Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri PU Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung..

Lebih dr 16,000 perkongsian di laman Facebook, luahan sayu Ustaz Ebit Liew membaca kisah perceraian PU Abu Sufyan dan bekas isterinya, Ain Afina menarik perhatian netizens.

Di ruangan komen, rata-rata wanita yg pernah diceraikan ketika mengandung turut berkongsikan pengalaman pahit mereka.

Nampaknya ia bukanlah perkara unik, kerana ramai juga yg tampil mendedahkan pengalaman pernah melalui episode duka yg sama.

‘Kawan-kawan’ sespesis PU Abu Sufyan rupanya ada ramai diluar sana. Sanggup nak ceraikan isteri sendiri demi terkejar-kejarkan anak dara dan janda lain.

1 5 - Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri PU Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung..

2 3 - Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri PU Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung..

3 7 - Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri PU Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung..

 

Ini luahan Ustaz Ebit Liew;

Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung utk berkahwin lain.

Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yg tak tahu apa-apa itu nak faham.

Hadiah paling mahal ibubapa kepada anaknya ialah didikan agama dan contoh kasih sayang keduanya. Saya berdoa Allah selamatkan rumahtangga ini semua rumahtangga kita semua. 

Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yg kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak. Selalu dakwah anak muda di jalanan dan wajah anak sedih di sekolah-sekolah. 

Maaf sangat, selalu bila saya jumpa dr keluarga yg bercerai berai. Buat yg telah diuji teruskanlah kuat yer. Kita ada Allah. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dgn Allah.

Semoga Allah selamatkan kita semua dr hati yg mati. Hidupkan jiwa kami semua dgn takwa. Doakan yg baik jer utk semua.

Satu jer nak cakap utk ingatan diri sendiri dan semua. Isteri ini amanah Allah. Utk kita pimpin dan bimbing masuk syurga. Bukan kita suka kita jaga. Tak suka ceraikan. Lainlah beliau ada lelaki lain.

Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian, kita sayang kerana Allah.. walau byk kekurangan kita tampung dan bina sama-sama utk redha Allah. Lihat isteri… kenangkanlah ibu kita.. kenangkan anak perempuan kita.. kenangkanlah..

Saya ingat seorang kawan saya baru kahwin jumpa ustaz. Ustaz, isteri saya baik, rajin, solehah, semua kerja rumah dia buat, senyum jer, sempurna.. bestkan ustaz?

Ustaz jawab secara berfikir. Isteri kamu ahli syurga insyaAllah, tapi kamu belum lagi. Kamu mungkin masuk neraka..

Kenapa pula ustaz. Dah semua isteri kamu buat. Kamu buat apa? Dah kahwin terus nak jadi raja. Muda-muda dah malas.

Bahagia itu bila kita yg memberi. Bukan tuntut hak dr pasangan, dlm kata lain saling bantu membantu dan bertolak ansur..

Pernah ada seorang suami jumpa saya. Dia nak ceraikan isterinya. Dlm perjalanan nak bercerai. Masing-masing tak nampak baik satu sama lain. Allah sayang dia uji kita. Carilah niat awal kita kahwin. Kita kahwin nak dpt redha Allah. Bimbing dan pimpin masuk syurga. Kahwin bukan utk dpt apa yg kita nak tapi tunaikan apa yg Allah nak..nikah itu amanah Allah.

Tapi ustaz, isteri saya degil. Malas. Tak pernah nak ambil hati saya. Tak layan saya. Selalu tolak saya.. dia senaraikan buruk isteri dia..

Abang kan ketua keluarga. Ada bawa isteri belajar agama? Ada buat Taklim rumah? Ada solat tahajud sama-sama? Ada doakan isteri setiap malam? Ada baca Al-Quran sama-sama? Ada mengorat pujuk dia dekat dgn Allah..wah abang, dulu cantik lawa menawan sexy semualah. 

Eh, tiba-tiba hari ni baru sedar segala kekurangan pasangan. Kurang saya di mana? Dah lama-lama baru cakap tipu jer semua tu? Doa pd Allah, dan tanya diri kita sebenarnya apa kita nak dlm hidup kita? Cubalah tanya?

Semua takde ustaz, sekurang-kurang abang dah buat semua tu jika masih tak berubah barulah fikir yg lain-lain. Ini tak pernah bawa berada di jalan Allah pun lagi..

Baik ustaz..

Dia bawa isteri datang keluargasunnah. Sehari dlm keluargasunnah. Lps tu bawa isteri 3 hari belajar iman. Mula buat taklim rumah. Mula mkn dlm dulang berjemaah. Mula sama-sama dekat diri pd Allah. Didik isteri anak solat, bg masa utk keluarga..

Jumpa saya semula kata, ustaz hidup kami dah bahagia. Baru saya rasa kahwin setelah sekian lama. Kalau tahu dr mula kahwin ajak belajar agama. Belajar iman. Dekat pd Allah. Mkn suap-suap. Kerana sunnah semua ajaib. Ajaibkan ustaz..

Wanita ini blh jadi paling lembut dan menyejukkan membahagiakan. Wanita juga blh jadi paling keras dan teramat menyakitkan.
 

Poligami - Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri PU Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung..

 
Suami tak blh ler jadi mcm wanita juga nak menangis dan menjerit tak tentu pasal. Mereka melengkapkan kita. Sebab tu kita lelaki. Sebab tu kita lelaki..Dalam AlQuran kata ‘ArRijal’ Ar Rijal..Ar Rijal..Allah puji ‘lelaki’. Tugas kita bertenang dan pimpin isteri kita kerana Allah sampai syurga. Selamatkan diri kamu dan ahli keluarga kamu dr api neraka…Memang lelaki dijadikan ketua maksudnya memimpin. Wanita ialah tunjang utama keluarga.. Dakwah dgn kasih sayang dan kelembutan pujuk rayu. Malam menangis di depan Allah. Al-Quran puji pengorbanan wanita dan Islam sangat menjaga hak wanita. Setiap lelaki dilahirkan dr perut seorang ibu..

Pohon doakan Oktober nanti saya akan pusing semua negeri buat program keluargasunnah utk yg bujang dan yg dah lama kahwin. Semoga menjadi asbab kebaikan dan hidayah. – 22 April 2019.


Loading...

Tags: #baca #Diceraikan #Ebit #Isteri #ketika #Kisah #Liew #Menangis #Mengandung #Sarat #Sufyan #Ustaz

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.