Ulasan Filem: Master Z Ip Man Legacy (2018)

Loading...

MV5BZTczNmZmZjUtNmQ1NS00OTc1LThkYTUtYjE4MmQyZGI2ZjA2XkEyXkFqcGdeQXVyNDA4OTExNDU2540. V1  1 - Ulasan Filem: Master Z Ip Man Legacy (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Yuen Woo-ping
Pelakon | Max Zhang, Dave Bautista, Michelle Yeoh
Master Z: The Ip Man Legacy ialah sebuah filem spin-off yg berkesinambungan terus dgn filem Ip Man 3. Kali ini, file mini mengisahkan perjalanan Cheung Tin Chi selepas kalah dgn Ip Man di dlm filem Ip Man 3. Dan kali ini, dunia kisah wing chun dibesarkan dgn percubaan utk meneruskan legasi aksi hebat seperti filem Ip Man terdahulu.
Filem yg dilakonkan oleh Max Zhang sbg teraju utama ini memang cuba menarik penonton dgn promosi aksi rancak pertarungan. Malah, nama nama pelakon hebat dr seantero dunia seperti Tony Jaa, Dave Bautista dan juga Michelle Yeoh menjadi bahan promosi utk menarik penonton utk menonton filem ini.

Namun, adakah Master Z berjaya menjadi legasi filem wing chun yg menyambung legasi kehebatan filem Ip Man? Jujurnya, filem kali ini sedikit lain dan kurang hebat berbanding filem filem Ip Man terdahulu. Namun, ianya masih blh dinikmati kerana aksi pertarungannya yg tidak mengecewakan walaupun agak singkat.
Ya, pertarungan dlm filem ni terlalu pendek dan tak puas. Di awal filem, kita sudah ada paparan pertarungan Tony Jaa melawan Cheung Tin Chi. Namun, aksinya terlalu pendek dan tidak ada naratif yg jelas dan konkrit utk pertarungan itu berlaku. Pertarungan antara Cheung Tin Chi dan Michelle Yeoh blh dikatakan blh tahan. Tapi, paling best, semestinya pertarungan antara Dave Bautista dan watak utama.
Walaupun filem ini seperti filem Ip Man yg memfokuskan aksi, filem kali ini lebih menekankan aspek naratif. Kelihatan bahawa filem ni seperti sebuah percubaan utk membawa dunia filem wing chun ke hadapan dan seterusnya menyebabkan lebih banyak sekuel dan spin off dihasilkan walaupun Master Z dan Ip Man tiada lagi dlm filem itu.
Dari segi plot, filem ni bercakap tentang bahaya dadah dan juga gangster. Tema yg ringkas dan blh dikatakan masuk dgn masyarakat di serata dunia. Dan disebabkan filem Master Z tidak menggunakan naratif sejarah, filem ni dipenuhi dgn watak watak yg menceriakan dan juga menjadikan filem ni nampak segar dr filem Ip Man yg nampak lebih serius.
Aku blh katakan yg kerja kamera dan juga koreografi pertarungan memang cukup hebat. Memang team filem Master Z terbaiklah. Puas hati dgn segala aksi bela diri yg dipaparkan. Tapi, tu lah, macam aku katakan, pertarungannya ringkas sangat.

Lakonan Dave Bautista pd aku kelihatan canggung di awal filem. Namun, apabila plot twist didedahkan, aku rasakan bahawa watak Dave Bautista juga menjadi antara watak yg hebat dan juga buat orang geram. Tidak dinafikan juga bahawa kehebatan Max Zhang yg diserlahkan dlm Ip Man 3 menjadi penarik dan berjaya menolak watak ini ke hadapan dan dilihat ramai.
Secara jujurnya, aku masih kurang puas dgn Master Z: The Ip Man Legacy. Mungkin kerana filem ini menumpukan kepada naratif dan perkembangan plot, ianya gagal menyadurkan aksi mantap sebanyak mungkin seperti dlm filem Ip Man 3. Namun, aku blh katakan filem ni blh layan.
Harapnya, jika Master Z: The Ip Man Legacy punya sekuel, naratifnya mungkin akan lebih menarik dan aksi pertarungannya lebih padu dan panjang.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Filem #Legacy #Master #Ulasan

author
Author: 
    Jom Cuti Sekolah Bersama Captain Quack & Friends Di Sunway Lagoon
    Hi semua.. Dah masuk cuti sekolah kan mesti tengah planning nak bawa anak-anak
    Sindir Artis yg Suka Pamer Isi ATM? Tamara Bleszynski: Receh, Sangat Memalukan!
    slidegossip.com – Belakangan ini byk artis-artis yg ikut-ikutan membongkar isi saldo di ATM
    Bibir Bengkak, Barbie Kumalasari Disantet? Mbah Mijan: Dari Orang yg Ditolak Cintanya!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan datang dr Barbie Kumalasari. Baru-baru ini bibir Barbie Kumalasari
    Elaun Perjalanan Kenderaan (EPK) Penjawat Awam Dinaikkan
    Melalui satu siaran bertrikh 12 November 2019, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah

    Leave a reply "Ulasan Filem: Master Z Ip Man Legacy (2018)"