Wajarkah Peperiksaan IGCSE Di MSRM Diteruskan?

Oleh : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Saya rasa terpanggil utk menjawab isu yuran MRSM yg tular ini. Saya bukanlah staf di MARA atau tenaga pengajar, tetapi hanya #TukangCeramahBudakSekolah yg pernah dijemput utk isi slot kepada pelajar MRSM. Post ini agak panjang. Jadi pelan-pelan baca dan hadam baik-baik. Bismillah.

Yuran1 1 - Wajarkah Peperiksaan IGCSE Di MSRM Diteruskan?

Yuran2 - Wajarkah Peperiksaan IGCSE Di MSRM Diteruskan?

1. Setahu saya, matlamat MARA memang mahu membantu pelajar, tak kiralah apa latar belakangnya, keputusan peperiksaan, anak siapa dan lain-lain. Akhirnya, pelajar yg biasa ini menjadi luar biasa! Inshaallah.

2. Berkaitan caruman RM60 yg dibayar oleh ibubapa setiap bln, bukanlah bayaran utk mkn minum. Utk pengetahuan semua, jadual mkn pelajar adalah 5 kali sehari! Semuanya ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak MARA.

3. Jadi, duit caruman ni utk apa? Ia digunakan utk program pelajar, antaranya program kecemerlangan akademik.

4. Utk pelajar yg tidak berkemampuan, pihak MARA ada menyediakan kemudahan bayaran. Ada 3 option, yg pertama, MARA tanggung pelajar tersebut (RM1500 setahun). Yg kedua, pelajar diberikan wang saku (tak pasti pula saya berapa jumlahnya). Yg ketiga dikecualikan terus dr bayar wang caruman berkenaan.

5. Sebenarnya, yuran di MRSM memang sangat murah. Bayangkan, caj dobi hanya RM10 sebulan (tak payah sental sendiri mcm dulu-dulu). Semua bayaran ini blh dibayar secara ansuran.

6. Saya fikir, perkataan ‘pengeras’ yg ditulis (gambar pertama) adalah kurang tepat. Perkataan yg tepat adalah komitmen. Benda blh bincang. Pihak MARA pasti akan bantu, apatah lagi ada 6 orang tanggungan yg lain.

7. Baik, sekarang mari bercerita tentang yuran IGCSE. Sebenarnya, bukan semua MRSM ada exam ini. Mari saya ceritakan ya.

8. Exam IGCSE ni dah bermula pd thn 2011. MRSM Pekan yg menjadi perintis. Kemudian, ia diikuti oleh MRSM yg lain, Langkawi, Kubang Pasu, Baling, Parit, Kuala Kubu Bharu, Serting, Kuala Klawang, Alor Gajah, Batu Pahat, Johor Bahru, Kuantan, Tumpat, Kuching dan Tawau.

9. Kalau ikutkan pelajar blh pilih nak ambil exam ini atau tidak. Tapi yg biasa saya dengar, dek nak cukupkan kuota, mereka sebat je sesiapapun. Yg tak pilih IGCSE pun dimasukkan sekali.

10. Satu lagi, IGCSE ni sudah dimaklumkan oleh pentadbiran semasa sesi taklimat tingkatan 1 lagi. Tujuannya supaya ibu bapa bersedia dr awal.

11. Yg dipilih bukan semua. Kalau 200 orang satu batch, paling ramai terpilih pun 15 orang. 15 orang tu pun nanti kena ambil juga SPM sbg calon persendirian.

12. Mak ayah yg mampu sikit, akan keluarkan anaknya selepas habis exam IGCSE. Anak-anak ini akan sambung belajar kolej swasta mcm Taylor. Ianya atas kehendak dan dibayar sendiri oleh ibubapa.

13. Pelajar yg tak keluar akan terus stay ambil SPM.

14. Utk memudahkan pemahaman Tuan Puan, berikut saya sertakan time frame exam adik-adik di MRSM. Exam Form 2 (checkpoint 1), form 3 (PT3), form 4 (IGCSE) dan form 5 (SPM).

15. Ada 3 thn (Tingkatan 3, 4 dan 5) para pelajar akan menghadapi ujian yg besar. Jadi, adalah saya dengar satu dua masalah yg timbul.

16. Byk rungutan dr pelajar dan juga guru yg sampai pd saya. Stress kot! Bayangkan, nak kejar 3 thn utk hadapi exam demi exam. Tu pasal saya jumpa student MRSM yg telan ubat stress bila nak dekat dgn exam.

17. Di pihak ibubapa pastilah tertekan dr aspek kewangan (walaupun dah ditaklimatkan semasa anak masuk Tingkatan 1). Dahlah, buku rujukan utk IGCSE satu judul berharga 150 ke 200 ringgit, walau ia juga ditaja oleh MARA.

18. Jadi, blh tak saya anggap IGCSE ni satu projek gajah putih sahaja? Atau blh juga ia kehendak segelintir ibubapa elitis?

19. Saya mengharapkan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapatkan penjelasan berkenaan program IGCSE. Bukan apa, dlm masa yg sama student kena follow silibus KPM itu sendiri, dan mengikuti program IGCSE. Walaupun program IGCSE dilihat luarannya memberi nilai tambah kepada pelajar utk menghadapi SPM, sebenarnya SPM itu sudah merangkumi semua, IGCSE hanyalah sekadar menambahkan bebanan kepada pelajar itu sendiri.

20. Di pihak MARA pula, saya berharap dikaji kembali keberkesanan program IGCSE dr semua aspek, bukan sahaja melihat drpada keputusan akademik semata-mata tetapi juga melibatkan semua aspek, baik di pihak pelajara pelajar, guru dan juga ibu bapa. Jika nak teruskan juga, buat satu MRSM khas yg ada IGCSE sahaja, tanpa SPM.

Saya harap tulisan ini sampai kepada pihak yg selayaknya. Satu reformasi besar-besaran perlu berlaku ke atas MRSM. Mohon share utk maklumat dan manfaat bersama.

Loading...

Tags: #Diteruskan #IGCSE #MSRM #Peperiksaan #Wajarkah

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Wajarkah Peperiksaan IGCSE Di MSRM Diteruskan?"