Ulasan Trailer Avengers : End Game

Assalamualaikum dan salam sejahtera
trailer 1 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Kelmarin iaitu pd 8.30 malam, satu trailer teaser filem Avengers telah pun dikeluarkan di Youtube Marvel Entertainment. Sbg salah seorang peminat tegar Marvel, semestinya aku sangat teruja dgn trailer ygbaru sahaja dikeluarkan ini. Sebuah filem yg bakal menjadi filem epik pd thn 2019!
Rasanya masih segar di ingatan tentang apa yg berlaku di dlm filem Avengers : Infinity War! Masih ingatkah anda? Bagaimana di penghujungnya, Avengers buat pertama kalinya kalah di tangan Thanos!
Untuk kesinambungannya, anda blh lihat pd filem Avengers yg berikutnya iaitu Avengers : End Game pada thn 2019. Utk pengetahuan anda, tajuk filem ini hanya diketahui selepas trailer ini dikeluarkan. Baiklah, seterusnya aku akan mengupas setiap apa yg terjadi di dlm trailer tersebut.

1 vert - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Di permulaannya kelihatan Tony Stark [Iron Man] keseorangan diri di dlm satu kapal angkasa. Mungkin ianya adalah selepas terjadinya ‘snap’ oleh Thanos dimana hanya tinggal Tony dan Nebula sahaja di planet Titan.
Di dlm babak itu juga diperlihatkan Tony seperti sedang merekodkan suara atau imejnya bercakap utk dilihat oleh Peper Potts iaitu pasangan beliau. Berkemungkinan Pepper Pots akan menjadi Rescue dlm filem ini.

3 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Kapal angkasa yg dinaiki Tony Stark berseorangan. Terfikir juga difikiran dimanakah Nebula? Bukankah hanya tinggal mereka berdua di planet Titan? Bagaimana pula hanya Tony di dlm kapal tersebut?

4 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Kemudian, diikuti pula dgn logo Marvel Studios. Ianya begitu epik kerana logo tersebut juga menjadi debu akibat perbuatan Thanos!

5 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Kelihatan Thanos di kawasan bukit bukau, bersama dgn orang-orang yg juga merupakan sut beliau. Dipercayai beliau menjadi petani di kawasan tersebut setelah misinya berjaya.

6 vert - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Goosebumps! Itulah yg terjadi apabila melihat babak berikutnya dimana Steve Rogers [Captain America] dan Natasha Romannoff [Black Widow]. Blh dilihat kesedihan mereka yg teramat apabila terjadinya ‘snap’ tersebut yg menyebabkan separuh makhluk bernyawa menjadi debu begitu sahaja. Captain America menangis kutt!!!

8 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Bruce Banner [Hulk] juga di dlm keadaan sedih. Kelihatan wajah Scott Lang [ Ant-Man], Shuri dan juga Peter Parker [Spiderman].

9 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Yang paling banyak kehilangan sudah tentunya THOR! Beliau kehilangan segala-galanya.

10 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Tidak ketinggalan juga bagi Guardians of The Galaxy, Nebula yg merupakan adik kepada Gamora serta anak kepada Thanos. Nebula kehilangan seorang kakak dan pastinya akan menuntut bela. Aku dapat rasakan watak Nebula akan mengganas di dlm filem ini.

11 vert - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Paling dinantikan, kembalinya Clint Barton [Hawkeye, Ronin]. Ramai yg sedih dan geram kerana ketiadaan beliau di dlm filem Avengers : Infinity War. Pastinya kerinduan akan terubat apabila beliau kembali dgn semangat baru.
Menurut pandangan aku, Natasha Romanoff berjaya utk menjumpai beliau di Jepun. Beliau juga tidak lagi dikenali sbg Hawkeye, tetapi sbg Ronin. 

13 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Jap, dimana jambang Captain America??
………………………………………………………………………..

14 - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Seterusnya, apa yg dinantikan oleh semua peminat Marvel! Tajuk bagi filem ini iaitu Avengers : End Game! Aku sudah agak sebab ianya telah diungkapkan oleh Doctor Strange di dlm filem Infinity War!

15 vert - Ulasan Trailer Avengers : End Game
Di babak akhir, kelihatan Scott Lang yg berada di depan pintu bangunan Avengers. Mungkinkah ianya adalah sekadar video yg direkod atau sememangnya Scott Lang sudah berjaya keluar drpada Quantum Realm?
………………………………………………………………………………….

Begitu banyak persoalan sebenarnya. Ianya membuktikan bahawa tidak banyak yg dapat dilihat drpada trailer ini sahaja. Tahniah Marvel kerana berjaya utk memberikan trailer yg sangat sulit utk kita jangka apa yg bakal terjadi. Kepada yg nak lihat dgn lebih jelas, anda blh lihat di ruangan Youtube di bawah
Sekian, Terima kasih.

Loading...

Tags: #Avengers #Game #Trailer #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ulasan Trailer Avengers : End Game"