Viral Majlis Perkahwinan Tak Senonoh, Ini Kenyataan Aktivis PAS, Yg Juga Ahli Keluarga Pengantin Lelaki..

VIRAL | Gosip netizens hari ini adalah mengenai dua rakaman video yg merujuk kepada majlis perkahwinan anak lelaki pelakon veteran tanahair, Normah Damanhuri.

Pondan 1 - Viral Majlis Perkahwinan Tak Senonoh, Ini Kenyataan Aktivis PAS, Yg Juga Ahli Keluarga Pengantin Lelaki..

Ahya Ulumuddin Rosli dilaporkan berkahwin dgn pasangannya, Shahirah Sanusi pd 29 Mac lps dan majlis persandingannya dibuat pd sabtu 6 April 2019.

Bagaimanapun aturcara majlis persandingan itu dikecam masyarakat kerana mengundang kumpulan pondan (LGBT) bg mempersembahan tarian yg agak lucah (kerana berpakaian seksi dan tidak senonoh) dihadapan pasangan pengantin dan keluarganya.

Kedua-dua rakaman video mengenai tarian itu kemudiannya tular di laman sosial dan menerima kecaman yg teruk dr netizens.

Menjawab kepada kritikan netizens itu, Ahya menjawab tarian itu adalah sbg hiburan sahaja dan beliau berhak membuat keputusan kerana itu adalah majlisnya apatah lagi bukan netizens yg mengeluarkan wang belanja.

“Saya tak kisah apa orang nak kata mengenai majlis persandingan saya. Persembahan itu sekadar hiburan sahaja. Suka hati saya la nak panggil siapa buat persembahan. Itu kan majlis perkahwinan saya, yg keluar duit bukan netizen,” katanya, memetik laporan Mstar.

Di laman sosial pula, aktivis dan penyokong kuat PAS, yg dikenali sbg Fais Al Hajari tampil memberikan penjelasan mengenai insiden tarian separa bogel di majlis persandingan Ahya.

Mengakui Ahya adalah sepupunya, Fais menjelaskan beliau telah memainkan peranan menasihati keluarga sepupu beberapa kali sehingga menjejaskan hubungan kekeluarga.

Bagaimanapun usahanya itu ternyata gagal. 

“Aku tau, status aku ni mungkin berpotensi jadi kontroversi. Tak kurang juga mungkin hubungan kekeluargaan aku dgn sedara mara aku jadi agak terjejas. Tapi aku terpaksa tulis juga. Kurang² takdelah aku teruk sangat bila disoal kat “sana” nanti.

Rasanya satu Malaya dah havok pasal majlis kenduri kahwin sepupu aku tu. Havok bukan sebab apa – sebab majlis tersebut dijahanamkan dgn tarian ala jahiliah. Aku ditunjuki video² tu byk kali.

Ya, aku hadiri majlis tu. Aku sampai jam 1.30, aku blah jam 2.30. Sejam je aku kat majlis tu, sekadar memenuhi tuntutan meraikan jemputan walimah terutamanya yg berkaitan dgn saudara mara. Pdhal sepupu aku sendiri yg kahwin, tapi aku tak lepak pun. Sebab aku tau benda² karut gitu akan jadi. At least bila aku blah awal, aku tak terlibat atau subahat dgn benda² tu.

Aku taknak tulis apa² yg blh meretakkan hubungan kekeluargaan. Family aku pun ramai yg folo FB aku. Cumanya apa yg blh aku kata ialah apa jua kebejatan yg korang pernah tag aku dulu berkenaan keluarga mereka, kami pernah je tegur. Pernah je nasihat. Bukan tak pernah. But it ultimately proven fruitless. Malah hubungan keluarga kami jadi dingin seketika sebab teguran itu. Come on gais.. PU Amin pun kena “belasah” bila dia menegur, apatah lagi aku.

Mereka ni ada suami memasing, ada adik beradik memasing, ada yg lebih direct dgn depa utk menegur dan membimbing depa. Kalau yg lebih aula’ menegur pun ikut tumpang sekaki, memang orang mcm aku have no chance at all la 😔

So dlm kes depa ni, aku terpaksa ambil pendekatan membenci perbuatan mereka dlm hati aku. Ya, iman aku tak sekuat itu utk tegur mereka lebih keras. Situasi aku ni mcm diluah mati bapak, ditelan mati mak, tak buat² apa² blh mati terus. I have limited choice here.

Ibnu Mas’ud ( r.a ) berkata: “Hampir-hampir orang-orang yg hidup dr kalangan kamu apabila melihat kemungkaran tidak berupaya utk mencegahnya melainkan Allah SWT mengetahui apa yg ada di dlm hatinya bahawa dia amat benci kepada kemungkaran itu.”

Buat aku, semoga Allah membantu aku membimbing kedua² isteriku serta seluruh anak²ku agar menjadi hamba Allah yg taat, dan semoga aku mampu menyebarkan dakwah menerusi penulisan² aku di FB dan di mana jua. Semoga Allah ampunkan kelemahanku yg tak mampu mencegah kemungkaran itu dgn tangan dan lidah buat masa ini.

Oh ye, yg menari sampai nak terkeluar dada belaka tu ialah JANTAN belaka,” jelasnya dlm kenyataan itu. – 7 April 2019.
 


Loading...

Tags: #Ahli #Aktivis #Juga #Keluarga #kenyataan #Lelaki #Majlis #Pengantin #perkahwinan #Senonoh.. #VIRAL

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.