Ulasan Filem: Captain Marvel (2019)

Loading...

captain marvel ver18 xlg 1 - Ulasan Filem: Captain Marvel (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Anna Bodden & Ryan Fleck
Pelakon | Brie Larson, Samuel L Jackson, Jude Law
Filem terbaru dlm dunia filem Marvel ini mungkin sesuatu yg baru dlm beberapa aspek. APa tidaknya, ini ialah filem pertama dlm kategori superhero wanita semenjak dunia MCU diperkenalkan. Malah, filem ini juga turut bertindak sbg prekuel kepada dunia MCU yg berula semenjak 2008 sebelum diraikan dgn meriah di dlm filem Endgame yg akan menjelma kelak.
Brie Larson menggalas tanggungjawab sbg superhero wanita berjiwa kental yg dikenali sbg Captain Marvel. FIlem ini lalu melakar perjalanan watak ini dr awal sehingga akhirnya bagaimana Carol Danvers blh terlibat dgn masalah bumi yg dicetuskan Thanos dlm filem Infinity War.
Antara beberapa asapek positif filem ini ialah bagaimana penceritaan filem ni yg tidak seperti penceritaan kisah asal usul superhero yg lain. Jika selalunya kita melihat kisah superhero akan bermula dr awal, kemudiannya ke bahagian bagaimana seseorang itu mendapat kuasa, dan seterusnya. Namun, naratif Captain Marvel tidak sebegitu.

Filem ini bermula dgn watak Carol Danvers yg berada di planet Hala dimana dia sudah memiliki kuasanya yg tersendiri. Melalui filem ini, Carol kemudiannya mendapati kisah silamnya mula muncul perlahan-lahan drpada ingatannya yg dipadamkan. Nampak naratif ini biasa sahaja dlm filem Hollywood, namun penceritaan sebegini tidak pernah lagi digunakan dlm filem filem MCU.
Antara aspek lain yg mencuri tumpuan ialah muzik latar dan juga beberapa reference kepada era 1995. Mungkin tak semua perkara yg kita lihat di dlm filem ni blh kita rasa pd era 1995 di Malaysia. Namun, sedikit sebanyak ianya membuatkan kita kembali ke era tersebut yg mana penuh dgn kenangan manis.
Secara peribadi, jika hendak katakan Captain Marvel ni best sangat, pd aku tidaklah. Captain Marvel cukup utk membina beberapa logika dunia MCU yg tertinggal dan melengkapkan beberapa point dunia MCU selain memberi naratif sendiri kepada perjalana hidup Captain Marvel. Beberapa perkara yg tidak ada di dlm filem MCU dibina sekaligus mencantumkan Captain Marvel dgn dunia MCU utk melengkapi.
Adegan filem Captain Marvel tak ada yg luar biasa. Ianya seperti menonton filem Marvel yg sudah biasa kita tonton. Tak ada aksi yg begitu memukau namun ianya tetap blh dilayan walaupun CGI filem ini masih lagi di tahap sederhana seperti filem Black Panther dan beberapa filem MCU sebelumnya. Entah kenapa, MCU tidak mementingkan aspek ini utk lebih membungakan kualiti filem mereka.
Dialog-dialog lucu gagal utk kick anak tekak aku utk ketawa. Entah kenapa, lawak dan dialog dlm filem ni agak try hard dan kurang menjadi. Atau mungkin juga lawak-lawak di dlm filem ni tidak segar mana kerana sudah diulang-ulang dlm filem MCU yg sebelumnya. Blh dikatakan dialog filem ni agak membosankan!
Sedikit kecewa juga apabila ada bahagian-bahagian filem ni yg agak membosankan, terlalu menekankan perbualan yg rasanya blh dibikin dgn lebih mantap. Adegan twist tentang bangsa Skrulls juga agak mengecewakan dan kelihatan gagal utk menyerlah. Entah kenapa, keterujaan menyaksikan Skrull berakhir dgn kekecewaan kerana naratif mereka yg begitu kurang mantap.

Aksi dlm filem ni agak sedikit. Malah, dgn kekuatan Captain Marvel yg dicanang, rasanya watak antagonis lebih dikejamkan dan dimantapkan lagi. Bukannya seperti apa yg kita lihat. Seolah-olah melihat sebuah filem yg gah namun pengakhirannya terlalu singkat dan tidak ada apa-apa rasa drpada sekadar bercerita.
Entah kenapa, aku lihat filem ini seakan drama yg dibikin segera. idak mempunyai visual yg begitu memukau seperti filem MCU lain, seakan-akan tidak cuba memberikan sesuatu nafas baru bagi sesebuah filem MCU dan membuatkan sesuatu perkara yg lebih memukau. Dan pd aku, Wonder Woman lebih memenangi hati aku berbanding filem ini.
Pada aku, Captain Marvel ialah sebuah filem MCU biasa. Tidak hebat mana. Tapi, cukup utk sekadar dibikin utk melengkapkan MCU. Filem ini sama tarafnya dgn Thor, dan Ant-man and the Wasp. Gagal utk menyerlah mungkin atas beberapa faktor. Tetapi, walaupun filem ni tidak menarik, ianya tetap akan ditonton kerana ianya berada dlm sebuah dunia filem yg besar dan dikenali.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK

Loading...

Tags: #2019/ #Captain #Filem #Marvel #Ulasan

author
Author: 
    Pertimbang bonus sebulan gaji, semak semula SSM – CUEPACS
    GEORGETOWN: Kerajaan diharap mempertimbangkan pemberian bonus sekurang-kurang sebulan gaji kepada penjawat awam dlm
    MATXI Corp Sambut Ulangtahun Ke 2 Penuh Gemilang
    Assalamualaikum Tahniah MATXI Corp atas ulang thn ke 2 pd 21 Sept lps.
    Dijambak Haters dan Ketahuan Botak, Lucinta Luna Ngamuk di Tempat Umum!
    slidegossip.com – Lucinta Luna kembali jadi perbincangan publik. Seperti terlihat dlm video yg
    Lirik Lagu Ilir 7 ‘Entah Apa yg Merasukimu’ Langsung Viral di Media Sosial!
    slidegossip.com – Lagu berjudul ‘Entah Apa yg Merasukimu’ tiba-tiba saja jadi viral di

    Leave a reply "Ulasan Filem: Captain Marvel (2019)"