Ulasan Filem:Polis Evo 2 (2018)

43828093 1440834339382403 8602937425100013568 n 1 - Ulasan Filem:Polis Evo 2 (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Joel Soh dan Andre Chiew
Pelakon | Zizan Razak, Shaheizy Sam, Raline Shah, Hasnul Rahmat
Mungkin tidak melampau jika aku katakan bahawa Polis Evo 2 adalah sebuah filem Malaysia yg sudah hampir kepada taraf filem aksi Hollywood. Ianya ialah lonjakan paling gila dlm sejarah filem aksi dr Malaysia.
Dengan bajet yg kita asa semampunya, Polis Evo 2 berjaya menunjukkannya bahawa kita mampu membina sebuah filem aksi yg bagus. Polis Evo 2 membuktikan bahawa dgn visi dan kegigihan pengarah yg baik, visual dr skrip berjaya diterjemahkan dgn baik dan hebat.
Puas hati! Itu yg aku dapat katakan lepas tonton filem ni. Permulaan filem ni berjaya mencengkam mata aku utk terus menatap skrin pawagam dgn slow motion dan narration yg menakjubkan. Sebelum dihidang dgn menu utama, kita dipersembahkan dgn side dish yg blh dikatakan cukup rasa utk menaikkan semangat.

Apabila sampai sahaja kepada menu utama, filem ni ibarat mknan yg lazat. Tak berhenti utk menyuap dan menyuap mulut penonton yg terlopong menonton. Saat cinta, drama dan perkara picisan diletak ke tepi, dan filem ini memberikan definisi sebenar apa itu filem aksi pdt.
Apa yg menarik, filem ni memang mempunyai pelbagai scene aksi yg mana penuh dgn Hollywood logic. Ianya cukup fun dan entertaining namun pd masa sama menjadikan scene tersebut memorable. Antara scene yg unik ialah apabila geng jahat tolak troli dgn tong ikan utk jadikan benteng. Tak logik tapi itulah Hollywood logic! Kita blh terima semuanya dan masih terhibur.
Tak melampau juga jika aku katakan filem ni dipenuhi dgn ensemble cast yg cukup banyak. Dari lejen seperti Hairie Othman sehingga ke Erra Fazira, dan juga pelakon Singapura dan Brunei, semuanya dahsyat. Malah, pelakon watak extra pun ialah pelakon yg biasa kita lihat. Jadi, tiada pelakon yg nampak too fake utk watak diorang sebab diorang memang pelakon.
Pujian harus diberi terhadap visual filem ni. Suntingan filem ni yg mana berjaya memberi emosi juga sesuatu yg menjadikan Polis Evo 2 wajar ditonton. Trust me, visual dia memang taraf antarabangsa.
Muziknya juga antara penggerak emosi yg berjaya. Selepas muzik skor Pulang garapan Aubrey Suwito yg hebat, Polis Evo 2 pula berjaya mencipta skor sinematik yg meyakinkan dan tidak nampak murahan.
Polis Evo 2 berjaya mencipta sesuatu yg baru dlm kisah Sani dan Khai. Adalah sesuatu yg menarik melihat Sani diuji dgn emosi dlmannya manakala Khai pula diuji dr luaran. Dan gabungan keduanya menciptakan elemen persahabatan dlm filem aksi setaraf kita melihat duo dlm Bad Boys!
Boleh dikatakan aku puas hati dgn kesemua elemen filem ni. Cukup masak utk sebuah filem aksi pdt. Abaikan beberapa bahagian yg tak berapa logik sebab filem aksi sememangnya perlu sebegitu. Barulah kita dapat nikmat dan keseronokan.
Tapi, aku tidak nafikan bahawa filem ni sedikit ganas. Ada scene pembunuhan awam dan juga pembuhuan yg agak banyak. Namun, itu menjadikan filem ni percubaan yg berani utk melihat sejauh mana penonton menerima kekejaman seperti ini di dlm dunia filem Malaysia. Dan bagi aku, aku suka!

Honestly, aku masih rasakan filem ni milik Shaheizy Sam. Zizan Razak sedikit tenggelam apabila dia menjadi ‘mentor’ kepada watak Syafie Naswip yg mana pd aku, takde pun takpe. Tapi, dah diorang nak buat watak yg banyak macam Avengers, so terima jelah. Bila banyak watak, pasti akan ada yg terkebelakang.
Lakonan Soffi Jikan gagal kelihatan, Hairie Othman dan Rusdi Ramli berjaya mencuri perhatian. Begitu juga Hairul Azreen yg nampak seperti watak extra. Tahniah juga utk Hasnul Rahmat yg jadi jahat yg kejam dan penuh dgn dialog yg menusuk. Best dengar dialog dia.
Pujian setingginya utk seluruh team Polis Evo 2. Ianya sebuah filem Malaysia yg sudah mencapai tahap filem aksi Hollywood dgn aksi yg cukup rasa dan letupan yg memang besar. Puas!
Pada aku, Polis Evo 2 ialah filem yg mendefinisikan action packed movie dgn tepat. Inilah yg kita mahu. Cerita yg mudah, tetapi penuh dgn elemen aksi dan penceritaan yg mudah! Polis Evo 2 ialah filem ‘musim panas’ Malaysia yg mana rugi jika korang tak tonton.
Industri kita masih belum ada filem aksi pdt sebegini tau!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #FilemPolis #Ulasan

author
Author: 
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat (LAGU RAYA BARU)
    Lirik Lagu Ada Hati Raya Menjadi-Jadi-Ayda Jebat Lagu Raya Ayda Jebat 2019, Lagu
    Sinopsis Telefilem Tiga Lima; Cereka Ahad TV3
    SINOPSIS TIGA LIMA Halim, baru kematian ayahnya, Daud. Kini ibunya, Hasnah perlu menyara
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam
    Tuuuu…diaaa Pak Tam Sekyen 14 Shah Alam | Hai korang, aduh-aduh sejak bulan
    GOT7 Terbang Tinggi Ke Luar Angkasa Pakai Baju Astronot Di Dance Practice ‘Eclipse’!
    Sepertinya  GOT7 baru saja mendarat dr luar angkasa, dan terjun utk melapor kepada

    Leave a reply "Ulasan Filem:Polis Evo 2 (2018)"