Ulasan Filem: Triple Frontier (2019)

Loading...

triple frontier xlg 1 - Ulasan Filem: Triple Frontier (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | J.C Chandor
Pelakon | Ben Affleck, Oscar Isaac, Charlie Hunnam, Pedro Pascal
Bayangkan beberapa pelakon hebat disatukan dlm sebuah filem heist yg memang nampak simple, tapi punya perjalanan cerita yg sukar dijangka. Maka, jadilah Triple Frontier. Ben Affleck yg kita kenal sbg Batman, Oscar Isaac yg dikenali dr Rogue One dan juga Pedro Pascal dr siri tv Narcos bergandingan dan ianya sesuatu yg sukar utk dijangkakan! Macam tak percaya mereka bergabung.
Triple Frontier mengisahkan bagaimana satu pasukan cuba utk mencuri duit kingpin dadah, Lorea. Perancangan utk mencuri itu bukanlah kejutan. Tapi, apa yg berlaku selepas itu, itu yg menjadikan Triple Frontier begitu sukar dijangka. Plot filem ni terlalu unpredictable sehinggakan kau rasa nak tahu apa yg bakal terjadi seterusnya dan seterusnya.

Filem ini tidak mempunyai aksi yg pdt. Mungkin pd permulaan filem ni, kita begitu teruja menanti aksi kerana lagak pakai watak-watak yg sentiasa siap bersenjata. Percayalah, anggapan korang memang salah kerana aksi hanya berlaku dlm amaun yg kecil tetapi blh dikatakan sesuai dan kena pd tempatnya.
Sebagai sebuah filem edaran Netflix, kita sebenarnya dah blh jangkakan level kualiti filem ni. Namun, pd pandangan peribadi, Triple Frontier berada dlm golongan filem yg ada nikmat dan rasa. Dlm lambakan filem bertemakan futuristik dan pasca kiamat yg sering melingkari senarai di aplikasi itu, Triple Frontier antara sisi yg jarang diterokai yg mencuri tumpuan.
Antara yg menjadi perhatian dlm filem ini semestinya lakonan Ben Affleck yg blh dikatakan menyerlah lebih dr pelakon lain. Dari segi kesenioran pelakon, Ben Affleck ialah bintang yg begitu hebat utk berada di kalangan pelakon baru yg mencuri tumpuan di era baru ini. Lakonannya walaupun sedikit sentiasa mencuri tumpuan aku.
Namun, jangan diharap utk melihat watak Ben Affleck sbg watak yg benar-benar utama. Wataknya kelihatan cuba utk blend dgn watak-watak lain dan cuba utk disama ratakan supaya filem ini tidak menjadi sebuah filem yg menyerlahkan Ben Affleck semata dan menenggelamkan watak-watak lain.
Fasa paling menarik dlm filem ni semestinya selepas rompakan berlaku. Jika kau tonton, kau akan sedar yg filem ni cuba utk menyatakan bahawa kalau kau tamak haloba, maka kau akan rugi dan hilang nikmat yg kau mahu. Tema ini membawa kepada ending yg sukar dijangka tetapi tidaklah begitu kick sangat.

Agak kurang menarik sikit di bahagian ending apabila penamatnya terlalu simple dan ringkas. Walaupun ianya menyimpulkan dan memberi mesej yg dlm, impak utk ending filem ni sangat takde kick yg membuatkan aku sedikit kecewa. Namun, disebabkan perjalanan adventure watak yg memuaskan hati aku, aku terima sahaja.
Apapun, Triple Frontier memang filem rompakan level Netflix yg blh dipuji. Beberapa kelemahan di sana sini blh diabaikan apabila filem ni menjanjikan sebuah adventure yg sukar dijangka. Tonton filem ini jika korang memang minat filem pasal rompakan. Namun, jangan harapkan filem ini penuh aksi seperti Fast and Furious.
Triple Frontier cukup utk mengeluarkan diri aku dr kelemasan filem futuristik dan pasca kiamat yg berlambak di aplikasi. Sepatutnya, Netflix harus meriahkan aplikasinya dgn pelbagai genre yg sebegini. Blh layan filem ni, baik baik saja.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2019/ #Filem #Frontier #Triple #Ulasan

author
Author: 
    Kokos Jiang Alias Kokos Leo Lim Mafia Koruptor Yg Merugikan Negara Rp 477 Milyar
    Jakarta, Infokanlah.com  Kokos Jiang atau juga dikenal Kokos Leo Lim merugikan negara Indonesia
    Cikgu Izzudin sudah tiada…
    “SAYA minta maaf. Sesiapa yg sudah membuat bayaran utk tempahan tag nama, saya
    Ibu bapa beratur sendiri beri hadiah kepada murid sempena Hari Apresiasi
    Setiap kali menjelang hujung thn, kesibukan sekolah menganjurkan majlis apresiasi kepada murid-murid mereka
    NUTP bantah mesyuarat guru di pertengahan cuti sekolah akhir thn
    SHAH ALAM – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) bantah tindakan segelintir sekolah di

    Comments are closed.