Ulasan Filem: Sebelum Iblis Menjemput (2018)

MV5BMTI4NWFhNzItYzEwNS00ODNmLTg3NWUtMjY1ZTAzZWQ0NjBhXkEyXkFqcGdeQXVyNzY4NDQzNTg2540. V1  1 - Ulasan Filem: Sebelum Iblis Menjemput (2018)

Tahun Terbit | 2018

Pengarah | Timo Tjahjanto
Pelakon | Chelsea Islan, Pevita Pearce, Ray Sahetapy
Setelah lama tidak hadir dgn filem bergenre seram, Timo Tjahjanto akhirnya kembali dgn filem Sebelum Iblis Menjemput. Filem yg ditayangkan di pawagam pd Ogos 2018 kini sudah mula ditayangkan di Netflix mulai 18 November 2018.
Untuk info, ramai penggemar filem seram Indonesia membandingkan karya seram ini dgn filem Hollywood, Evil Dead. Namun, selepas aku menonton filem ini, perbandingannya jauh sekali. Malahan dr aspek gore dan violence, ianya tidak lari dr sebuah gore versi Timo Tjahjanto seperti yg dilakukan dlm Headshot mahupun The Night Come For Us.
Aku dapati, Timo Tjahjanto memang gemar meletakkan elemen ngeri di dlm filemnya. Hal ini menjadikan filem ni tidaklah blh diklasifikasikan sbg seram banget, tapi sebuah filem torture porn.
So, kegilaan Timo Tjahjanto terhadap genre ni memang sudah kita saksikan dlm filem Dara, malah melarat ke Headshot dan The Night Come For Us, sehinggakan wujud rasa bosan sebab torture porn ini berulang dan tiada pembaharuan.
Dari aspek penceritaannya, Timo Tjahjanto kerap kali memilih idea yg mudah, yakni satu situasi, dan kemudian membuatkan watak di dlmnya bergelumang dgn masalah. Sama saja seperti Dara, Headshot dan karya selainnya. Plot Sebelum Iblis Menjemput amat kecil dan filem ini hanyalah sebuah eksplorasi bagaimana watak di dlmnya mahu survive dr masalah yg timbul.
Masalah bermula apabila meninggal dunia dgn cara pelik. Lesmana mempunyai seorang anak hasil perkahwinan pertama, dan kemudiannya tiga orang pula selepas perkahwinan kedua. Isteri pertama meninggal dunia, dan isteri kedua masih lagi ada.
Kesemua watak ini dihimpunkan dlm sebuah rumah usang milik Lesmana. Dan ketika sibuk si ibu mencari sebarang dokumen yg blh dibawa pulang, ada syaitan terlepas drpada perjanjian Lesmana sebelum dia mati.
Aku blh sifatkan bahawa filem ini tidak terlalu seram bagi aku. Elemen jump scarenya tahap biasa. Tidak punya jump scare yg begitu menakutkan. Namun, elemen seram yg dibawa dlm filem ini ada kreativiti dan blh dipuji.
Malah, kesan khas yg digunakan dlm filem ini amat memberangsangkan dan mempunyai kekuatan terhadap plot cerita. Kesan khas banyak membantu merealisasikan babak yg sukar nak dilakukan dgn cara biasa especially babak terbakar tu.
Lakonan Chelsea Islan blh dipuji. Antara watak yg menonjol dan memberi ruang utk kita mengharapkan lakonannya berjaya menutupi kelemahan yg ada. Antagonisnya, Pevita Piece pula rasa sedikit tenggelam kerana wataknya nampak kurang sengat.
Visual, kerja kamera dan editing blh dipuji. Aku tahu, Timo Tjahjanto amat menitik beratkan elemen ini sehinggakan filem ni lari dr garapan seram filem Indonesia biasa. Itu juga aku rasakan wajar menerima pujian dr aku.
So far, aku puas hati dgn Sebelum Iblis Menjemput. Cuma, dlm plot filem yg mudah dan gaya ngeri yg berulang macam filem Timo Tjahjanto yg dulu, even genrenya berbeza, Sebelum Iblis Menjemput blh dikatakan filem yg mengulangi formula lama pengarah itu.
Aku harapkan Timo Tjahjanto dapat hadir dgn karya yg segar, yg mana unsur violence dan gorenya lebih kreatif.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Filem #Iblis #Menjemput #Sebelum #Ulasan

author
Author: 
    Ratu Kebaya Masuk U | Telefilem Komedi Lakonan Ruhainies
    JUDUL : RATU KEBAYA MASUK U WAKTU SIARAN : Jumaat, 12 Januari 2018.
    Kompilasi 52 LAWAK Dubbing ajqhrs (@ajqhrs ig)
    Episod Penuh di http://www.layanon9.pro/ Like facebook page kami di https://www.facebook.com/layanon9 Follow kami di
    Rizki DA & Lesti DA – Rindu Berat | Tour Dangdut Vaganza
    Rizki DA & Lesti DA menyanyikan lagu Rindu Berat di Tour Dangdut Vaganza
    Biodata Pemain Anak Langit SCTV
    Berikut video biodata lengkap para pemain sinetron Anak Langit di SCTV Rating video:

    Leave a reply "Ulasan Filem: Sebelum Iblis Menjemput (2018)"