WAKTU AZAN SEMBAHYANG JUMAAT

ADZAN SEMBAHYANG JUM‘AT DI NEGARA Brunei DARUSSALAM TETAP PADA WAKTU 12.45 TENGAH HARI DAN TIADA MENGIKUT AWAL-AWAL WAKTUNYA MENURUT TAKWIM WAKTU SEMBAHYANG.

Jawab:

اَلحَمْدُ للهِ

1.     Ulama berkata apabila masuk waktu sembahyang, maka bilal adzan menyeru orang Islam pergi menyempurnakan sembahyang fardhu di masjid tempat mereka berada.

Imam hendaklah tunggu makmum datang ke masjid sehingga makmum-makmum itu bersuci dan mengambil air sembahyang dan memakai pakaian sembahyang dan sembahyang sunat qabliyah iaitu di lewatkan dr awal waktu sekedar kira-kira 15 minit, kemudian imam itu mendirikan sembahyang fardhu berjemaah.

Dari kenyataan ini bahawa bila masuk waktu sembahyang maka bila adzan dan imam tunggu makmum-makmum sehingga selesai makmum-makmum itu bersuci berwudhu memakai pakaian dan menhadap qiblat sembahyang sunnat qabliyah iaitu sekedar kira-kira 15 minit lebih kurang dan tiada blh lewat dr kadar 15 minit itu. Ini sembahyang berjemaah lain dr Jumaat yakni sekedar membaca Qur’an setengah juz.

2.     Adapun pd sembahyang Jumaat dan waktu sembahyang itu berubah-ubah masanya mengikut peredaran matahari sepanjang thn, maka kementerian hal ehwal agama mengesyorkan ditetapkan 12.45 dimulakan adzan pd tiap-tiap jum‘at setelah mendapat anugerah titah perintah Kebawah Duli Yg Maha Mulia Paduka Seri Bgnda Sultan dan Yg Dipertuan negara Brunei أَيَّدَهُ الله تعالى, sbg menjaga kepentingan umat Islam yg wajib menunaikan sembahyang Jumaat kerana wajib sembahyang Jumaat ada mempunyai syarat-syarat lebih dr syarat-syarat sembahyang fardhu.

3.     Perintah raja wajib ditaatkan kerana ia menjaga muslihat orang ramai, menurut ‘Aqidah Ahl Sunah Wa Al-Jamaah.

4.     Apabila bilal adzan Jumaat maka hendaklah orang-orang yg wajib berjemaah pergi sembahyang Jumaat menurut nash Qur’an.

إِذَا نُودِي لِلصَّلاَةِ مِن يَومِ الجُمُعَةِ فَاسعَوا إِلَى ذِكرِ اللَّهِ وَذَرُوا البَيعَ

Tafsirnya: “Apabila dipanggil kamu kerana sembahyang jum‘at pd hari jum‘at, maka hendaklah kamu pergi jum‘at itu yg ada di dlm sembahyang jum‘at itu dzikrullah dan ingatkan Allah dan tinggalkan jual beli.”

Ertinya apabila adzan kedua dilaungkan maka haram membuat kerja jual beli dan lain kerja, hanya pergi segera ke masjid kerana menunaikan sembahyang Jumaat.

5.     Jadi dgn adzan yg kedua Jumaat itu maka semua kerja adalah dilarang dan haram hanya kerja pergi sembahyang Jumaat dan sebab waktu dzuhur itu berubah mengikut peredaran matahari sepanjang thn dan kerana menjaga muslihat orang ramai pergi mengerjakan Jumaat, maka dr itu ditetapkan 12.45 tengah hari melakukan upacara Jumaat itu, supaya semua orang dpt mengerjakan Jumaat dgn selesa dgn tentu masanya.

6.     Dgn tujuan begitu, maka tiadalah ada apa-apa masalah melanggar syarak’ atau bertentang dgn syarak yg diragu-ragukan oleh tuan penyoal itu dgn minta dalil dr Qur’an dan hadits dan perbuatan Khalifah-Khalifah Rasyidin Abu Bakar, Umar, Utsman, dan Ali Radhiyallahu ‘anhum dan melambat-lambatkan sembahyang Jumaat dr awal waktunya. 

وَاللهُ أَعْلَمُ بِالصَّوَابِ

PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA AWANG HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ

Mufti Kerajaan ,

Negara BruneiDarussalam .

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #Azan #Jumaat #Sembahyang #Waktu

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "WAKTU AZAN SEMBAHYANG JUMAAT"