WAKTU MAGHRIB

Loading...

WAKTU SEMBAHYANG MAGHRIB,

Soal:
Pehin,
Dikeluaran kali ini sukacita Kaola membentangkan lagi beberapa masalah yg masih meragukan kepada Kaola,
Bilakah masuknya waktu sholat fardhu Maghrib dan bilakah akan berakhir  seperti yg  tersiar di dlm radio dan televisyen waktu berakhir bg sholat fardhu Maghrib apabila saja akan masuk waktu sholat fardhu  Isya’ sedangkan di dlm kitab ada menyatakan waktu sholat fardhu Maghrib itu adalah sangat pendek kadar sholat fardhu dgn di tambah dgn empat raka‘at sholat sunat adakah? melalui Radio dan Televisyen itu betul dan jika tidak blhkah pihak Pehin menjelaskannya.
Jawab:
الحمدلله رب العالمين اَللَّهُمَّ هداية للصواب .
Hendaklah diketahui bahawa tiap-tiap pekerjaan dan pertukangan itu ada orangnya, maka kalau sakit sila datang berjumpa doktor, dan kalau hendak buat jambatan atau titi sila minta nasihat jurutera. Kalau hendak buat rumah sila berunding dgn tukang pelan, kalau hendak menghantar surat saman sila serahkan kepada juruhantar saman, kalau motokar rosak pergi berjumpa  tukang baiki motokar begitulah seterusnya.                                                            
Kalau hendak tahu hukum agama pergi berjumpa guru agama dan ahli ilmu agama, yg benar-benar tahu perkara itu, jangan pergi kepada sebarang orang nanti kedua-dua yg bertanya dan menjawab tanya itu sesat,  kalau tak tahu atau musykil hukum-hukum perkara mengerjakan haji tanya orang-orang yg benar-benar tahu hukum haji itu dan jangan ikut kata orang-orang jahil di Makkah itu atau orang-orang haji yg cuma dpt melepaskan dirinya dlm perkara haji itu.
Jangan dengar orang-orang berkata begitu dan berkata begini di dlm sesuatu hukum agama atau hukum sembahyang itu, jangan lekas dengar cakap-cakap orang dlm perkara hukum agama atau lekas percaya bila membaca sesuatu hukum ditulis oleh orang dlm majalah atau akhbar atau buku atau siaran atau diceramahkan oleh orang sekalipun ia profesor atau pengarah atau dato’ atau encik atau pehin atau lebai, sila lebih dahulu selidik dan lihat kitab-kitab agama yg berkenaan , kerana ulama yg pakar-pakar itu telah membukukan masalah atau seumpama masalah itu dlm kitab-kitab mereka.
Kalau ada musykil hukum (waktu Maghrib), dr mana mulanya dan sampai ke mana sudahnya, sila baca Kitabul Mathla‘ Al-Badrain atau kitab Kasyful Litham atau Kifayatul Muhtadî atau lain-lain kitab seumpamanya atau kitab Fathul Qarib, atau kitabul Yaqut An-Nafîs atau Safinatun Najâ atau Matanuz Zaid atau Minhaj atau Bi afdhal dan seumpamanya kitab-kitab itu dipakai dan dii‘tiqâdkan jangan lekas dengar cakap-cakap orang yg bodoh atau cuma pandai bercakap sahaja kerana menurut kaedah tiap-tiap kerja ada tukangnya dan tiap-tiap perkara ada ahlinya.
Hukum-hukum Islam itu telah matang dan masak, kerana telah ia diambil drpada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  dan sahabat-sahabat Bgnda dan Tabi‘ien  dan Tabi‘ Tabi‘ien sehingga sampai zaman iman-iman yg empat dgn cermat dan teliti dan ditapis mengikut kaedah mashthalahul hadis, kemudian pengikut-pengikut imam-imam yg empat menghalusi dan mengkaji hukum-hukum yg dihimpunkan oleh imam-imam yg empat dan lain-lain imam-imam yg besar, kemudian pengikut-pengikut imam itu berijtihad dan ? dan istinbath  dan mengeluarkan hukum-hukum pd perkara-perkara yg berlaku pd masa mereka dan perkara yg berlaku pd masa dahulu tetapi tiada sampai kepada mereka atau belum terang perkara itu kepada mereka.
2.   Segala perkara yg berlaku dan hukum-hukum yg dikeluarkan ulama Islam di atas perkara itu, sama ada ijtihad itu tepat atau tiada tepat, maka mereka merekodkan dlm kitab-kitab karangan mereka supaya orang yg datang kemudian ketahui bahawa perkara seperti itu telah berlaku dan ulama-ulama Islam memberikan hukum Islam pdnya : Ada kala hukum-hukum dan ijtihad itu berubah dan dpt dalil-dalil dan keterangan-keterangan  yg lanjut maka semuanya itu direkodkan.
Direkodkan supaya jangan ada orang-orang yg kemudian berkata saya sudah ijtihad pd perkara ini pdhal ijtihad seumpama itu pd perkara itu telah dibahaskan oleh ulama-ulama pd zaman-zaman yg lalu, mana yg betul dipakai oleh orang kemudian dan mana yg salah dan tiada tepat direkodkan dlm kitab-kitab supaya orang kemudian membuat sempadan dan jangan dijadikan hukum dan buat pegangan.
3.       (1)   Ulama telah membuat keputusan berdasarkan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam  maka awal waktu Maghrib ialah dr terbenam segala bulatan matahari dlm ufuk dgn ijmâ‘  ulama Islam.

