WAJIB QADHA

ADAKAH WAJIB QADHA SEMBAHYANG FARDHU YANG LIMA DAN SEMBAHYANG QADHA KETIKA MENGERJAKAN HAJI FARDHU

Soalan:

1.       Adakah sembahyang yg saya telah tinggalkan 10 thn itu harus atau wajib saya qadha atau sebaliknya?

2.       Kalaulah sembahyang yg telah saya tinggalkan 10 thn itu harus atau wajib saya qadha atau bayar, bagaimana?

3.       Bagaimana cara-cara saya melaksanakannya (qadha atau bayar sembahyang).

4.       Bagaimana caranya saya tahu yg sembahyang saya 10 thn itu telah habis atau selesai saya qadha atau bayar, iaitu tidak perlu saya sembahyang qadha atau bayar lagi.

5.       Bilakah masa atau waktunya sembahyang qadha atau bayar itu blh dilakukan (masa qadha atau membayar sembahyang).  Saya sbg orang masih qadha atau berhutang dlm sembahyang:-

6.       Blhkah saya menjadi imam atau mengimamkan dlm sembahyang berjemaah?

7.       Apakah jenis-jenis sembahyang yg tidak blh saya lakukan atau sertakan baik sembahyang berseorangan atau berjemaah.  Dlm kita menunaikan sembahyang 5 waktu sehari semalam:-

8.       Bagaimanakah cara kita atau mengetahui batas-batas atau sempadan waktu-waktu sembahyang diantara satu waktu kesatu waktu umpamanya waktu Dzuhur mulai jam 12.30 sehingga jam . . . . dan seterusnya.

9.       Bilakah masa atau waktunya kita ditegah bersembahyang, baik sembahyang waktu (fardhu) sunat dan sembahyang qadha.

10.     Apakah tidak menyalahi jika seseorang itu tidak bersembahyang di masjid baik sembahyang bersendirian atau berjemaah dia atau mereka bersembahyang di rumah sedangkan rumah mereka berhampiran dgn masjid, walaupun mereka atau dianya mendengar suara azan sekalipun dr masjid dia atau mereka tidak mengindahkan dia atau mereka masih tetap bersembahyang di rumah juga.

11.     Berapakah agak jarak jauh tempat atau rumah seseorang itu dgn masjid, walaupun terdengar suara azan, maka seseorang itu tidak perlu pergi ke masjid utk menunaikan sembahyang berjemaah di masjid.

          Saya sbg seorang yg masih dlm qadha sembahyang, dlm masa berada di Mekkah nanti (kira‑kira 40 hari) apakah blh saya melakukan perkara‑perkara tersebut:-

12.     Sembahyang qadha (bayar) dan bila masanya blh dilakukan.

13.     Sembahyang Tahyatul Masjid (sunat masjid), sunat Tawaf, sunat Ihram Umrah dan sunat Ihram Haji dan sembahyang sunat lainya.

14.     Apakah jenis-jenis amal atau ibadat atau sembahyang yg tidak blh atau ditegah dilakukan oleh seseorang yg masih dlm qadha sembahyang (Jemaah Haji) iaitu orang yg seumpama saya.

15.     Mengikut pengelaman dr ramai jemaah-jemaah Haji yg telah pernah menunaikan ibadat Haji.  Doa qunut dlm sembahyang Subuh tidak dilakukan di Mekkah, sedangkan kita di sini melakukan doa qunut, apakah kita mengikut seperti di Mekkah dgn tidak perlu doa qunut atau kita wajib juga dgn doa qunut, apakah ini tidak merosakan sembahyang kita.

Jawapan:

الحمد لله ، اللهم صل وسلم على سيدنا محمد واله وصحبه ، اللهم هداية للصواب

1.       Ya. Wajib diatas orang mukallaf mengqadhakan sembahyang fardhu yg lima, yg telah ia tinggalkan pd hal ketika itu ia orang mukallaf dr semenjak ia baligh sama ada dgn keluar mani atau haid, atau sampai umur 15 thn Qamariah.

2.       Wajib diqadhakan segala sembahyang yg luput drpada orang mukallaf dgn sengaja, dan tiada apa-apa uzur pd syara’, sama ada ia tahu atau tiada, kerana orang-orang mukallaf laki-laki dan perempuan wajib ia belajar hukum-hukum ugama dr jenisfardhu ‘ain, seperti dlm ibadat-ibadat, jualbeli, dlm berniaga, berusaha, nikah yg sedang berlaku diatas dirinya, dan wajib dan mesti diatas ibu bapa, dan orang-orang Islam mengajar dan menyuruh orang mukallaf belajar hukum‑hukum fardhu ‘ain dlm Islam.  Dan wajib di atas Raja, dan pegawai yg bertanggung jawab hal umat Islam mengajak dan mengarahkan umat Islam belajar hukum-hukum dr jenis fardhu ‘ain dr hukum-hukum Islam, dan mengadakan guru-guru yg mengajar hukum-hukum fardhu ‘ain.

