl.

(2)     Umpama pd awal Julai ini, maka Zohor masuk pd pukul 12.29 tengahari maka kita cacakkan sebatang kayu lurus di tanah rata sebelum pukul 12.29 , seperti sebatang pensil kayu di atas lantai yg rata maka ada bayang maka bayang itu dinamakan dia bayang zawâl dan bayang zawâl itu tiada dikira dan dihitung dr waktu Zohor, dan apabila bayang itu lebih sedikit ke timur maka itulah awal waktu Zohor dan jika tiada ada bayang zawâl sebelum pukul 12.29 tengahari maka jika kita nampak bayang itu pergi ke timur maka itulah awal waktu Zohor pd awal Julai ini.

          Hendaklah diketahui bahawa ulama yg membuat jadual waktu sembahyang ada kalanya ia lambatkan satu dua minit dr awal waktu supaya tahqiq dan yakin masuk awal waktu sembahyang, umpamanya pd 1 Julai awal Zohor pukul 12.29 tengahari blh jadi sebelum pukul 12.29 itu sudah masuk Zohor dan blh jadi belum masuk Zohor.

          Kiranya hendak mengetahui dgn tepat pd masuk awal waktu dan akhir waktu mestilah menggunakan alat mengetahui waktu pd mengukur waktu-waktu sembahyang itu.

(3)     Waktu ‘Ashar, mulai dr lebih sedikit bayang sesuatu akan sesuatu itu dgn ditolak bayang zawâl jika matahari tiada tepat berada di tengah-tengah langit dan terus  waktunya sehingga tenggelam segala bulatan matahari ke dlm ufuknya.

(4)     Wakru Maghrib dr  tenggelam matahari sehingga sempurna hilang dan pergi mambang merah.

(5)     Waktu ‘Isya’ dr sesudah hilang mambang merah sehingga terbit fajar shadiq .

(6)     Waktu Subuh dr terbit sedikit fajar shadiq sehingga terbit sedikit bulatan matahari.

Hendaklah diketahui bahawa tiap-tiap waktu sembahyang itu ada mempunyai tiga waktu iaitu waktu fadhilat dan waktu haram dan waktu darurat selain dr waktu-waktu yg khas bg tiap-tiap waktu sembahyang lima waktu itu.

1)      Waktu fadhilat itu dr awal masuk waktu, kemudian seseorang itu pergi bersuci dan menutup ‘aurat, dan yg (azan) , sembahyang sunat qabliah, dan iqamah, kemudian sembahyang fardhu yg empunya, dinamakan dia waktu fadhilat kiranya byk dan lebih diberi pahala pd mengerjakan sembahyang pd awal waktu itu.

2)      Waktu haram itu waktu yg akhir pd mana-mana sembahyang lima waktu itu, serta tiada sempat mengerjakan semua bahagian sembahyang fardhu itu di dlm waktunya, umpama seseorang sembahyang Zohor di akhir waktu dan dia sempat mengerjakan satu raka‘at di akhir waktu Zohor, dan tiga raka‘at lagi ia kerjakan di awal waktu ‘Ashar maka sembahyangnya itu shahtetapi ia membuat haram dan dosa kerana ia mengeluarkan sebahagian dr sembahyang Zohor dr waktunya.

3)      Waktu darurat itu waktu yg akhir pd mana-mana sembahyang lima waktu, apabila hilang sesuatu mâni‘ atau sekatan dgn sempat sembahyang di dlm waktu dgn dpt mengerjakan takbîratul ihrâmatau serta lain-lain rukun, seperti berhenti haidh pd akhir waktu dan hanya sempat bertakbîratul ihrâm atau mengerjakan lain-lain rukun, seperti berhenti haidh pd akhir waktu dan hanyasempat bertakbîratul ihrâm atau mengerjakan lain-lain rukun bersama-samanya di dlm waktu itu.

