Ulasan Filem: Suzanna Bernapas Dlm Kubur (2018)

Loading...

Dnx99foX0AA5wfi 1 - Ulasan Filem: Suzanna Bernapas Dlm Kubur (2018)Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Rocky Suraya dan Anggy Umbara
Pelakon | Luna Maya, Hernujot Ali, Clift Sangra
Filem Suzanna: Bernafas Dlm Lumpur ni blh diibaratkan sbg sesuatu yg tidak dapat dijangkakan kehadirannya. Bagaimana pelakon yg terkenal di eranya mahu membikin sebuah kemunculan baru dlm sosok Luna Maya dan memberi keseraman di zaman di mana manusia sudah bosan dgn hantu jubah putih? Semuanya sukar utk diterima.
Namun, selesai menonton filem ini di Netflix, aku merasakan bahawa Suzanna masih mampu hidup di era ini yg bukan lagi era kegemilangannya. Cukup utk sebuah filem, Suzanna mampu membawa para penonton era seram baru ini utk menikmati semula filem klasik lakonan ratu seram dr Indonesia itu.

Lakonan Luna Maya mungkin kadangkala agak janggal apabila dia cuba memimik wajah dan karakter Suzanna. Kadangkala juga, gaya tutur kata pelakon itu kelihatan cuba mengawal intonasi suaranya dan begitu pelik dan nampak fake. Namun, itu sedikit sahaja kekurangan dan tidak menenggelamkan kualiti lakonan pelakon itu utk membawakan watak Suzanna.
Kisah Suzanna ringkas dan mudah. Budak kecil pun blh nikmati filem ini tanpa pening kepala. Empat orang pekerja yg terdesak, dihimpit dgn pelbagai masalah kewangan memilih utk memasuki rumah bosnya, suami kepada Suzanna saat dia berada di luar negara. Namun, saat rompakan yg mudah bertukar menjadi sukar apabila Suzanna ditimpa kecelakaan.
Dan mulai saat itu, hantu Suzanna mulai menjelma dan menghantui empat orang perompak berkenaan. Plot dikembangkan lagi dgn pelbagai perkara yg menjadikan rencah filem ini enak utk dinikmati sbg sebuah filem seram yg membawa aura klasik ke era moden.
Suzanna berjaya memberikan rasa sedih dan komedi yg baik walaupun unsur seramnya gagal utk diserlahkan dgn baik. Mungkin hakikatnya, Suzanna: Bernafas Dlm Kubur tidak dibina utk menjadi filem seram tahap tinggi tetapi cukup utk membawa aura Suzanna dgn beberapa babak reference dr filem klasik.
Pelakon antagonis yg disumbat dlm filem ni bukanlah calang-calang. Antara lakonan yg aku gemari semestinya Alex Abad yg sebelum ini pernah aku tonton lakonannya dlm filem The Raid 2. Lakonan Teuku Rifnu Wikana juga berjaya hidup sekaligus memberikan tentangan kuat kepada Suzanna.

Visual filem ini blh dikatakan sangat memuaskan. Elemen 80an yg diberikan berjaya memberikan jiwa dan menjauhi kebiasaan filem-filem seram yg pernah kita tonton dr Indonesia sebelum ini. Ada beberapa babak yg cukup menarik utk ditonton sekaligus menjadikan visual filem ini bukan biasa-biasa.
Suzanna berjaya mencuri tumpuan aku. Menaikkan semangat utk aku percaya bahawa masih ada sinar dlm dunia filem seram Indonesia yg membosankan. Ada beberapa pengarah yg mampu utk mengembalikan jiwa klasik utk dimasukkan ke era moden dan Suzanna ialah satu drpadanya.
Kekuatan filem ini menjadikan filem ni menarik utk ditonton. Ya, filem ni tidak seram. Namun, utk melihat bagaimanakah susuk Suzanna yg digilai penonton veteran membalas dendam dlm gubahan filem yg lebih moden, Suzanna sudah selayaknya memberikan paparan yg berjaya menaikkan wataknya di mata penonton masa kini.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Bernapas #Filem #Kubur #Suzanna #Ulasan

author
Author: 
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah
    Lepas Hijab Karena Pindah Agama? Intan Hardja: Saya Lahir Muslim, Mati pun Muslim!
    slidegossip.com – Intan Hardja rupanya masih belum mau bicara byk tentang alasan keputusannya
    Surat mansuh aliran sains, sastera diedar ke sekolah
    KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sudah menghantar surat kepada sekolah menengah di seluruh negara
    Dituding Jadi Simpanan Om-Om Karena Byk Uang, Barbie Kumalasari: Bisnis Gue Byk!
    slidegossip.com – Belum lama ini artis Barbie Kumalasari kembali menuai sensasi saat dirinya

    Comments are closed.