Ulasan Filem: Petta (2019)

01313aa1c90ee783c53dd5719bc91c48 1 1 - Ulasan Filem: Petta (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Karthik Subbaraj
Pelakon | Rajinikanth, Vijay Sethupathi, Simran, Nawazuddin Siddiqui
Rajinikanth tidak pernah tampil dgn filem yg tiada gaya. Sudah pastinya, di setiap filem, dia berjaya mengeluarkan auranya yg sentiasa diminati itu dan menjanjikan sesuatu yg sudah umum ketahui bakal menjadi superhit. Selepas 2.0, Rajinikanth menyusul dgn Petta yg kini sudah mula blh ditonton di penstriman Netflix.
Melihat opening sequence filem ini, aku blh katakan yg filem ini menawarkan kelainan drpada filem-filem lakonannya yg lain. Dgn pengarahan Karthik Subbaraj yg mana dipenuhi jiwa muda, Petta memang lari jauh drpada filem-filem aksi Tamil lain walaupun kita dipaparkan dgn elemen sama.
Petta mungkin mirip dgn Main Hoon Na lakonan Shah Rukh Khan. Namun, jangan kecewa, elemen itu hanya di separuh masa pertama sahaja. Tidak ada persamaan dr segi plot langsung. Cuma yg ada, persamaan apabila Rajinikanth membawa watak seorang warden asrama yg mempunyai misinya yg tersendiri.
Di separuh masa pertama, plot Petta berkisar tentang Kaali, yg mana bertugas di sebuah kolej sbg warden asrama. Kebanyakan di separuh masa pertama lebih kepada paparan isu di sekitar asrama dan bagaimana Kaali menyelesaikannya. Separuh masa pertama ini dipenuhi dgn visual dan aksi yg sangat cantik pd visual.
Melangkah masuk ke separuh masa kedua, Petta bergerak menyusur rahsia yg tersembunyi di hujung separuh masa pertama. Misi yg disembunyikan didedahkan dan kita dibawa keluar drpada dunia asrama dan menyelami dunia Kaali yg sebenarnya. Bahagian ini penuh dgn twist dan juga flashback yg begitu menarik.
Petta meriah dgn permainan warna dan cahaya yg mungkin jarang kita saksikan dlm filem Rajinikanth. Dgn bantuan visual, kesan khas dan pencahayaan yg begitu memukau, Petta berjaya mengangkat superstar Rajinikanth utk menjadi seorang hero yg sentiasa muda dan tidak pernah tua.
Aku menyukai filem ini kerana aksinya yg tidak berlebihan. Tidak banyak adegan aksi yg melampau namun, kekuatan filem ini sudah pastinya pd aksi dan juga twist yg sangat menarik dan tidak dijangka.
Filem ini tidak mempunyai lagu yg banyak. Malah, watak lakonan Rajinikanth tidak dipasangkan dgn heroin yg menonjol di dlm filem ini. Ini sekaligus menaikkan watak Petta dan menjadikannya highlight filem ini. Cuma aku agak kecewa dgn lakonan Nawazuddin Siddique yg pd aku tenggelam walaupun bakatnya digunakan sehabis daya utk membawa watak.
Pada aku, aku sarankan Petta kepada penonton yg mahukan kelainan dlm filem lakonan Rajinikanth. Filem ni tidaklah hebat, tetapi ianya berjaya memberikan kesegaran dlm dunia filem Tamil dan memuaskan hati aku. Petta ibarat sebuah jiwa muda pengarahnya yg disuntik dgn jiwa pelakon serba blh.
Terbaik!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Loading...

Tags: #2019/ #Filem #Petta #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.