Menurut pendapat al-Imam al-‘Allâmah Ibnu Hajar dlm fatwanya, tiadalah sayugia dikerjakan sembahyang fardhu ‘Ashar pd akhir waktunya, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  telah menyelar sembahyang orang munafiq, sebab orang munafiq itu menunggu matahari hendak masuk, dan apabila matahari hampir masuk, ia bangun tunggang tunggit  empat kali, tiada ia ingatkan Allah di dlm sembahyangnya itu melainkan sedikit jua, ini menurut tujuan hadits yg diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Maka menurut pendapat al-Imam al-‘Allâmah Ibnu Hajar yg di atas ini, tiadalah sayugia bg seseorang sembahyang mana-mana fardhu yg lima itu pd akhir waktunya, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  telah menyelar sembahyang orang munâfiqînyang sembahyang pd akhir waktu ‘Ashar, dan kaola belum berjumpa perkataan ulama mengatakan makruh sembahyang di akhir waktu, akan tetapi sembahyang fardhu di akhir waktunya tiada diberi pahala bg mengerjakan pd akhir waktu, kerana tiap-tiap bahagian waktu dr awalnya sehingga akhirnya ada disediakan pahala yg khas, selain dr pahala mengerjakan sembahyang fardhu itu. Wallahu a‘lam.

2.  Hendaklah diketahui bahawa sembahyang itu haram dikerjakan pd lima waktu dikecualikan di tanah haram Makkah iaitu:

i)       Dari terbit matahari sehingga matahari naik tinggi kadar satu tombak dan satu tombak itu kadar tujuh hasta manusia yg biasa dan satu hasta itu kira-kira 18 inci.

ii)      Waktu istiwâ’ yakni matahari di tengah-tengah langit dikecualikan pd hari Juma‘at sehingga matahari itu tergelincir atau condong ke barat.

iii)     Waktu kuning-kuningan matahari sehingga tenggelam segala bulatan matahari di ufuk.

iv)      Lepas sembahyang Subuh bg orang yg telah sembahyang Subuh sehingga matahari terbit.

v)      Lps sembahyang ‘Ashar sehingga tenggelam matahari.

Tiadalah haram mengerjakan sembahyang pdhal sembahyang itu ada mempunyai sebab yg terdahulu atau sebab yg serta seperti sembahyang qadha’ yg wajib atau qadha’ sembahyang yg sunat, dan seperti sembahyang gerhana dan sembahyang sunat wudhu’ lps wudhu’, sembahyang masuk rumah lps masuk rumah dan sembahyang tahiyyat masjid lps masuk masjid pd mana-mana waktu yg lima yg diharamkan sembahyang pdnya bagaimana yg tersebut di atas ini.

Haram mengerjakan sembahyang jika sembahyang itu ada mempunyai sebab yg terkemudian dr sembahyang itu, seperti sembahyang istikharah pd mohon pilih pd membuat sesuatu perkara, kerana membuat sesuatu perkara itu dimulakan lps sembahyang istikharah itu, dan sembahyang dua raka‘at memakai ihram, kerana memakai ihram itu setelah sembahyang dua raka‘at itu.

Yang tersebut ini dipetik dr Syarh al-Imam Ibnu Hajar pd matan Bi afdhal  al-Hadhrami.

Oleh yg demikian menurut nash yg di atas ini:

1)      Sah sembahyang fardhu di akhir waktunya dan sah sembahyang qadha’ yg wajib seperti qadha’ Zohor, atau qadha’ sembahyang yg sunat yg ada mempunyai waktu seperti qabliah dan ba‘diah pd mana-mana waktu yg lima yg diharamkan mengerjakan sembahyang pdnya bagaimana yg tersebut di atas ini.

2)      Haram mengerjakan sembahyang yg mempunyai sebab yg terkemudian dr sembahyang itu seperti sembahyang istikharahdan sembahyang ihram kerana memakai kain ihram pd mana-mana waktu yg lima yg diharamkan sembahyang pdnya kerana sebab kedua-dua sembahyang ini terkemudian dr sembahyang itu.

3)      Haram mengerjakan sembahyang sunat semata-mata sunat seperti sembahyang sunat semata-mata sunat (muthlaq)pada mana-mana waktu yg lima yg diharamkan sembahyang pdnya kerana ia tiada mempunyai sebab sama sekali.

Pendek kata sah seseorang sembahyang akan sembahyang yg mempunyai sebab yg terdahulu atau sebab yg serta pd mana-mana salah satu waktu yg ditegah dan diharamkan sembahyang pdnya, dan tiada sah seseorang itu sembahyang akan sembahyang yg tiada mempunyai sesuatu sebab atau mempunyai sebab yg terkemudian.

والله اعلم

Pejabat Mufti, Brunei

Yang Dimuliakan Pehin Datu Seri Maharaja Dato Utama Haji Ismail bin Omar Abdul Aziz

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #Fardhu #QADHA #Sembahyang #Waktu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.