3.       Menurut kiraan Al-A’llamah Al-Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, dan ahli falak yg masyur dan sahabat ayahanda kita dan kita rahmatullah ta’ala ‘alaihi bahawa satu thn hijiriyyah harinya 354 hari pd thn Basitah, dan 355 hari pd thn Kabisah.  Dipetik dr kitabnya Natijahtul ‘Umr.

          Maka Awang kira 355 hari x 10 thn = berjumlah 3550 hari jadi dlm 3550 hari wajib di atas Awang mengqadhakan sembahyang lima waktu.

4.       Wajib qadha sembahyang sepanjang masa melainkan masa yg tiada dpt tiada dibuat seperti waktu kerja mencari nafkah dan sara hidup bg diri sendiri, dan nafkah bg orang yg wajib Awang tanggong dan sarakan hidupnya, seperti isteri, anak kecil yg fakir, dan ibu bapa yg fakir, dan melainkan waktu tidur biasa dan waktu qadha hajat, dan melainkan masa ia terpaksa membuat perkara yg wajib yg tiada blh tidak, kalau tiada dikerjakan maka perkara wajib itu akan luput seperti sembahyang Dzuhur yg hadhir dan sembahyang Juma’at dan seumpamanya.

5.       Jawabnya seperti jawab (4).

6.       Awang blh jadi imam dlm sembahyang berjemaah.

7.       Awang wajib qadhakan sembahyang yg luput itu dan haram di atas Awang mengerjakan sebarang sembahyang sunat.

8.       Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajar umat Islam cara mengetahui waktu-waktu bg dikerjakan sembahyang fardhu yg lima itu bagaimana disebutkan oleh ulama Islam.

          Tersebut dlm kitab Al-Minhaj karangan Al-Imam An‑Nawawi rahimahullahu ta’ala pakar dlm ilmu Islam, dan pakar dlm mazhab kita Ash-Syafi’i radhiallahu ‘anhu yg diiktimadkan kitanya bg dibuat fatwa dan diambil hukum-hukum Islam.

          Katanya:  sembahyang Dzuhur awal waktunya dgn tergelincir matahari dr langit dr timur ke barat, dan akhir waktu Dzuhur itu apabila bayang sesuatu itu sendiri dan sama kadarnya dgn sesuatu itu (seperti bayang pensil sama kadar dgn pensil itu), dan bayang yg ada waktu matahari tergelincir itu dr tengah langit itu, hendaklah dibuang dan jangan ambil kira, bayang itu dinamakan bayang Zillul Istiwa’.

          Awal waktu Asar, apabila bayang sesuatu itu seperti sama dgn sesuatu itu, dan kekal waktu Asar itu sehingga terbenam segala bulatan matahari di bawah dasar laut, dan di bawah ufuq.

          Awal waktu Isyak itu dgn hilang mambang merah dr tepi langit dan kekal waktu Isyak itu sehingga terbit fajar sidek.

          Awal waktu Subuh itu terbit fajar sidek, iaitu awan putih yg melintang di arah langit, dan kekal waktu Subuh itu sehingga terbit matahari sekalipun sedikit.  Di ambil dgn ringkas.

          Awang blh dptkan jadual waktu sembahyang lima waktu dr Jabatan Ehwal Ugama Brunei, atau blh didengar azan dr radio serta Awang berhati-hati membandingkan dgn jadual waktu dan jam yg betol, kerana setengah-setengah negeri juru hebah itu lalai sehingga salah menghebahkan azan itu.

9.       Orang yg meluputkan sembahyang fardhu yg lima dgn sengaja wajib ia qadha sembahyang itu sepanjang masa.

          Orang yg tiada mempunyai qadha, maka ditegah ia sembahyang sunat haram ia sembahyang sunat itu pd waktu:

          1.       Lps sembahyang Suboh sehingga naik matahari sekadar satu galah di atas langit.

          2.       Waktu matahari betul-betul di tengah langit, melainkan pd hari Juma’at.

          3.       Lps sembahyang Asar sehingga tenggelam matahari, melainkan sembahyang yg ada sebab yg tiada kemudian, seperti sembahyang qadha sunat, sembahyang Tahyattul Masjid, sembahyang sunat wudhuk, sembahyang gerhana dan sujud syukur, melainkan di tanah haram Mekkah, maka blh ia sembahyang sunat pd waktu-waktu yg tersebut yg dilarang itu.

