Ulasan Filem: Velvet Buzzsaw (2019)

Loading...

velvet buzzsaw xlg 1 - Ulasan Filem: Velvet Buzzsaw (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Dan Gilroy
Pelakon | Jake Gyllenhaal, Natalia Dyer, John Malkovich
Adalah amat pelik apabila filem berkaitan seni bercampur dgn elemen seram ala-ala Final Destination. Seperti itulah filem Velvet Buzzsaw bergerak. Ianya seakan-akan nasi campur yg rasanya sukar digambarkan. Nak kata enak sangat tu, taklah, nak kata tak sedap pula, tak juga. Satu rasa yg pelik. Campuran kreativiti dan seram.
FIlem Netflix, nak kata apa lagi, kualitinya memang tak blh nak diharapkan setinggi filem pawagam. Kecualilah Netflix beli hak pengedaran sesuatu filem, itu lain kira. Velvet Buzzsaw tidak senasib dgn Birdbox yg mencetuskan fenomena walaupun filemnya tak seberapa. Namun, bagi pelanggan Netflix, filem ni perlu dilayan, walaupun nak habiskan tu memakan masa.

Velvet Buzzsaw menggandingkan pelakon ternama. Itu memang antara pancing yg cukup baik. Dgn gabungan pelakon hebat seperti Jake Gyllenhall, Rene Russo, dan juga John Malkovich, filem ni sudah memberikan aura gred Anya, walaupun filem ni tak adalah terlalu baik dan terlalu buruk.
Jack Gyllenhall melakonkan watak seorang pakar kritik seni yg mana mempunyai kritikan yg sentiasa tajam. Namun, dek kerana sebuah lukisan seni yg dipamerkan tanpa izin, karya seni itu kini memburu sesiapa sahaja yg mengambil kesempatan ke atas lukisan itu utk kepentingan diri sendiri.
Apa yg menarik dlm filem ni semestinya ialah babak pembunuhan. Kalau korang layan Final Destination, gaya pembunuhan dlm filem ni pun lebih kurang filem tu lah juga. Cuma kali ini, ianya lukisan yg membunuh. Bayangkan lukisan yg sentiasa pegun blh membunuh dan menjadi malaikat maut. Seram woh!
Walaupun pembunuhan itu unik dan begitu menarik, persembahan horror utk filem ni separuh masak. Tiada adegan cemas yg betul-betul cemas. Malah, tiada jumpscare yg betul-betul jumpscare. Sedikit kecewa di situ apabila elemen thriller dan cemasnya tidak dibikin dgn baik utk menjadikan filem ni lebih hebat.
Malah, filem ini kelihatan terumbang ambing utk bercakap tentang apa yg nak dicakapkan. Aku tak nampak elemen horrornya, dan aku tak nampak apa yg sebenarnya nak diceritakan melainkan sebuah filem tentang seni yg membunuh. Namun, di satu sisi yg lain, Velvet Buzzsaw tidaklah teruk.
Lakonan Jake Gyllenhall tidak dinafikan memberikan lakonannya yg terbaik. Malah, wataknya sememangnya unik dan tidak pernah lagi disaksikan sepanjang karier lakonannya. Watak yg agak berani dan juga luar kotak.

Sejujurnya, aku sebenarnya agak kurang menyukai filem ni. Utk sebuah filem Netflix, filem ni berada di tahap filem blh layan. Namun, masih lagi sebuah filem yg tidak terlalu baik dan tidak terlalu buruk. Ianya sebuah filem ala-ala Final Destination yg mana menukarkan malaikat maut menjadi seni yg berbahaya.
Senang cerita, filem ni nak cakap yg kita kena hati-hati dgn apa yg kita buat. Nak kutuk orang pun, jangan sampai kutuk dan last-last kena diri sendiri balik.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

Loading...

Tags: #2019/ #Buzzsaw #Filem #Ulasan #Velvet

author
Author: 
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara

    Leave a reply "Ulasan Filem: Velvet Buzzsaw (2019)"