
KUALA KANGSAR 17 Jan. – Guru wanita Sekolah Kebangsaan (SK) Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang, Nur Farhana Ibrahim, 27, yg dilaporkan hilang sejak empat hari lalu, telah datang sendiri ke Balai Polis Kuala Kangsar dgn berjalan kaki, petang ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, ustazah berkenaan yg tiba di balai polis tersebut kira-kira pukul 3.15 petang, berada dlm keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.
“Pihak polis bagaimanapun telah menghubungi suami dan pihak keluarga supaya hadir ke balai utk membawa pulang guru tersebut,” katanya dlm satu kenyataan di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan guru berkenaan yg mengalami masalah kemurungan disedari hilang selepas gagal dihubungi suaminya kira-kira pukul 4.30 petang pd Isnin lalu sebelum mendapati dia tidak membawa telefon bimbit ke sekolah.
Pihak sekolah turut memaklumkan wanita tersebut mengajar seperti biasa pd Isnin, namun tidak hadir pd Selasa.
Barangan peribadinya seperti beg duit, kunci kereta dan alat tulis milik guru itu didapati masih berada di atas meja di bilik guru selain keretanya ditemui berada di luar pagar sekolah.
Sumber – UTUSAN ONLINE
Tags: #'Polis #Balai #Berlaku #Hilang #Ingat #Jalan #Kaki #tidak #Ustazah