Ustaz Kursus Kahwin Dikecam Kerana Kata Perempuan Tak Tutup Aurat Layak Dizina!

Loading...

Perempuan yg tidak tutup aurat layak dicabul dan dizina’i? Betulkah pandangan itu?

Begitulah kenyataan yg dikeluarkan oleh seorang penceramah berstatus ustaz ketika menyampaikan kuliah dlm kursus nikah kahwin.

ustaz2 1 - Ustaz Kursus Kahwin Dikecam Kerana Kata Perempuan Tak Tutup Aurat Layak Dizina!

 
Perkara itu diucapkannya ketika berada dlm Universiti Malaya, yg disampaikan kepada golongan mahasiswa.

Mereka yg hadir dlm program tersebut rata-ratanya berasa marah dgn sikap penceramah tersebut dan mengecam perbuatan ustaz itu di laman sosial.

Video mengenai ceramah itu juga tular sejak malam tadi.

Oleh : Ashraff Nazrin 

ADA USTAZ KURSUS KAHWIN KATA PEREMPUAN TAK TUTUP AURAT LAYAK DIZINA!

Aku sebenarnya taknak pun orang tahu aku hadir ke satu kursus yg diwajibkan kerajaan ni sebelum ke gerbang seterusnya. Tapi apa yg berlaku tadi memang perkara yg paling sial dan memalukan dlm kursus tersebut!

Hari pertama ada beberapa tajuk dibincangkan, setiap tajuk disampaikan oleh penceramah berbeza. Tajuk pertama Tasawur Islam, aku okey saja walaupun agak boring tapi penting sbg asas dan paling penting ustaz tu tak melalut dan buat lawak bukan-bukan.
 

ustaz1 - Ustaz Kursus Kahwin Dikecam Kerana Kata Perempuan Tak Tutup Aurat Layak Dizina!

 
Tajuk kedua pula mengenai tanggungjawab. Sebelum aku datang ke program, aku dah tengok tentatif dan yakin seyakin-yakinnya bahawa topik ini akan jadi bahan paling sedap utk digoreng penceramah.

Dan memang betul, penceramah kalini goreng dia tak main-main. Sampai hangus!

Awal-awal mula berceramah saja suara dia dah menyakitkan hati. Terjerit-jerit mcm tak ada microphone. Dia ingat audience ni pekak badak ke?

Tu belum bab dia masuk hal ideologi. Semua dibodohkannya. Liberal, pluralisme semua kena!

Yang paling best, ustaz ni simple minded dia tahap kalau blh otak ni takpayah pakai. Dgn senang dia melabel semua rumahtangga yg rosak tu konfem disebabkan tak sembahyang.

Terketar-ketar tangan aku nak angkat dan tanya PU Abu tu sembahyang ke tak. Tapi sebab hormat penganjur, aku tahankan diri.

Dan yg membuatkan aku fed up, ustaz tersebut menggelarkan perempuan yg tak menutup aurat layak dicabul dan dizina.

Kemudian diapitnya pula dgn analogi orang jual buah durian tepi jalan. Kalau buah yg dah siap kopek dan nampak isi, orang cucuk isinya dgn jari. Tapi kalau tak kopek dan tak nampak isi, orang tak usik.

Bodohnya ustaz ni dia tak tahu yg orang kalau taknak usik buah tu, kopek ke tak kopek, nampak isi ke tak, dia tak pandang dan terus je berjalan. Itu lah konsep tundukkan pandangan.

Aku ada video rakaman bab perempuan layak dizina, tapi aku simpan dulu. Sebab aku tengah marah.

Lepas sign kedatangan, aku terus berambus sampai topik seterusnya bab perubatan barulah aku masuk balik.

Dan ya, pemberi ceramah kalini bukan seorang ustaz, tapi jururawat biasa dan pengisiannya lagi berisi dr ustaz yg bangang tadi!

Shame on you agamawan! – 28 April 2019.
 


Carian Berkaitan

Bioadata sylvia genpati
Loading...

Tags: #Aurat #Dikecam #Dizina #Kahwin #Kata #kerana #Kursus #Layak #Perempuan #tutup #Ustaz

author
Author: 
    KPM tidak pandang ringan gangguan seksual kanak-kanak
    JANGAN PANDANG RINGAN TERHADAP GANGGUAN SEKSUAL KANAK-KANAK Peka dgn keselamatan diri kanak-kanak, Kementerian
    Apa itu Cikgootube?
    CIKGOOTUBE? APA NI? SEIRING kepesatan teknologi masa kini dan kepentingan kaedah pembelajaran abad
    Muka Sih Bule Blasteran, Tapi Siapa Sangka 6 Artis Terkenal Ini Beragama Islam!
    slidegossip.com – Dunia hiburan tanah air diramaikan dgn munculnya para artis yg berdarah
    Selalu Tampak Sehat, Vidi Aldiano Mengidap Kanker Ginjal, Ternyata Ini Penyebabnya!
    slidegossip.com – Selama ini selalu tampak sehat dan bugar, siapa sangka Vidi Aldiano

    Comments are closed.