Waktu PdP Pendidikan Islam tidak cukup, kenapa perlu dikurangkan lagi?

IMG 20180214 113121 1 - Waktu PdP Pendidikan Islam tidak cukup, kenapa perlu dikurangkan lagi?
Imej via http://skkubangkerian1.blogspot.com

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Dgn hanya mengambil masa tiga jam seminggu waktu pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan, cadangan utk mengurangkan tempoh pembelajaran mata pelajaran itu hanya akan merugikan anak-anak Melayu Islam.

Menurut Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan, pengurangan masa itu tidak relevan tempoh pembelajaran Pendidikan Islam ketika ini tidak mencukupi utk membina keperibadian jati diri murid.

“Cadangan utk mengurangkan masa mata pelajaran ini dilihat sbg langkah mundur ke belakang dan mampu menjejaskan kualiti penghayatan agama secara lebih mendalam kepada anak-anak Melayu Islam.

“Sebaliknya kurikulum Pendidikan Islam sedia ada perlu diperkasakan di peringkat lebih awal dgn menekankan aspek amali berbanding teori. Mata pelajaran ini perlu diberi keutamaan kerana generasi hari ini terdedah dgn pelbagai masalah disiplin dan kelunturan akhlak,” katanya dlm kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Azizee berkata, penekanan pengajaran Pendidikan Islam sudah termaktub dlm Ordinan Pelajaran 1952 yg menggariskan hak murid yg beragama Islam utk mendapatkan pelajaran agama.

Katanya, perkara itu turut diperkukuhkan dlm Ordinan Pelajaran 1957 yg mewajibkan setiap sekolah yg mempunyai bilangan murid sekurang-kurangnya 15 orang wajib diajar pelajaran agama.

Sepatutnya Ditambah

Peruntukan waktu bg mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah sepatutnya ditambah kerana disifatkan terlalu sedikit ketika ini berbanding subjek lain.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Nibong Tebal, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, peruntukan mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan ketika ini hanya 96 jam minimum setahun dan tambahan 32 waktu utk tasmik.


Ujarnya, bg sekolah menengah kebangsaan pula, peruntukan bg mata pelajaran itu hanya 128 jam setahun.


Tegas beliau, waktu yg diperuntukan itu amat kurang berbanding keperluan kepada pelajar hari ini sekali gus tidak wajar utk dikurangkan.


“Tidak sedarkah hari ini permasalahan sosial, keruntuhan akhlak, kebobrokan rumah tangga dan kecelaruan diri dlm kalangan pelajar Islam semakin meruncing.

“Ini ditambah dgn cabaran zaman modenisasi dan teknologi maklumat tanpa sempadan yg mana agama adalah perisai besar utk menangani masalah ini. 


“Persoalannya, apakah akan terjadi sekiranya waktu pembelajaran Pendidikan Islam mahu dikurangkan?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Mohd. Norhiesam berkata, cadangan mengurangkan waktu mata pelajaran Pendidikan Islam juga tidak selari dgn hakikat yg mana ramai pelajar Melayu tidak blh membaca al-Quran meskipun ketika memasuki sekolah menengah.

“Sepatutnya Pendidikan Islam diperkasa, bukannya dianggap hanya mata pelajaran, kerana inilah subjek yg menjadi keperluan kepada pelajar Islam dan lebih berguna berbanding dgn subjek sbg ilmu fardu ain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

loading…


Loading...

Tags: #CUKUP #dikurangkan #Islam #Kenapa #LAGI #Pendidikan #Perlu #tidak #Waktu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Waktu PdP Pendidikan Islam tidak cukup, kenapa perlu dikurangkan lagi?"