Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang

IMG 20190117 184620 1 - Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang
Imej via Astro Awani

BALIK PULAU: Seorang ustazah di Sekolah Kebangsaan Genting, di sini dikhuatiri hilang selepas tidak hadir mengajar ke sekolah sedangkan keretanya berada di luar kawasan sekolah berkenaan sejak semalam (Selasa).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A. Anbalagan berkata, kehilangan Nur Farhana Ibrahim, 27 thn, disedari suaminya selepas ustazah itu tidak pulang ke rumah mereka di Langgar, Kedah pd petang Isnin seperti biasa.

“Menurut suaminya, pd hari Isnin dia menghantar isterinya ke Tol Alor Setar Utara pukul 4.30 pagi utk menumpang rakan ustazah itu ke Sungai Dua, Butterworth bg mengambil kereta Perodua Axianya sebelum meneruskan perjalanan ke sekolah di Balik Pulau.

“Pada pukul lebih kurang 4.30 petang, suami mangsa yg merupakan peniaga itu menghubungi telefon bimbit isterinya, namun tidak berjawab dan apabila lelaki berkenaan pulang ke rumah mendapati telefon bimbit ustazah berkenaan berada dlm bilik tidur dipercayai tertinggal,” katanya di sini Rabu malam.

Menurutnya, suami mangsa yg berusia 30 thn itu menghubungi rakan-rakan isterinya utk bertanya kedudukan wanita tersebut, namun mereka semua tidak tahu di mana ustazah berkenaan berada dan memaklumkan kereta isterinya berada di luar kawasan pagar sekolah.

Anbalagan berkata lelaki itu pergi ke sekolah isterinya pd Selasa dan menurut guru besar sekolah berkenaan ustazah tersebut hadir ke sekolah mengajar seperti biasa pd hari Isnin, namun tidak datang ke sekolah pd Selasa.

Katanya, suami mangsa telah berusaha mencari isterinya di kawasan sekitar sekolah dan berhampiran namun tidak menjumpai wanita itu.

“Beg duit, kunci kereta serta alatan menulis milik ustazah itu berada di atas meja bilik guru sekolah berkenaan. Pihak polis dgn bantuan orang ramai melancarkan operasi mencari wanita tersebut namun sehingga malam ini masih gagal ditemui,” katanya.

Beliau berkata polis juga menggunakan perkhidmatan unit pengesan anjing K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) bg membantu mengesan ustazah berkenaan dan setakat ini belum menemui sebarang petunjuk.

Katanya, menurut suami mangsa, isterinya pernah menerima rawatan kemurungan pd thn 2014 dan ustazah itu dipercayai mengalami kemurungan berikutan berulang alik setiap hari dr Langgar ke Balik Pulau utk mengajar di sekolah berkenaan.

Jarak sehala kira-kira 100 kilometer dan difahamkan ustazah itu telah byk kali memohon utk berpindah ke Kedah supaya lebih dekat dgn keluarganya.

“Lelaki itu juga mendakwa dia dan isterinya tidak mengalami masalah rumah tangga dan mereka mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga thn. Saya minta kerjasama orang ramai yg mempunyai maklumat berhubung wanita itu agar tampil menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.

– Bernama

loading…


Loading...

Tags: #alik #dikhuatiri #Hilang #Sekolah #ulang #Ustazah

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ustazah ulang alik 200 km ke sekolah dikhuatiri hilang"