Ulasan Filem: Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019)

Loading...

DvUb1xDXQAI5p13 1 - Ulasan Filem: Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Shelly Chopra Dar
Pelakon | Sonam Kapoor, Anil Kapoor, Juhi Chawla, Rajkumar Rao
Wohooooo… aku tergamam. Serius. Ini filem paling rare aku pernah tonton dlm filem Bollywood. Adalah satu dua dahulu, tapi dgn casting hebat seperti Anil Kapoor, Juhi Chawla dan Sonam Kapoor, sememangnya filem ni agak pelik dan kadangkala mungkin mengundang rasa sensitivity di kalangan penonton.

Perlu diingatkan, korang mungkin akan tutup dan hentikan tonton filem ni sekerat jalan jika korang tak open minded. Kenapa? Sebab mesej di dlm filem ni sangat pelik dan tidaklah mainstream. Jangan terkejut, filem Ek LAdki Ko Dekha Toh Aisa Laga ni berkisar tentang seorang lelaki yg nak tolong seorang permpuan lesbian utk mendekati kekasihnya!
Yup, itulah kisahnya! Perihal lesbianism. Ianya memang sebuah filem yg mungkin takkan ada di slot tv3 pd setiap sabtu, dan mungkin akan menjadi filem yg akan dilupakan terutama sekali bagi penonton Bollywood yg tidak menggemari keterbukaan ini. Apapun, kalau nak menonton, blh saja, cuma sekadar utk memahami isi.
Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga mengisahkan Sweety lakonan Sonam Kapoor yg mana menambat hati Sahil lakonan Rajkummar Rao. Namun, Sahil mendapati bahawa Sweety ialah seorang lesbian yg sedang menaruh kasih terhadap wanita bernama Kuhu. Kasih Sahil terhadap Sweety ditolak, tetapi Sahil bertekad utk menolong Sweety dlm kisah cintanya yg luar dr norma masyarakat.
Di satu sisi, aku rasakan filem ni segar. Ianya ada plot yg agak luar biasa. Isu lesbianism dibuka dgn pelbagai paparan termasuklah isu bagaimana masyarakat menerima percintaan luar norma ini. Namun, di satu sisi lagi, aku agak kurang setuju dgn ending filem ni yg agak melebihkan sokongan terhadap hubungan cinta sebegini.
Tolak tepi plot filem ni, aku dapati bahawa Juhi Chawla masih berbisa walaupun wataknya hanyalah watak sampingan sahaja. Anil Kapoor pula tidak dapat disangkal lagi masih mempunyai kekuatan tersendiri walaupun kali ini buat pertamakalinya berlakon bersama anaknya sendiri, Sonam Kapoor. Ianya sebuah gabungan dua generasi yg wajar utk dinikmati.
Visual filem ni blh dikatakan cukup baik dgn sinematografi yg memuaskan. Lagu-lagu di dlm filem ini, walaupun hanya ada satu dua sahaja di awal filem, cukup utk menambah seri filem ni yg memang membahang apabila menonton dan merasai isu yg mahu disampaikan.

Pesan aku, filem ni memang bukan utk korang yg too serious tentang isu lesbianisme. Filem ni memang utk orang yg menonton dan blh menikmati keterbukaan ini dgn tahu menilai baik dan buruk. Kalau takut dilambung ombak, jangan tontonlah filem ni. Aku pesan siap-siap. Sat lagi macam-macam pula keluar isu membawang.
Sebagai penonton yg dah tonton filem ni, aku blh sifatkan bahawa Ek Ladki Ko Dekha Toh Aisa Laga ialah sebuah filem meraikan cinta. Tetapi, bukan cinta biasa. Dan menyaksikan gandingan Anil Kapoor dan Juhi Chawla kembali selepas hamper 11 thn tidak bergandingan dlm satu filem seolah-olah menggamit memori filem lama mereka.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2019/ #Aisa #Dekha #Filem #Ladki #Laga #Ulasan

author
Author: 
    Sebelum ‘Cendol Dawet’ Viral, Abah Lala Berjuang Mati-Matian Sampai Rela Dihujat!
    slidegossip.com – Para pecinta lagu dangdut, khususnya di Pulau Jawa pasti tahu dgn
    Alhamdulilah, Team BBL Menang Miss SHOPhia Shopping Hunt 2019!
    Assalamualaikum semua… Miss SHOPhia Shopping Hunt 3.0 kembali lg thn ni. Ni kali
    (Video) Panduan Penjaminan Kualiti Pentaksiran Berasaskan Sekolah
    Penjaminan kualiti merupakan piawaian utk menentukan kualiti pelaksanaan PBS mengikut garis panduan yg
    Nikita Mirzani Siap Bayari Tiga Setia Gara Pulang ke Indonesia, Tapi Jawabannya Malah Begini!
    slidegossip.com – Artis asal Indonesia, Tiga Setia Gara yg kini tinggal di Amerika

    Comments are closed.