          Orang yg mempunyai qadha sembahyang yg luput dgn sebab ada uzur syara’, maka ia blh buat qadha sembahyang itu pd waktu, yg dilarang itu, sebab sembahyang qadha itu ada mempunyai sebab terdahulu dr waktu-waktu yg dilarang itu.

10.     (i).     Mendirikan sembahyang fardhu berjemaah adalah menjadi fardhu kifayah keatas orang-orang laki-laki yg mukallaf yg bermukim pd sesuatu tempat.  Sekarang orang-orang Islam laki-laki yg bermukim, byk yg tiada mengambil hirau mendirikan sembahyang berjemaah yg wajib di atas mereka mendirikan jemaah dan yg wajib mengajak orang-orang berjemaah.

          (ii).    Juga wajib didirikan sebuah rumah atau diadakan suatu tempat bg mendirikan sembahyang berjemaah fardhu yg lima itu, oleh orang-orang Islam laki-laki yg bermukim itu jika ada mereka kira-kira 30 orang laki-laki Islam bermukim di situ.

          (iii).   Rumah tempat sembahyang berjemaah itu hendaklah bebas sekira-kira orang-orang yg datang sembahyang berjemaah dgn bebas tiada ada gangguan dan tiada segan datang berjemaah di situ, dan bukan rumah orang kerana tiada kebebasan memasuki rumah seperti rumah itu, melainkan rumah orang itu bebas dr segala gangguan.

          Tiadalah memadai mendirikan sebuah masjid dlm satu-satu negeri dgn tiada mendirikan tempat-tempat sembahyang berjemaah, jika besar sesuatu negeri dan kawasan itu hendaklah didirikan tempat-tempat sembahyang berjemaah atau surau, beberapa tempat‑tempat ibadat atau beberapa surau.

          Jadi dlm sesuatu negeri itu ada satu masjid dan beberapa-beberapa surau.

          Dari itu kita didapati sekarang orang-orang Islam mendirikan masjid-masjid tetapi lengah dan lalai dr mendirikan surau-surau atau tempat-tempat ibadat berjemaah di suatu tempat itu, mereka adalah berdosa tiada menjalankan fardhu kifayah.

          Sabda Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:

ما من ثلاثة فى قربة أوبدولا تقام فيهم الجماعة الا استحون عليهم الشيطان ، فعليك بالحماعة ، فانما يأكل الذئب من الغنم القاصية

          Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud, An‑Nasa’i dan ditashihkan hadits ini Al-Imam Ibnu Hibban dan Al-Hakim.

          Ertinya:  Tiga orang laki-laki ada dlm satu kampong atau dlm satu tanah lapang, tiada mendirikan sembahyang fardhu yg lima dgn berjemaah, melainkan mereka akan dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka wajiblah di atas kamu ada di dlm kumpulan umat Islam yg sembahyang berjemaah kerana serigala akan mkn kambing yg memencilkan diri dr kumpulan kambing-kambing itu.

          Begitulah orang Islam yg ada di satu kampong atau ada pd satu tanah lapang jika kiranya tiada mendirikan sembahyang berjemaah akan dikuasai oleh syaitan dan ajen-ajen jahat, kumpulan subasif dan ahli samsing, maka menganas, mencuri, merompak, mkn dadah, merogol, lacor, berjudi, berjoget dan berdansing, berkhalwat dan sbgnya sebab tiada berjemaah, dan tiada berhimpun, dan tiada mendengar nasihat dan tiada bertemu muka diantara penduduk-penduduk kampong itu, maka syaitan pun datang mengasut dgn fikiran jahat, pelan-pelan liar, dan perbuatan ganas dan pakatan‑pakatan anti ketenteraman, dan kelakuan luar budi bahasa, dan luar lunas-lunas Islam, ini dipetik dr At-Tuhfah dan Al-Iqna’.

          Seorang sahabat saya datang mengadu, bahawa orang-orang Islam mendirikan masjid-masjid cantik-cantik, dan tiada mengambil berat pd membangunkan surau-surau dan tempat-tempat ibadat diantara masjid-masjid yg berjauhan itu, katanya itu seperti kelakuan orang-orang Kristian mendirikan gereja berjauh-jauhan denga tiada surau seperti surau umat Islam.  Ini katanya jangan kita ikut kelakuan orang-orang dimurkai Allah dan orang‑orang yg disesatkan Allah seperti dlm Al‑Fatihah

غير الماغضوب عليهم ولاالضالين امين

          (iv).   Hasil dan dpt sembahyang berjemaah itu dgn seorang imam dan seorang makmum.

          (v).    Sembahyang berjemaah di masjid lebih afdhal dr sembahyang berjemaah di rumah, kerana syara’ Islam mengambil berat pd mengamarahkan masjid, menurut pendapat Al-Imam Ibnu Hajar rahimahullahu ta’ala.

