Ulasan Filem: XX Ray 3 (2019)

48375647 802181300129741 7871039671755603968 n 1 - Ulasan Filem: XX Ray 3 (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Aziz M Osman
Pelakon | Izzue Islam, Adam John, Nonny Nadhirah
Aziz M. Osman ibarat membunuh dirinya sendiri dgn filem XX Ray 3. Dgn kekuatan dan kesenioran dirinya sbg pengarah tersohor, XX Ray 3 ibarat sebuah tahi yg dibikin oleh pengarah yg sudah tahu masanya utk menyerlah sudah tiada. Hairannya, kenama XX Ray 3 tidak diberikan kepada pengarah yg lebih muda dan berkaliber? Sayang sangat ke XX Ray tu??
Pertamakali menjejakkan mata di skrin iflix menonton XX-Ray 3, seawall lima minit awal, filem ni dah memberi tahu aku supaya stop dan hentikanlah menonton. Sebab apa yg akan kau tonton ialah sebuah filem yg taraf sampah yg sangat tidak wajar ada dlm industri filem kita yg tengah meriah dgn filem box office ni.
Aku akui, idea Aziz M Osman ni kalau diserahkan kepada pengarah baru yg tahu cara baru bikin filem, pastinya filem ni blh memulakan francais baru ini yg sudah mati berdekad lamanya. Namun, nak buat macam mana, mungkin dia berharap namanya masih mampu menarik penonton utk menonton filem berkenaan.
Plot filem ni blh dikatakan separuh masak. Terlalu banyak plot hole dan elemen-elemen sains yg mana cuba dimasukkan. Tetapi, ianya gagal utk dibawa kepada pemahaman penonton sehinggakan membuatkan penonton bosan. Ramai yg nak tonton dgn berhibur akhirnya berakhir dgn stress. Sains perlukan cara yg kreatif utk dipersembahkan, dan cara XX Ray 3 sangat gagal.
Lakonan pelakon dlm filem ni juga memang mengecewakan. Ditambah pula dgn dialog yg try hard nak bina punch line malangnya tak jadi, memang XX Ray 3 sudah tersungkur awal saat dialog dialog filem ni dilontarkan. Terlalu lemah sehinggakan aku rasa seperti menonton drama tv yg tidak layak pun keluar tv.
Kesan khas dlm filem ni mengecewakan. Cuma ada beberapa sahaja scene yg blh dikatakan dibina dgn CGI dgn menarik. Sebebihnya, lebih kurang 99% yg lain dipenuhi dgn CGI yg terlalu tidak matang dan level gagal. Bayangkan, ada pula lokasi luar rumah dan tepi sungai pun nak tambah dgn background CGI? Apa ke hal?
Kelihatan seperti Aziz M. Osman cuba utk menyambung kontinuiti filem sebelumnya dgn sebuah post kredit dan juga kemunculan wataknya sbg Amir Hamzah dlm filem ni. Percubaan ini juga gagal kerana sudah pasti ramai penonton XX Ray 3 bukanlah sezaman dgn penonton filem XX Ray terdahulu.
Aziz M. Osman mungkin fikir, filem XX-Ray yg terdahulu berjaya mencipta cultnya yg tersendiri sehinggakan apa sahaja yg dia bagi dlm filem terbarunya akan memancing penonton. Mungkin dia lupa, citarasa penontonan semenjak penerbit filem cuba berlumba mengejar juta sudah berubah. Penonton sudah tahu memilih antara jauhari dan manikam.
Dari segala sudut, XX-Ray 3 ialah sebuah filem yg tidak layak digelar filem. Malah, filem ini juga ialah kemaluan yg terbesar dlm sejarah filem arahan Aziz M Osman. Sekurang-kurangnya, percubaan utk remake filem Azura yg pernah dia lakukan masih blh diterima walaupun kutipannya kurang memberansangkan.
Someone please reboot francais ni dan rampas filem ni dr Aziz M Osman!

Loading...

Tags: #2019/ #Filem #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.