Ulasan Filem: Rise – Ini Kalilah (2018)

2018BRise - Ulasan Filem: Rise - Ini Kalilah (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha, MS Prem Nath
Pelakon | Mira Filzah, Remy Ishak, Sashi Tharan
Kerajaan baru! Dan juga idea juga baru! Bertitik tolak drpada itu, maka wujudlah Rise: Ini Kalilah sbg luahan rasa utk mengkisahkan bagaimana jatuhnya kerajaan yg bermaharajalela selama lebih 60 thn semenjak Malaysia merdeka. Ianya ialah satu adaptasi yg berani apabila ianya menyentuh aspek politik yg kadangkala buat orang panas punggung.
Ramai orang yg menonton filem ini di pawagam kurang puas dgn filem ini. Entah kenapa tidak tahulah. Mungkin sebab perbezaan parti politik mungkin. Namun, melihat drpada aspek penggemar filem, aku rasa filem ini ada rasa. Cuma, mungkin cara pembikinannya yg terlalu segera menjadikan beberapa aspek tidak dibikin dgn lebih kemas.
Rise: Ini Kalilah mempunyai beberapa plot kecil. Ada beberapa kisah pendek yg diarahkan tiga pengarah berbeza kaum iaitu Saw Teong Hin, Nik Amir Mustapha dan Ms Prem Nath. Tema filem ini jelas utk memaparkan perpaduan yg berlaku di Malaysia dan juga beberapa peristiwa sebelum pilihanraya 2018 berlaku.
Perlu korang tahu, Rise: Ini Kalilah bukanlah sebuah filem yg memaparkan fakta tentang kejadian yg berlaku pd hari pengundian dan sebelumnya. Watak-watak ini berada dlm Malaysia ciptaan mereka sendiri dan segala peristiwa tidak ada kaitan langsung dgn kejadian di hari pengundian sebenar. Cuma beberapa kali sahaja di bahagian akhir filem, footage sebenar digabungkan ke dlm filem utk menambahkan aura realiti bagi filem tersebut.
Melalui lakonan pelakon yg pelbagai dan juga penggunaan bahasa yg begitu bervariasi, Rise; ini Kalilah berjaya menyatakan bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab dan perlu menjalankan tanggungjawab itu apabila tiba masanya. Dari segenap sisi dan perspektif, kita dapat lihat bahawa filem ni menekankan bahawa pentingnya mengundi.
Tak ada elemen seperti berat sebelah yg dilampirkan filem ni. Kemenangan kepada Pakatan Harapan ialah realiti. Jadi, memang hakikatnya, endingnya pasti seperti apa yg kita dengar dan rasai. Cuma apa yg ada di awal dan pertengahan, semuanya adalah kisah sosial masyarakat Malaysia yg sentiasa melakukan apa yg mereka harus lakukan sebelum menjelang pengundian.
Elemen patriotic dapat dirasa semangatnya dlm filem ini di babak hari pengundian. Rasanya, ini pertamakalinya kita melihat sebuah filem yg berjaya memberikan jiwa utk memberitahu segala pelusuk Malaysia bahawa undian kita sbg rakyat Malaysia adalah begitu berharga utk masa depan.
Lakonan Remy Ishak dan Mira Filzah mencuri tumpuan walaupun kebanyakan watak diberi ruang utk muncul dlm masa kurang dr 10 minit sepanjang filem. Yelah, filem ni penuh dgn watak-watak yg pelbagai dr pelbagai cereka pendek, mustahil utk kita memfokus kepada beberapa watak dgn lebih penting.
Apa yg penting, jiwa Rise: Ini Kalilah berjaya melakarkan sejarah Malaysia walaupun aspek fiksyen digunapakai dr segenap aspek. Agak kecewa apabila mereka tidak menggunakan lambang parti sebenar mahupun logo pegawai polis sebenar. Namun, aspek kecil itu tidak mampu utk menghilangkan semangat filem ini.
Sebuah filem yg tahapnya drama sahaja. Tapi, ianya berjaya merakam sejarah dlm fiksyennya.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Filem #Kalilah #Rise #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ulasan Filem: Rise – Ini Kalilah (2018)"