11.     (i).     Kadar jauh pergi ke tempat berjemaah dr rumah itu iaitu memadailah sekira-kira seseorang itu keluar dr rumahnya menuju ke tempat jemaah itu, dgn sekira‑kira ia tiada dpt kesusahan yg zahir dan menanggong keberatan yg nyata, pd mendapatkan sembahyang jemaah itu.

          (ii).    Berkata Al-Imam Ibnu Hajar dlm At-Tuhfah:  Sunat bg imam itu berusaha sembahyang pd awal waktu, tetapi sesudah berlalu masa kadar orang-orang datang berhimpun, dan mereka membuat perkara-perkara sebab bg menunaikan sembahyang sekadar masa yg adat biasa, kemudian imam sembahyang dgn orang‑orang yg ada itu, sekali pun sedikit.

          Begitulah juga seperti yg tersebut dlm Al-Mughni Lil Khatib dan An-Nihayah Lil Ramli dan lain-lain kitab Fiqh.

          Berkata Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Umar bin Yahya Al-Alwi Al-Husaini dlm kumpulan fatwanya, ketika mengulas ibarat di atas ini:

          Ketahuilah dr perkataan-perkataan yg di atas ini, bahawa sunat bg imam itu bersegera mendirikan sembahyang pd awal waktu, dgn orang-orang yg telah hadhir itu, dan jangan menunggu makmum lebih dr kadar itu, dan menunggu yg sunat itu, ialah kadar zaman ada masa dr lps masuk waktu itu sekira-kira sempat orang yg sederhana kelakuannya itu pergi qadha hajat, dan bersuci Taharah, dan sembahyang sunat Ratibah Qabliah sekadar masa serendah-rendah kamal sembahyang (Adnal-Kamal) dan bg mendekatkan pd faham luas waktunya itu, iaitu sekadar masa membaca setengah juzu Al-Qur’an iaitu sekadar suku jam, melainkan pd sembahyang Maghrib, kerana Maghrib itu sempit, maka sunat diceraikan diantara azan Maghrib dan akamat sekadar masa yg sedikut jua, maka itulah kadar waktu yg sunat bg imam melewatkan sembahyang dr lps masuk waktu sehingga kadar itu, maka jika ia lewatkan lebih dr kadar itu, maka dia telah menyalahi sunat Rasullullah, dan jika lekaskan dr kadar itu, maka ia juga telah menyalahi sunat perjalanan Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.  Dan masuk imam itu dlm golongan imam-imam yg disabdakan Rasullullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu imam‑imam yg mematikan sembahyang, bagaimana hadits-hadits yg diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim.

          Diambil dgn ringkas.

12.     Melakukan qadha sembahyang itu pd bila-bila masa sama ada di Mekkah Al-Mukarramah atau di Madinah Al-Munawarah, kerana qadha sembahyang yg diluputkan dgn sengaja itu wajib disegerakan, kecuali masa mengerjakan fardhu yg hadhir seperti sembahyang fardhu yg lima yg hadhir dan kecuali kerja-kerja haji yg wajib ditunaikan.

13.     Awang lakukan dan kerjakan sembahyang qadha ganti sembahyang sunat dan tawaf sunat, yg awang sebutkan itu.

14.     Buat dan selesaikan qadha sembahyang sepanjang masa Awang itu, juga sembahyang di tanah haram Mekkah adalah besar dan berganda-ganda pahalanya sekira-kira 100,000 ganda sembahyang dr sembahyang di luar tanah haram Mekkah.  Dan satu sembahyang di masjid Nabi diberi pahala 1,000 ganda.

15.     Blh buat qunut biasa kalau sempat salam bersalam bersama-sama imam, dan blh buat qunut ringkas seperti

اللهم اغفرلى فانك غفور رحيم

        Kemudian terus duduk ikut duduk bersama-sama imam dan bertahayat akhir.

Makmum blh mufarakah dgn niat mufarakah meninggalkan imam dan membaca qunut dan makmum blh tinggalkan qunut, kerana mengikut imam, dan tiadalah ia kena suhud shawi, kerana imam menanggung perbuatan meninggalkan qunut itu, sbg ia makmum kepada imam itu, demikianlah bagaimana yg dpt difahamkan dr kitab Al-Manhaj dan At-Tuhfah. Wallahu A’alam.

والله أعلم بالصواب وهو المعين ولا معين سواه  الحمد لله رب العالمين

والله أعلم

[YDM. PEHIN DATU SERI MAHARAJA DATO SERI UTAMA

HAJI ISMAIL BIN OMAR ABDUL AZIZ]

Mufti Kerajaan,

Negara Brunei Darussalam

         

Pejabat Mufti, Brunei

Mufti Kerajaan Brunei


Loading...

Tags: #QADHA #Wajib

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "WAJIB QADHA"