(Video) Sekolah Seni Perak harumkan nama Malaysia di Beijing

IMG 20190128 071248 1 - (Video) Sekolah Seni Perak harumkan nama Malaysia di Beijing

SEKOLAH Seni Malaysia Perak (SSeMP) sekali lagi mengharumkan nama negara apabila mendapat pingat emas menerusi persembahan teater ‘Mek Mulung’ dan ‘Jikey’ pd China Youth Spring Festival Gala Night & Global Youth Talent 2019 di Beijing, malam kelmarin.

Sebelum ini, sekolah itu mencatat sejarah menjuarai pertandingan Monolit International Festival di Barcelona, Sepanyol pd November thn lalu dgn persembahan yg sama.

Penolong Kanan Kesenian SSeMP Zuraini Abdullah berkata, usaha mengetengahkan Mek Mulung di persada antarabangsa sentiasa dipergiat utk mengekalkan warisan seni negara agar tidak pupus.

Katanya, dgn kejayaan itu, ia secara tidak langsung memperlihatkan hasil usaha gigih mereka selama ini terhadap seni teater tradisional bg mendapatkan pengiktirafan antarabangsa.

“Kejayaan ini membuktikan usaha keras kami berbaloi dan kami berharap pd masa akan datang, kami akan berjaya membawa pasukan kami mengetengahkan bidang teater, tari dan muzik ke festival antarabangsa,” katanya kepada Bernama News Channel, malam tadi.
IMG 20190128 071405 - (Video) Sekolah Seni Perak harumkan nama Malaysia di Beijing
Izatul Husna Samsuri

Sementara itu, Izatul Husna Samsuri, 15, yg memegang watak utama dlm persembahan Mek Mulung berasa bangga dpt mempamerkan seni teater tradisional dlm bahasa Malaysia kepada negara lain.

“Bagi kami memang sangat berbaloi. Sebelum ini kami selalu kena marah (semasa latihan) tetapi setelah mencapai kejayaan ini, barulah kami sedar bahawa kejayaan hanya datang jika kita berusaha keras,” katanya.

Dalam pd itu, Megat Hezreil Isqandar Megat Maz Ardi, 14, yg juga cucu kepada tokoh lagu irama Malaysia, Allahyarham Datuk Suhaimi Mohd Zain atau Pak Ngah, gembira kerana dpt menimba byk pengalaman baharu selain meneruskan legasi Allahyarham datuknya.

“Kami dpt byk pengalaman terutama ketika menjalani latihan. Kami juga gemuruh sebab pertama kali buat persembahan di negara orang,” katanya.

Festival gilang-gemilang itu turut menyaksikan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Heng Ee, Pulau Pinang mendapat emas bg kategori tarian, manakala Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Perempuan Pulau Pinang mendapat perak bg kategori koir dan anugerah gangsa bg kategori tarian.

Kira-kira 2,500 pelajar mewakili 80 pasukan dr lapan negara menyertai pertandingan itu.

loading…


Loading...

Tags: #Beijing #harumkan #Malaysia #nama #PERAK #Sekolah #Seni #video...

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "(Video) Sekolah Seni Perak harumkan nama Malaysia di Beijing"