          (2)   Habis waktu Maghrib itu ialah hilang syafa‘ merah atau cahaya merah dr ufuk. Ini pendapat mazhab Al-Imam Abi Hanifah , Malik dan Al-Imam Ahmad bin Hanbal.
          (3)   Adapun dlm mazhab Al-Imam As-Syafi‘e , maka bg Al-Imam As-Syafi‘e ada dua Qaul atau dua pendapat maka menurut pendapat Al-Imam As-Syafi‘e masa ia di Baghdad, maka akhir waktu maghrib itu ialah manakala hilang syafa‘ merah dr ufuk.
Kemudian pendapat Al-Imam As-Syafi‘e pd masa ia di Mesir, maka ia berpendapat bahawa Maghrib itu adalah ia satu waktu iaitu awal waktu.
Kata Al-Imam An-Nawawi : Satu waktu itu iaitu apabila tenggelam matahari  dan berlalu kadar bersuci, kadar menutup aurat, dan kadar azan dan iqamah dan kadar lima raka‘at sembahyang.
Maka ulama Syafi‘eyyah telah mengkaji hadis-hadis itu bg dalil waktu Maghrib itu, maka berdalil dgn hadis yg mengatakan satu waktu itu adalah lemah, maka hadis-hadis yg mengatakan akhir waktu Maghrib  berakhir sehingga hilang syafaq merah adalah shahîh dan byk.        
Berkata Al-Imam An-Nawawî dlm Al-Minhaj beserta At-Tuhfah oleh Al-Imam Ibnu Hajar , waktu Maghrib itu masuk dgn hilang segala bulatan matahari sekalipun masih ada cahayanya.
Dan kekallah waktu Maghrib itu sehingga hilang syafaq merah menurut  Qaul Qadim bg Al-Imam As-Syafi‘e , ialah menurut hadis-hadis yg shahîh yg sarih dan tegas pdnya.  
Menurut Qaul Al-Jadid bg Al-Imam As-Syafi‘e , ialah sekadar waktu berwudhu’, mandi, tayamum , mencari air, dan menghilangkan najis dr badan, pakaian dan tempat sembahyang yakni najis mughallazah , dan menutup aurat, dan mencari Kiblat dan azan dan iqamah, dan membuat perkara yg sunat dahulu dr sembahyang dan kadar lima raka‘at bahkan tujuh raka‘at (ini dia kadar waktu Maghrib menurut Qaul Al-Jadid)
Dalilnya kerana Sayyidina Jibril sembahyang dua hari bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam  di Makkah dgn begitu, tetapi hadis-hadis yg shahîh  yg terkemudian dr Makkah itu berlaku di Madinah dan hadis-hadis itu byk rawinya dan lebih sah sanadnya maka hadis-hadis ini dahulukan dr hadis yg berlaku di Makkah itu dan dipakai hadis-hadis masa Al-Madinah itu dan ditinggalkan hadis-hadis yg berlaku di Makkah itu.
Ertinya : Hadis yg menyebutkan sembahyang Sayyidina Jibril ‘Alaihissalam  dengan Rasulullah di Makkah dlm masa dua hari itu,  ialah sembahyang pd waktu fadhilat bukan menunjukan kadar masa Maghrib begitu.
Ada byk hadis-hadis yg menunjukan kadar Maghrib, kemudian dr masa di Makkah itu iaitu waktu masa di Madinah dan masa di Madinah kemudian dr masa di Makkah iaitu hadis –hadis  menunjukkan kadar lanjut waktu maghrib itu sehingga hilang syafaq merah dr ufuk.
 Ringkasnya :
1.     Akhir waktu Maghrib itu berlanjut sehingga habis syafaq merah.
2.     Sunat sembahyang Maghrib itu pd waktu fadhilat iaitu awal waktunya dan sembahyang pd lain dr waktu fadhilat itu .
3.     Makruh melambatkan sembahyang Maghrib dr waktu fadhilat iaitu awal waktunya dan sembahyang pd lain dr waktu fadhilat itu.
Berkata Al-Imam  An-Nawawi : kata saya Qaul Al-Qadim itu lebih zahir kerana Al-Imam As-Syafi‘e Radhiallahu ‘anhu sendiri telah berkata kiranya hadis itu shahîh maka telah sah hadis-hadis pd Qaul Al-Qadim itu.
Ertinya : Al-Imam As-Syafi‘e memakai Qaul Al-Jadid  itu dgn bersyarat kiranya hadis Qaul Al-Jadid itu shahîh  dan ulama telah  memeriksa hadis – hadis bg Qaul Al-Jadid dan Al-Qadim maka didapati hadis-hadis Qaul Al-Qadim itu lebih utama dan lebih byk dr hadis-hadis Qaul Al-Jadid dan lebih sah. Jadi ertinya Al-Imam As-Syafi‘e memakai Qaul Qadim bukan Qaul Al-Jadid.

