‘Victim Blaming’ Dlm Buku Teks Pendidikan Jasmani Thn 3, KPM Akan Betulkan Segera.

Kementerian Pendidikan mengambil maklum mengenai satu infografik yg tersebar di sosial media, merujuk kepada buku teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan thn 3 sejak semalam.

Gambar2 1 - 'Victim Blaming' Dlm Buku Teks Pendidikan Jasmani Thn 3, KPM Akan Betulkan Segera.


Ditegur kerana menyalahkan mangsa dlm kes gangguan seksual, KPM berkata akan membetulkan kesalahan serius itu dgn kadar segera.

Dalam kenyataan itu, KPM menjelaskan infografik pd halaman 67 dlm buku teks terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yg dibekalkan ke semua Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) pd thn ini itu blh disalah tafsir sbg menyalahkan mangsa gangguan seksual berhubung ‘penjagaan kehormatan anggota seksual.’

“KPM yg menerima maklum balas mengenai infografik tersebut semalam telah mengambil tindakan segera utk membetulkannya.

“KPM memutuskan utk menambah baik kandungan buku tersebut dgn menyediakan ralat dlm bentuk QRCode, yg akan dimuat naik pd 17 Januari (Khamis ini) utk makluman guru, murid dan ibu bapa,” katanya.

Kenyataan itu turut menjelaskan ralat dlm bentuk pelekat juga akan dicetak dan diedarkan ke semua sekolah berkenaan termasuk ke SJKT mulai 29 Januari.

Terdahulu sukarelawan yg sering terlibat dlm kes gangguan seksual dan remaja hamil, Syed Azmi mengulas infografik itu di Facebooknya. 

Gambar1 - 'Victim Blaming' Dlm Buku Teks Pendidikan Jasmani Thn 3, KPM Akan Betulkan Segera.


“Bila gambar ni viral 2 hari lps, saya tak komen langsung. Saya cuba baca byk kali. Cari sumber.

Waktu tu malam jadi saya tak hubungi Kementerian utk penjelasan.

Tapi pd malam yg sama, saya hubungi 5 cikgu dr 5 sekolah rendah yg berbeza dan tak seorang pun cikgu tersebut mengajar Pendidikan Jasmani.

Secara kolektifnya, majoriti cikgu bertanya “Apa yg salahnya Encik Syed?”

Jadi satu malam pd malam tu saya explain kenapa saya rasa muka surat tu tak wajar dr pelbagai perspektif .Tapi dlm bentuk apa yg cikgu faham dan apa yg saya nampak.

Why nama Amira saja, why tak Amir dan Amira.

Rasanya first part tu lebih sesuai jika Bagaimana menjaga keselamatan diri Amir dan Amira.

Ini membincangkan langkah berjaga-jaga utk elakkan risiko drpada menjadi target mereka yg berniat jahat.

Tajuk gambarajah kedua, Kesan jika Amir dan Amira tidak menjaga kehormatan diri bukan tak salah tapi tak kena dr segi kesinambungan.

Kesan tidak menjaga keselamatan diri blh di bincangkan dr segi terdedah pd risiko berbahaya yg penting utk di ajar juga.

Bab menjaga kehormatan diri pula blh diajar seperi elakkan sentuhan, katakan ‘Tidak’, tidak sembunyikan rahsia, jika musykil atau kurang selesa perlu beritahu orang yg dipercayai seperti ibu bapa guru atuk nenek.

Kalau kita tidak lakukan perkara di atas, mungkin orang akan teruskan salah laku, kita akan terus takut dan sbgnya.

Ada satu cikgu tanya tapi perkara di bawah ini apa salahnya?

Saya explain mengenai Victim Blaming, Gender Bias dan yg bersalah adalah si salah laku dan bukannya budak Amira tu.

Ada satu guru perempuan berkata, tajuk yg number 2 tu blh tukar kepadaKesan “Jika Amira tidak menjaga kehormatan anggota seksual dan KANTOI”

Tetap salah Cikgu. Sebab victim blaming.

Tapi topic sebegini perlu diajar juga.

Saya kemudian rasa kita perlu tengok buku panduan mengajar buku ini utk panduan guru, apa katanya.

Dalam discussion, saya lihat byk yg buruk dr yg baik. Tanpa pemahaman yg betul oleh guru nanti murid salah faham.

Ini bukan saya nak kata salah siapa sebab yg penting pembetulan.

Memang benar guru yg saya tanya tak ajar PJ tapi kalau mereka pun tak nampak susah juga.

Kita memang nakkan yg terbaik utk anak-anak kita dan semua yg ariff tentang bidangnya wajar kita kongsi ilmu.

Untuk analisis lain why page ni salah, saya rasa byk posting lain yg lebih bernas oleh aktivis kanak-kanak lain. Saya tak tag sebab ada diantaranya yg agak kasar.

Saya pun tahu pihak kementerian akan buat penambahbaikan by akhir bln. Baguslah.

Ampun maaf kalau bunyi tak keras. Saya cuma mahukan kita bincang dgn berhemah,” katanya dlm kenyataan itu. – 16 Januari 2019.


Loading...

Tags: #'Victim #akan #Betulkan #Blaming' #BUKU #Jasmani #Pendidikan #Segera #Teks

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "‘Victim Blaming’ Dlm Buku Teks Pendidikan Jasmani Thn 3, KPM Akan Betulkan Segera."