Urutan Wali Nikah Bagi Perempuan Menurut Islam | Susunan Wali Nikah Perempuan Dlm Islam

Assalamualikum buat semua pembaca blog redzuan-ridz . Umunya semua mengetahui urutan wali nikah perempuan dlm Islam adalah sangat penting. Sekiranya seorang gadis yg kematian ayahnya, siapakah yg berhak menjadi wali semasa nikahnya kelak? Adakah mengikut senarai urutan hierarki tertentu?

waliBnikah - Urutan Wali Nikah Bagi Perempuan Menurut Islam | Susunan Wali Nikah Perempuan Dlm Islam

Jawapannya adalah sekiranya seorang gadis yg kematian ayah, maka urutan wali nikah perempuan dlm Islam yg kematian ayahnya ialah datuknya.

Berikut merupakan susunan atau urutan yg layak menjadi wali nikah perempuan dlm Islam

Wali-wali dlm pernikahan atau perkahwinan mestilah mengikut hierarki atau susunan seperti berikut:

Bapa :

Ayah kepada bapa (datuk)
Adik-beradik lelaki seibu sebapa
Adik-beradik lelaki sebapa
Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki seibu sebapa)
Anak saudara (anak kepada adik-beradik lelaki sebapa)
Bapa saudara seibu sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yg seibu sebapa)
Bapa saudara sebapa (adik-beradik lelaki kepada bapa yg sebapa)
Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yg seibu sebapa)
Sepupu (anak lelaki kepada bapa saudara yg sebapa)

Jika semua wali di atas tidak ada maka yg menjadi wali ialah wali sultan sbgmana sabda Rasulullah SAW, “Sultan (pemerintah) menjadi wali bagi sesiapa yg tidak ada wali.” (Riwayat Abu Daud).

Bagi wali yg berada pd turutan yg ke-9 (juga yg ke-10), iaitu anak lelaki kepada bapa saudara, yg bapa saudara itu seibu sebapa dgn bapa perempuan (pengantin). Contohnya: Rohaya merupakan anak tunggal kepada pasangan Razali dan Halimah. Selepas kematian ayahnya, Rohaya tinggal bersama ibunya.  Rohaya tidak mempunyai bapa saudara sebelah ayahnya, kecuali seorang sahaja iaitu adik kandung ayahnya yg bernama Khaidir.

Naji mempunyai dua anak, Fuad dan Salwa. Fuad dan Salwa ialah sepupu Rohaya. Mereka juga senasib Rohaya kerana ayah mereka (Khaidir) sudah meninggal dunia. Apabila Rohaya hendak melangsungkan pernikahan kelak, Fuad ialah walinya kerana Fuad merupakan anak lelaki kepada bapa saudara yg seibu sebapa dgn bapa ‘pengantin’ perempuan.

Semoga artikel ini dapat membantu kita utk sama-sama lebih memahami urutan wali nikah perempuan menurut Islam.


Loading...

Tags: #bagi #Islam #Menurut #Nikah #Perempuan #Susunan #URUTAN #Wali

author
Author: 
    Kesaksian Mengejutkan Ustad Yusuf Mansur: Memang Benar Mamah Dedeh Meninggal, Tapi…
    slidegossip.com – Baru-baru ini publik dikejutkan dgn kabar duka yg datang dr dunia
    4 Artis Indonesia yg Dikabarkan Meninggal Pdhal Sehat Walafiat! No 3 Katanya Tewas Kecelakaan!
    slidegossip.com – Byk kabar burung atau hoax yg tersebar di kalangan publik. Namun
    Sebut Nabi Muhammad SAW Miskin dan Susah Sampai Akhir Hayat, Marbot Masjid Ini Ditangkap Polisi!
    slidegossip.com – Seorang marbot masjid berinisial MS di Kabupaten Karimun, Kepulauan Riau, terpaksa
    Pergoki Istri Selingkuh, Suami Langsung Syok Ternyata Selingkuhan Istrinya Adalah Putranya Sendiri!
    slidegossip.com – Seorang pria langsung meradang begitu mengetahui kalau istrinya ternyata selingkuh dgn

    Leave a reply "Urutan Wali Nikah Bagi Perempuan Menurut Islam | Susunan Wali Nikah Perempuan Dlm Islam"