Jadi dlm masalah akhir waktu Maghrib ialah hilang syafaq merah pd imam-imam yg empat itu iaitu Al-Imam-Al-Imam As-Syafi‘e, Abu Hanifah , Malik dan Ahmad bin Hanbal.
Ringkasnya akhir waktu maghrib hilang syafaq merah dr ufuk dgn itfaq ulama yg empat , dan itfaq mereka pd sunat sembahyang Maghrib di awal-awal waktu dan Makhruh menambah-melambat-lambatkan dr awal-awal waktu.
Berkata Al-Imam Ibnu Hajar dlm At-Tuhfah :
Makruh dilambatkan sembahyang Maghrib dr waktu fadhilat awal-awal waktu, sbgmana telah dinaqalkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi drpada kalangan sahabat dan ulama yg kemudian.
Dan orang-orang yg berpegang dgn Qaul Al-Jadid berkata begitu bahawa makhruh dita’khirkan sembahyang Maghrib dr waktu fadhilat awal-awal waktu.
Ini difahamkan dr Al-Minhaj , At-Tuhfah, An-Nihayat oleh Al-Imam Ar-Ramlî, dan Al-Mughnî Li Ibnî Qadamah Al-Hanbalî dan lain-lain kitab Fiqeh Syafi‘eyyah.
          (4)   Orang yg menegur dan menyalahkan  orang-orang yg berkata akhir waktu Maghrib itu sehingga hilang syafaq merah itu, adalh salah dan suka  menegur dgn  tiada siasat dan dgn tiada baca kitab-kitab yg muktabar lebih dahulu dan fahamkan kata-kata ulama Islam lebih dahulu dan bertanya kepada guru-guru yg faham perkara seperti akhir waktu Maghrib itu.
والله أعلم
[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA
HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]
Mufti Kerajaan,
Negara Brunei Darussalam
Pejabat Mufti, Brunei
Mufti Kerajaan Brunei

Loading...

Tags: #Maghrib #Waktu

author
Author: 
    Mabuk di Jalan, Artis yg Video Syur nya Viral Ini Langsung Telepon Ayahnya Saat Ditangkap!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr artis tampan asal Malaysia, Aliff Aziz. Seperti
    Billy Syahputra Kaget Setelah Lihat Isi ATM Nikita Mirzani: Allahu Akbar!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani kini dikenal sbg wanita sukses baik di industri hiburan
    Henti persoalkan kewujudan sekolah vernakular negara ini – Timb. Menteri
    KUALA LUMPUR: Pihak yg tidak berpuas hati dgn kedudukan sekolah vernakular di negara
    Contoh Ibu yg Baik, Demi Bantu Anak Selesaikan PR, Ayu Ting Ting Rela Batalkan Meeting!
    slidegossip.com – Ayu Ting Ting dikenal sbg salah satu penyanyi dangdut papan atas

    Leave a reply "WAKTU MAGHRIB"