Wajarkah Masjid Anjurkan Rumah Terbuka Thn Baru Cina.

Oleh : Firdaus Wong Wai Hung
 
Wajarkah Masjid Anjurkan Rumah Terbuka Thn Baru Cina

Saya menerima byk mesej meminta saya mengulas tentang satu isu yg sedang tular sekarang iaitu rumah terbuka Thn Baru Cina yg diadakan di kawasan masjid. Isu ini bukan perkara straight forward kerana ada beberapa perincian yg perlu kita lihat.

Masjid2 1 - Wajarkah Masjid Anjurkan Rumah Terbuka Thn Baru Cina.


Apatah lagi saya sendiri pernah dijemput utk bersama dlm program sambutan Thn Baru Cina anjuran Masjid dan NGO di masjid. Beberapa perkara yg kita perlu fahami sebelum saya mengulas lanjut;

1. Saya menghormati pandangan mereka yg mengatakan haram utk menyambut Thn Baru Cina (TBC) kerana menurut mereka TBC adalah perayaan keagamaan dan bukannya kebudayaan.

2. Saya juga memahami kenapa ada di kalangan Muslim yg menentang sambutan Thn Baru Cina di masjid.


3. Usaha pelbagai pihak baik dr NGO, masjid dan Majlis serta Jabatan Agama Negeri utk menganjurkan program sebegini sbg uslub dakwah juga harus dipuji.


4. Pihak NGO, masjid hatta Jabatan serta Majlis Agama memiliki alim ulamak utk memberikan nasihat kepada mereka apakah yg blh dan tidak blh dilakukan.

Berikut adalah pendapat saya yg sahabat-sahabat blh terima dan tolak tetapi persaudaraan sesama Muslim serta adab dlm perbezaan mestilah dijaga.

1. Adakah wajar masjid & surau anjurkan rumah terbuka TBC?

– Dlm kajian kami, TBC adalah perayaan kebudayaan semata-mata walaupun tidak dinafikan ada tokok tambah aspek agama Taoism, Confucianism & Buddhism di dlm TBC moden tetapi setakat kajian kami, asal usulnya masih kerana budaya bukan kerana agama. Maka tiada masalah utk melakukan program di kawasan masjid tetapi beberapa perkara mungkin perlu diperhalusi atau ditiadakan.

A) Tidak diadakan di dlm dewan solat masjid. Kebiasaannya program sebegini diadakan di perkarangan masjid sahaja. Masjid Sirajuddin Al-Anwar, Batu Belah, Klang adalah masjid yg aktif dakwah mereka dan saya kenal baik dgn Haji Ayyub. Mereka tahu Do’s & Dont’s nya.

B) Disediakan kain sarung atau jubah utk pelawat yg ingin melawat dewan solat.

C) Berhati-hati dlm pemilihan lagu Thn Baru Cina kerana ada lagu yg berunsur khurafat dan syirik!

D) Tidak dijemput tarian singa & tarian naga kerana dlm kajian kami, tarian singa & naga ini di dlm bangsa Cina adalah bertujuan menghalau roh jahat dan membawa ‘Ong’ (rezeki). Mereka yg berbeza pendapat dgn kami, kami raikan perbezaan sahabat semua cuma kami lebih cenderung kepada tiada tarian singa dan tarian naga. Blh baca lanjut di sini > https://askislam.me/…/19/sejarah-tarian-naga-dan-tarian-si…/

E) Tiada upacara Yee Sang kerana upacara Yee Sang atau ‘Lou Hei’ di mana Yee Sang dilambung ada beberapa unsur yg kami kurang selesa akan asal usulnya. Kaki hormat pegangan dan pendapat sahabat lain dlm isu Yee Sang jikalau mereka memilih utk terlibat. Secara peribadi, saya memilih tidak melibatkan diri. Blh baca lanjut kajian kami di sini > https://askislam.me/…/25/apa-kaitan-dewi-nuwa-dengan-yee-s…/

F) Ahli kariah dan jemaah masjid telah diberikan taklimat dan pencerahan oleh AJK tentang tujuan dan kaedah pelaksanaan program bg mengelakkan salah faham dan kekecohan pd hari program berlangsung.

G) Penerangan tentang agama Islam agama yg haq perlu dilakukan kerana saya dpti, kerap kali penganjuran program begini lebih kepada ingin memberitahu kepada masyarakat Cina Belum Muslim bahawa walaupun seorang Cina telah memeluk Islam, mereka masih berbangsa Cina dan masih blh meraikan TBC. Masyarakat Belum Muslim yg hadir akan pulang dgn perut yg kenyang tetapi kesedaran bahawa mereka juga perlu menyembah Allah sahaja tanpa mempersekutukanNya serta Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah perlu juga disampaikan kepada mereka.

H) Jangan diadakan terlalu besar sehingga sambutan Aidil Fitri dan Aidil Adha kita di masjid kelihatan seperti sambutan yg kecil dibandingkan dgn sambutan TBC.

KESIMPULAN

Kami berharap bahawa program sebegini dpt merapatkan ukhuwah dan persefahaman di antara masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Selain itu kami berharap program sebegini bukan sahaja ‘One-Off’ tetapi pihak masjid dan NGO yg terlibat terus berdakwah dan menyantuni masyarakat Belum Muslim sepanjang thn utk mendekatkan mereka kepada Islam agar mereka dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Sekali lagi saya tegaskan, ini pandangan peribadi saya yg sahabat-sahabat blh terima dan tolak tetapi jagalah persaudaraan Islam kita dan adab dlm perbezaan pendapat itu dijaga. Wallahualam. Semoga Allah mengampunkan kesilapan dan kekurangan saya dlm ulasan kali ini. Allahuma Ameen


Loading...

Tags: #Anjurkan #Baru #Cina #Masjid #Rumah #Terbuka #Wajarkah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Wajarkah Masjid Anjurkan Rumah Terbuka Thn Baru Cina."