Ulasan Filem: Mowgli (2018)

mowgli ver2 1 - Ulasan Filem: Mowgli (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Andy Serkis
Pelakon | Christian Bale, Andy Serkis, Benedict Cumberbatch
Sebelum ini, kita dah biasa tonton Jungle Book versi Disney yg mana animasinya sudah ada semenjak thn 1967. Malah, pd thn 2016, Disney pernah mengembalikan magik cerita ini dgn versi adaptasi animasi berteknologi tinggi yg mendapat pujian drpada pengkritik. Dan selepas itu, Andy Serkis mengumumkan yg dia akan mengarahkan filem berkisar tentang watak Mowgli dgn caranya yg tersendiri.

Setelah menonton filem Mowgli: Legend of the Jungle, ternyata filem ini blh dikatakan mknan yg agak menyelerakan, tapi adalah satu dua yg agak kurang menarik di sana sini. Banyak perkara yg menjadikan Mowgli: Legend of the Jungle masih berada di bawah filem Jungle Book dr Disney. Namun, ada juga beberapa perkara yg menjadikan Mowgli lebih menonjol dr The Jungle Book.
Pertama, apa yg menarik pasal Mowgli: Legend of the Jungle ni semestinya tone filem ni yg lebih dark dan juga berani drpada versi Disney. Mowgli mempunyai lebih tona penceritaan yg lebih berani. Tidak seperti filem Disney, filem garapan Andy Serkis ini penuh darah dan juga penceritaan dunia haiwan yg sangat brutal. Maybe utk orang dewasa macam aku, tona penceritaan sebegini aku mahukan.
Namun, penceritaan yg dark dan juga brutal tidak semestinya menjadikan The Jungle Book versi Disney jatuh ke tanah. Andy Serkis kelihatan gagal utk memberikan roh dan jiwa yg baik dlm beberapa aspek filem ini dan menyebabkan Mowgli kadangkala cuba utk jadi gah tetapi tersungkur di satu dua tempat. Namun, Mowgli masih blh berdiri.
Selain tona yg lebih dark, Andy Serkis kelihatan memberi visi rupa haiwan dgn lebih serius dan detail. Watak Bagheera dan juga Baloo kelihatan lebih realistik dan itu menjadi antara kekuatan kepada filem ini. Memang Andy Serkis berjaya melahirkan Bagheera, Baloo dan juga watak haiwan lain dgn visual yg lebih gah.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa penceritaan filem Mowgli lebih kurang sama je dgn filem The Jungle Book. Kedua duanya diambil drpada buku tulisan penulis sama. Apa yg membezakan kedua-dua adaptasi ialah bagaimana pendekatan utk mengekalkan aslinya cerita tersebut. Apabila Disney memilih utk menjadikan Jungle Book utk tontonan kanak-kanak, Mowgli mungkin sudah berjaya utk tontonan dewasa.
Ianya epik. Suara Christian Bale, dgn paduan suara Benedict Cumberbatch dan juga Christian Bale memang menjadikan filem ni sangat hebat. Memang kehebatan Andy Serkis sbg pakar kepada teknik ‘motion capture’ menjadikan visual filem ni terbaik!

Lakonan Rohan Chand sbg Mowgli blh dikatakan sederhana. Entah, aku sendiri rasakan bahawa pelakon cilik ini masih kelihatan tidak berjaya melakonkan watak Mowgli di mata aku. Apapun, lakonannya masih blh dikatakan sempurna. Cuma, aku mungkin berharap bahawa adanya pelakon yg lebih sesuai utk memegang watak itu.
Apapun, menonton Mowgli: Legend of the Jungle ialah seperti menonton versi yg lebih dark utk The Jungle Book. Tona penceritaan yg dark, kesan khas yg lebih terperinci dan hebat menjadikan filem ni sebuah peningkatan yg sempurna utk adaptasi naskah Rudyard Kipling ini. Namun, tidak bermakna Mowgli ialah sebuah filem yg hebat drpada versi Disney.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

Loading...

Tags: #2018 #Filem #Mowgli #Ulasan

author
Author: 
    Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan Hadis Nabi Di Gua Hira’.
    Oleh : Dr. Ustaz Rozaimi Ramle – Hadith [Jawapan Kepada Puan Asiah Jalil Berkaitan
    Azhan Rani Kongsi Siapa Sebenarnya Pelacur RM30 Yg Buat Penonton Geram
    Sesiapa yg menonton siri tv Nur 2 pastinya merasa geram dgn perangai Ustaz
    GENIUS : Bahasa Melayu Atau Tidak?
    Oleh : KU SYAFIQ GENIUS : BAHASA MELAYU ATAU TIDAK? Kritikan terhadap pertukaran
    Penjualan Android Box Tidak Sah Diharamkan, Ini Apa Yg Anda Perlu Tahu.
    Nampaknya kerajaan telah mengenakan peraturan baru bg mengawal akses kepada kandungan Android Box

    Leave a reply "Ulasan Filem: Mowgli (2018)"