(Video) Kecewa cinta ditolak, murid cuba terjun bumbung sekolah

bunuh 1 - (Video) Kecewa cinta ditolak, murid cuba terjun bumbung sekolah

BANTING: Kecewa kerana gadis yg diminati menolak cintanya, seorang murid lelaki yg baru berusia 13 thn bertindak nekad cuba terjun dr bumbung tingkat dua sekolahnya di Banting pd Selasa.

Murid tingkatan satu itu sempat meluahkan kekecewaanya pd sekeping nota sebelum mengambil keputusan cuba utk membunuh diri kerana kecewa gadis idamannya memilih utk rapat dgn pelajar lelaki lain.

Pihak Bomba mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut sekitar pukul 1:12 tengah hari.

“Menurut komander operasi, setibanya jentera di lokasi didapati benar berlaku cubaan membunuh diri oleh seorang murid sekolah dan mangsa telah berjaya dipujuk serta diselamatkan oleh pihak Agensi Pertahanan Awam yg telah sampai terlebih dahulu.

“Mangsa dibawa ke Hospital Banting oleh Ambulans utk tindakan lanjut,” kata kenyataan Pusat Gerakan Operasi Bomba Selangor.

Video murid tersebut berjalan di atas bumbung sekolah sebelum bergelut dgn pasukan penyelamat tular di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Azizan Tukiman, pihaknya menerima panggilan pd pukul 1.30 petang mengatakan ada seorang pelajar cuba membunuh diri.

Sejurus menerima panggilan, polis bergegas ke lokasi bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dgn dibantu pasukan Bomba dan Penyelamat.

Murid itu berjaya diselamatkan setelah dipujuk hampir setengah jam.

“Pelajar ini hanya mengalami kecederaan ringan di bahagian lengannya semasa proses menyelamat dan telah dibawa ke hospital Banting utk rawatan.

“Siasatan mendapati murid ini mengaku cuba utk bunuh diri kerana kecewa dgn seorang murid perempuan lain sebaya dgnnya.

“Mangsa mengatakan telah berjumpa dgn murid perempuan terbabit semalam utk meluahkan perasaan cintanya tetapi ditolak.

“Murid perempuan itu memberi alasan tidak meminati mangsa dan lebih menyukai seorang pelajar lelaki lain. Ekoran penolakan cinta, mangsa berasa putus asa dan mengambil keputusan utk membunuh diri,” katanya seperti dilapor Utusan Online.

Azizan berkata murid lelaki itu tidak mempunyai sebarang masalah disiplin dan guru mangsa juga menjelaskan dia murud yg baik tetapi terpengaruh dgn mainan perasaan.

“Mengikut keterangan gurunya mangsa tidak ada sebarang masalah disiplin di sekolah dan merupakan murid yg baik serta pendiam.

“Setakat ini, kita juga masih belum menerima sebarang laporan polis sama ada yg dibuat oleh pihak sekolah mahupun ibu bapa murid ini,” katanya.

Loading...

Tags: #bumbung #CINTA #Cuba #Ditolak #Kecewa #Murid #Sekolah #terjun #video...

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "(Video) Kecewa cinta ditolak, murid cuba terjun bumbung sekolah"