“Wahai YB Menteri, guru tidak berleter kosong ketika perhimpunan…”

maszlee no more boring perhimpuan as schools can get creative with them world of buzz 1 - "Wahai YB Menteri, guru tidak berleter kosong ketika perhimpunan..."

Maaf YB Menteri. Yg ini saya tidak setuju. Bahkan mustahil nak laksanakan.

Semalam, byk portal berita berkongsi hal ini. Di mana Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan meminta semua sekolah melaksanakan Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yg diideakan oleh IPG Ilmu Khas.


KENAPA SAYA TIDAK BERSETUJU?
Kerana realitinya tidak seindah dan semudah yg YB lihat di IPG Ilmu Khas. Kami berhadapan dgn murid sekolah rendah dan menengah. Bukannya bakal guru yg cukup matang dan berdedikasi.

Bahkan, kata-kata YB sedikit mengguris hati guru-guru bila hal ini dikongsi dlm group guru yg dianggotai lebih 100k ahli. Apa yg mengguris hati?

Perkataan leteran. Seolah-olah selama ini guru hanya berleter kosong di tapak perhimpunan.
IMG 20190216 101518 - "Wahai YB Menteri, guru tidak berleter kosong ketika perhimpunan..."

Guru tidak berleter kosong ditapak perhimpunan, YB. Guru memberi nasihat demi nasihat. Nasihat yg perlu diulang-ulang hampir setiap minggu. Kerana di hadapan kami adalah murid-murid yg belum pun matang fikirkan mereka.

Peringatan perlu diulang selalu supaya melekat dlm kepala. Agar flush tandas setiap kali guna, agar beratur semasa membeli mknan di kantin, agar tidak curi bekal mknan kawan, agar jangan minum air kawan tanpa izin, agar tidak sharp pensel di bawah meja, agar tidak korek hidung kemudian calit najisnya di bawah meja.

Begitu juga dgn peringatan disiplin. Medan perhimpunan adalah medan paling sesuai mengingatkan murid tentang peraturan yg mesti mereka patuh dan apa pula larangan semasa.

Perhimpunan juga sbg medan bg kami melancarkan segala program seperti Program Nilam, Minggu Anti Dadah, Bulan Kemerdekaan, Program Guru Penyayang, dan berpuluh-puluh lagi program yg KPM juga wajibkan sekolah buat.

Semasa melancarkan program, ada pula gimiknya supaya ia meriah dan murid suka. Ada lakonan, ada nyanyian, ada persembahan, ada kejutan. Dan itu semua memakan masa, YB.

Maka sebab itu saya kata, adalah mustahil utk laksanakan perhimpunan dlm masa 10 minit seperti yg dicadangkan.

Untuk menyusun murid itu sahaja dah mkn masa 5-10 minit. Belum kira memujuk murid thn 1 yg tak nak ikut berbaris lagi, belum kira nak selesaikan murid mengadu dibaling batu, nak luruskan barisan pun dah satu hal pula.

Mereka anak-anak kecil yg masih tak tahu apa, YB. Bukan pelajar IPGM yg dah layak jadi emak orang, jadi ayah orang.

Selepas susun murid beratur, 3 buah lagu wajib perlu dinyanyikan. Lagu Negaraku, lagu Negeri, dan lagu sekolah. Agak-agak, kat situ dah mkn masa berapa minit ya YB?

Selepas lagu, perlu ada ikrar pula. Ikrar sangat penting utk rakyat sentiasa ingat tentang rukun negara dan memupuk sikap patriotik dlm diri. Dan pastinya itu pun akan memakan masa juga.

Takkan lps ikrar murid bergerak masuk ke kelas terus? Tanpa apa-apa ucapan dr guru bertugas, tanpa peringatan dr guru disiplin dan tanpa amanat dr barisan pentadbir?


Maka di mana relevannya perhimpunan 10 minit ini? Pd saya, ianya langsung tak relevan. Sangat tidak relevan.

Alasan tak nak jadikan perhimpunan itu membosankan itu bagus. Sepatutnya rancanglah apa aktiviti yg menyeronokkan semasa murid di tapak perhimpunan.

Bukannya memendekkan masa perhimpunan menjadi 10 minit. Itu satu cadangan dan idea yg sangat tidak realistik dan hampir mustahil utk dilaksanakan.

Saya sangat berharap, pihak IPG dan KPM sendiri meneliti semula cadangan ini dgn cermat.

Kerana berdasarkan bacaan saya, apa yg YB Menteri sebut itu sudah pun menjadi arahan.

Harap YB dpt pertimbangkan usul yg dibawa oleh guru biasa mcm saya ini.

Sekian, terima kasih.


*****

Bacaan lanjut berita ini di link berikut :
https://bit.ly/2TGAgsZ

Sebarang komen dan diskusi ilmiah berkaitan dgn bidang pendidikan dialu-alukan diruangan komen ini. Namun jika ada komen berunsur politik, menghina, menyentuh isu tol dan sbgnya, komen itu akan di delete dan pengguna Fb itu akan di block.

Ini bukan artikel politik. Ini artikel pendidikan. Dan artikel ini adalah pandangan saya sbg guru biasa, tidak mewakili sekolah saya bertugas, tidak juga mewakili daerah mahupun negeri. Harap maklum.

MFS

Loading...

Tags: #berleter #Guru #ketika #Kosong #Menteri #Perhimpunan #tidak #Wahai

author
Author: 
    Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) 2019
    Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yg berkelayakan, berpotensi,
    Lunch di Black Canyon Coffee
    Lunch di Black Canyon Coffee | Kawan-kawan dekat opis ni dah tahu yg
    Slot Akasia: 30 Pesanan Suara
    Salam. Gandingan Hannah Delisa dan Shukri Yahya serta Sharul Ridwan akan datang di
    Game Online Streaming PlayStation Exclusive
    Game Online Streaming Percuma Twitch.com  dan Parsecgaming.com merupakan “Game Online Streaming” permainan menawarkan

    Leave a reply "“Wahai YB Menteri, guru tidak berleter kosong ketika perhimpunan…”"