Ulasan Filem: Misteri Dilaila (2019)

Loading...

img 8230B252822529 - Ulasan Filem: Misteri Dilaila (2019)
Syafiq Yusof sentiasa tampil dgn idea yg segar dan memang luar dr kotak. Tak kisahlah sama ada ideanya dicedok drpada mana-mana filem luar, apa yg cuba utk ditonjolkan oleh Syafiq sememangnya sesuatu yg amat berani dan penuh visi. Terbaru, pengarah muda ini tampil dgn Misteri Dilaila. Filem ini tanpa dijangka membuat kejutan tersendiri apabila mempunyai dua ending berbeza.
Filem yg menggandingkan Elizabeth Tan, Sasqia Dahuri dan juga Zul Ariffin ini berentak psiko thriller. Malah, ianya juga mempunyai bumbu seram yg cukup. Tetapi, setiap versi, sama ada versi 1 dan versi 2 akan mempunyai pemberatan berbeza. Jika korang menonton versi 1, korang mungkin akan berhadapan dgn lebih elemen psiko thriller, manakala di versi 2, elemen horror lebih banyak suntikan.
Aku berkesempatan menonton filem Misteri Dilaila versi 2. Dan dgn pengalaman ini, aku dapat huraikan bahawa versi 2 adalah versi yg lebih berat, mempunyai ending yg open ending utk diskusi kedai kopi, dan mungkin tidak digemari penggemar filem yg mahu hiburan ringan. Take note yg setakat aku menulis ini, aku masih belum menonton versi 1.
Di dlm Misteri Dilaila versi 2, kita lebih digalakkan utk percaya bahawa hantu yg menjadi klu kepada kehilangan Dilaila, yg dikatakan mempunyai raut wajah Dilaila itu wujud dan ada kepentingannya yg tersendiri. Di akhir 20 minit filem ini juga, kita dipaparkan dgn elemen home invasion yg jarang kita tonton.

Apapun kehebatan ending filem ini, Misteri Dilaila bukanlah sebuah filem yg perfect. Plotnya bukanlah sesuatu yg segar jika korang pernah menonton filem luar negara. Genre sebegini yg mirip garapan Hitchcock sudah dibikin banyak kali di Hollywood. Terbaru, Forgotten, filem Korea terbitan 2017 adalah filem berkonsep sama yg mungkin dipinjam Syafiq utk membikin Misteri Dilaila.
Aku rasakan bahawa permulaan filem ini agak cantik. Ianya mengikut tipikal konsep filem antarabangsa yg memang penuh dgn klu. Malah, kita tidak menunggu lama utk filem ini memulakan teka tekinya. Itu sangat baik. Malangnya, semakin kita menghampiri pertengahan filem, Syafiq kelihatan kekal dgn persoalan yg sama sehinggakan separuh masa pertama filem sedikit meleret.
Ya, pd mulanya, aku memang rasa seronok dgn elemen tegang dimana Jefry cuba utk mencari bukti tentang kehilangan Dilaila dan membuktikannya kepada Inspektor Azman. Namun, babak yg berulang-ulang, seperti sikit-sikit panggil Inspektor Azman, sikit-sikit Imam datang sehinggalah berkali-kali kelihatan membosankan. Nasib baik, separuh masa kedua, filem ni menegang degan cantik.
Tidak dinafikan Zul Ariffin masih kekal dgn lakonan yg menjadi dirinya sendiri. Elizabeth Tan mencuri perhatian walaupun babaknya sedikit sahaja. Sasqia Dahuri memang menampilkan lakonan yg menjadi walaupun agak janggal. Siapa sangka, Sasqia dan Elizabeth kelihatan benar-benar iras wajahnya. Namron, Rosyam Nor, memang sentiasa terbaik.
Tahniah juga aku ucapkan kepada Misteri Dilaila kerana menampilkan visual yg agak luar biasa. Elemen interior rumah memang terbaik. Rekaan interiornya memang tak disangka-sangka. Malah, kerja kamera juga blh dipuji kerana berjaya memberi jiwa utk setiap babak di dlm filem. Cuma, aku kurang gemar dgn transition yg kadangkala too ambitious dan mengganggu. Kurangkan sikit oklah kot.

Overall, memilih utk release dua versi ending di pawagam pd tayangan serentak mungkin satu percaturan. Ianya perkara baru dlm industry dan para penonton seharusnya bangga dgn marketing campaign yg begitu luar biasa. Pd aku, Syafiq Yusof sudah membuktikan bahawa filem Malaysia blh mencuba jika ada dana.
Misteri Dilaila bukan filem sempurna. Namun, jiwa utk membina perubahan dlm dunia filem Malaysia menjadikan filem ini layak dipuji. Syafiq Yusof membawa jiwa mudanya dan menginspirasikan idea luar dan membuktikan bahawa konsep filem dr luar negara mampu diadaptasi ke dlm dunia filem Malaysia jika kena gayanya.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

Loading...

Tags: #2019/ #Dilaila' #Filem #Misteri #Ulasan

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Ulasan Filem: Misteri Dilaila (2019)"