Wajib murid tamat sekolah tingkatan lima tidak wajar

Loading...

PhotoGrid 1548921207968 1 - Wajib murid tamat sekolah tingkatan lima tidak wajar
Omar Immun via Utusan Borneo

KUCHING: Tindakan mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dr darjah satu sehingga tingkatan lima dilihat kurang wajar.

Yang Dipertua Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia (MAPIM) Sarawak Omar Immun berkata pendidikan seharusnya menjadi satu instrumen utk meningkatkan taraf hidup rakyat bukannya membebankan.

“Saya bg suara MAPIM Sarawak berasakan ini suatu yg kurang wajar. Kita harus mengkaji perkara ini drpada pelbagai skop yg lebih besar, contohnya kehidupan rakyat kita sendiri.

“Adakah orang miskin di Malaysia hari ini telah mendapat akses atau bantuan pendidikan yg secukupnya?

“Denda RM5,000 atau penjara enam bln ke atas ibu bapa yg gagal melengkapkan persekolahan anak mereka sehingga tingkatan lima adalah sesuatu yg membebankan khasnya kepada golongan miskin,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Omar menambah, walaupun tindakan itu dilihat bagus tetapi jika tindakan diambil itu nanti blh mendatangkan kesan negatif kepada kehidupan bermasyarakat maka ia akan menjadi keputusan sebaliknya.

Justeru ujarnya, dlm hal ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak harus tergesa-gesa membuat keputusan terutama apabila melibatkan beban kewangan yg diberatkan kepada rakyat.

“Pendidikan bukan satu kehendak tetapi keperluan amat penting dlm kehidupan. Jika sebuah kerajaan tidak dpt memenuhi keperluan ini maka dgn sendirinya apa guna kerajaan yg ada,” katanya.

Omar berkata beliau terkejut kerana Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching terlebih dahulu mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dan diulas oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

“Kita bukan bercerita dr segi politik tetapi ini melibatkan rakyat kebanyakan, lebih separuh rakyat Malaysia, remaja berada dlm sistem pendidikan negara, ini bukan satu industri yg kecil, jadi kerajaan harus berhati-hati dlm membuat kajian,” tegasnya.

Tambahnya senario sekarang perlu dilihat di mana 60 rakyat Malaysia diisytihar muflis setiap hari, statistik yg membimbangkan dan kalau cadangan KPM utk mengenakan denda dan penjara ia bagaikan tindakan ke belakang.

Katanya harus ada mekanisme diperkenalkan bukan semata-mata memikirkan utk membuat keputusan menghukum rakyat kerana rakyat juga blh menghukum kerajaan.

Isnin lps Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan bg mewajibkan semua pelajar melengkapkan persekolahan dr darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.

Beliau berkata ibu bapa yg gagal menghantar anak ke sekolah berdepan kemungkinan dikenakan denda sebanyak RM5,000 atau penjara selama enam bln.

Menurutnya Akta Pendidikan kini hanya mewajibkan murid melengkapkan persekolahan dr darjah satu sehingga darjah enam sahaja.

‘‘Kita sekarang dah capai lebih 98 peratus anak-anak bersekolah (di sekolah rendah) tetapi sasaran kita ialah 100 peratus,’’ katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Ziarah Cakna Peringkat Kebangsaan di Pejabat Pendidikan Daerah Kulai

Sumber: Utusan Borneo

Loading...

Tags: #LIMA #Murid #Sekolah #Tamat #tidak #Tingkatan #wajar #Wajib

author
Author: 
    Mabuk di Jalan, Artis yg Video Syur nya Viral Ini Langsung Telepon Ayahnya Saat Ditangkap!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr artis tampan asal Malaysia, Aliff Aziz. Seperti
    Billy Syahputra Kaget Setelah Lihat Isi ATM Nikita Mirzani: Allahu Akbar!
    slidegossip.com – Nikita Mirzani kini dikenal sbg wanita sukses baik di industri hiburan
    Henti persoalkan kewujudan sekolah vernakular negara ini – Timb. Menteri
    KUALA LUMPUR: Pihak yg tidak berpuas hati dgn kedudukan sekolah vernakular di negara
    Contoh Ibu yg Baik, Demi Bantu Anak Selesaikan PR, Ayu Ting Ting Rela Batalkan Meeting!
    slidegossip.com – Ayu Ting Ting dikenal sbg salah satu penyanyi dangdut papan atas

    Leave a reply "Wajib murid tamat sekolah tingkatan lima tidak wajar"