Ulasan Filem: The Wandering Earth (2019)

MV5BMjE2NzZlMGItMzA4OS00ZjRiLTk3NzItMDRkOGFlZmNhYzJkXkEyXkFqcGdeQXVyNzI1NzMxNzM2540. V1  1 - Ulasan Filem: The Wandering Earth (2019)

Tahun Terbit | 2019

Pengarah | Frant Gwo

Pelakon | Qu Chuxiao, Li Guangjie, Ng Man-tat ,Zhao Jinmai
Kalau nak diikutkan, The Wandering Earth ni tiada bandingannya dgn filem-filem China yg lain. Kenapa? The Wandering Earth ni ialah satu-satunya filem si fi pertama dgn kualiti sehebat ini yg pertama dihasilkan di China. Filem ini memang sukar utk digambarkan kualitinya, kerana filem ini meraikan kehebatan industri filem China di tahap tertinggi.
The Wandering Earth bukanlah sebuah filem yg penuh dgn sains dan fakta. Filem ni memang seratus-peratus mengarut kerana idea utk bawa bumi keluar dr orbitnya hanya kerana sistem solar sudah mula tak stabil ialah idea yg sukar diterima akal. Fikir logik pun, dgn kekuatan yg ada, adalah mustahil utk kita pindahkan bumi ke tempat lain tanpa mengalami kerosakan total.

Namun, abaikan sahaja idea mustahil itu. Kita ambil dan terima sahaja idea yg dipersembahkan ini. Filem yg mana diadaptasi drpada novella yg pernah memenangi anugerah ini mempunyai kekuatannya yg tersendiri dan wajar disanjungi. Kenapa?
Pertamanya, filem ni membuka mata kita tentang genre si fi di negara China. Kita mungkin sudah muak dgn genre perang dan kisah silam zaman sejarah mereka yg sering dipaparkan. Jadi, The Wandering Earth ialah sesuatu filem yg membawa genre si fi ke dlm industri filem China dan ianya berjaya menarik perhatian penonton.
Keduanya, filem ni memaparkan keterbukaan industri filem China dlm pembikinan filem mereka. Agak mengejutkan apabila filem China yg selalu dubbing dialog drpada bahasa luar memaparkan pelbagai bahasa di dlm filem ni. Kita dipaparkan dgn pelbagai bangsa di dlm filem ini termasuklah drpada Indonesia, India dan juga German.

Apapun, filem ni sebenarnya kelihatan menggabungkan elemen Armageddon, dan juga filem si fi barat. Elemen kekeluargaan dibina utk menjadi kekuatan dlm filem ni. Penonton tak perlu nak faham banyak-banyak utk memahami filem ni. Secara santai blh juga nak tonton, tapi takdelah sesantai sangat.
Aku agak kurang gemar dgn beberapa elemen filem ni. Pertama, filem ni mempunyai terlalu ramai karakter dan juga sesetengahnya wujud hanya utk ada sahaja. Tiada pengembangan dan juga tidak mempunyai kekuatan utk membantu meningkatkan kekuatan penceritaan. Namun, ianya blh diabaikanlah.
Selain itu, filem ni yg mempunyai terlalu banyak sub plot mungkin agak kurang menarik di fasa awal. Namun, penantian korang yg menunggu utk klimaks yg baik mungkin berbaloi. Ending filem ni memang terbaik dan sangat memuaskan walaupun logiknya memang ke laut habis. Dah macam filem Tamil dah nampaknya.

Filem ni memang meriah dan penuh dgn pelbagai ketegangan. Korang memang tak dapat nak kelip mata kalau tonton filem ni. Ianya tidak berkisar tentang seorang lelaki mahu menyelamatkan bumi tetapi bagaimana manusia yg mahu hidup mahu kekal hidup dgn mengekalkan bumi yg sedia ada. Sebuah filem yg penuh dgn kemeriahan meraikan semangat kemanusiaan. Filem yg hebat ini blh ditonton di Netflix.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2019/ #Earth #Filem #Ulasan #Wandering

author
Author: 
    Masih 16 Thn, Gadis Cantik Ini Jadi Korban Meninggal Termuda Akibat Corona di Eropa!
    slidegossip.com – Seorang remaja cantik di Prancis bernama Julie A dinyatakan sbg korban
    Cari Keuntungan di Tengah Bencana? Aktor Terkenal Ini Ditangkap Karena Jual Vaksin Corona Palsu!
    slidegossip.com – Wabah virus corona atau covid-19 telah membuat kepanikan warga dunia. Namun
    Contoh Catatan Ringkas PdP Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19
    Pekeliling berkaitan PdP murid dan guru ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun
    Terima Kiriman Alat Kesehatan Dari China, Prabowo Naik Darah Setelah Lihat Ini!
    slidegossip.com – Beberapa waktu lalu, Prabowo Subianto menerima secara simbolis kiriman alat-alat kesehatan

    Comments are closed.