Ulasan Filem: Polar (2019)

polar 1 - Ulasan Filem: Polar (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Jonas Akerlund
Pelakon | Mads Mikkelsen, Vanessa Hudgens, Katherine Winnick
Netflix nampaknya tidak mahu ketinggalan utk menghasilkan filem bergenre aksi lasak seperti John Wick. Lantas, dgn itu diorang adaptasikan komik Polar utk nak tunjukkan diorang pun mampu bikin filem sebegitu. Namun, adakah meter filem Polar blh sampai ke tahap John Wick berada?
Jawapan aku, tak! Polar tak sampai pun tahap tu. Pd aku, Polar macam namanya. Kesejukan walaupun filem ni panas dgn darah. Ada semacam sesuatu semangat yg hilang dlm filem ini dan ianya tidak layak langsung dibandingkan dgn John Wick. Tetapi, ya, adalah sedikit gaya ala ala John Wick di sana sini, namun taklah hebat mana.
Polar ibarat sebuah filem yg menggandingkan irama filem Kick-ass dan juga saduran filem John Wick. Dua elemen ini lalu bertemu dan menghasilkan sebuah filem yg agak janggal tetapi blh dikatakan blh layan. Tak hebat mana, tetapi masih blh diberi ruang utk layan filem ni secara santai dan ringan.
Separuh masa pertama filem ini dihabiskan dgn drama yg penuh dgn komedi dan juga perjalana watak Duncan Vizla yg mahu bersara dr dunia assassin. Tak ada aksi lasak mana di separuh masa pertama, tetapi banyak elemen komedi, pembunuhan berdarah dan juga nudity yg agak banyak sahaja.
Di mana aksi ala-ala John Wicknya? Hmm.. hanyalah di fasa kedua filem. Dlm 40 minit sebelum filem tamat. Itupun ianya tidaklah sehebat aksi John Wick. Tapi, blh dikatakan bahawa Mads Mikkelsen berjaya membawakan wataknya dgn baik sehinggakan aku mengingatinya sbg watak villain dlm filem James Bond’s Casino Royale.
Filem ni jika dilihat dgn baik terbahagi kepada dua naratif. Satunya ialah plot tentang Duncan Vizla yg mahu bersara. Satu lagi pula ialah plot dimana beberapa orang pembunuh upahan ala-ala Suicide Squad yg sedang memburu Duncan atas arahan bosnya. Kedua-duanya berbeza tona penceritaan dimana satunya kelihatan sedikit serius dan satu lagi dipenuhi warna warni.
Namun, elemen yg bercampur aduk ini gagal utk memberikan Polar sebuah nikmat yg terlalu memuaskan. Dgn idea yg mana sudah biasa kita tonton, Polar gagal utk memberikan plot yg lebih fresh drpada sebuah plot recycle yg cuba utk mandiri dgn kekuatannya yg tidak pernah ada.
Filem ini dipenuhi dgn aksi yg penuh dgn darah. Namun, aku sedikit kecewa apabila ending filem ini terlalu ringkas dan tidak memberi ruang utk Duncan bertemu mata dgn bosnya dgn cara yg lebih hardcore. Sayang, penantian yg agak lama berakhir dgn penamat yg terlalu singkat.
Tidak dinafikan, beberapa babak komedi filem ni memang menjadi. Malah, babak Duncan di tadika dan menceritakan pengalamannya sbg assassin begitu melucukan dan antara babak yg aku gemari. Malah, beberapa babak filem ni kelihatan agak kuat tetapi dilemahkan dgn beberapa babak yg agak kaku dan terlalu low class.
Kesimpulannya, Polar ialah Polar. No John Wick comparison ok! Jauh benar. Sekian!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Loading...

Tags: #2019/ #Filem #Polar #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ulasan Filem: Polar (2019)"