Ulasan Filem: Cam (2018)

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Cam rgb digital 1 - Ulasan Filem: Cam (2018)

Tahun Terbit | 2018

Pengarah | Daniel Goldhaber
Pelakon | Madeline Brewer, Patch Darragh, Melora Walters
Cam ialah sebuah filem yg memang kalau ditayangkan di pawagam, memang cari pasal. Selepas menonton trailer filem ni, aku tahu, filem ni memang sebuah filem thriller yg menjentik akal penonton yg pernah mengetahui apa itu cam girl.

Aku tak nak cakaplah pasal apa dia cam girl. Tapi, kalau kau layan Netflix, ada satu siri dokumentari bertajuk Hot Girl Wanted: Turn On yg berkisahkan tentang kerjaya cam girl. So lepas tonton siri dokumentari tu, kau akan ada sikit pencerahan tentang dunia cam girl yg jadi premis filem ni.
Filem ni, utk fakta ditulis oleh sorang manusia yg memang pernah terlibat dgn dunia cam girl. Dan ianya blh dikatakan provoking dan juga amat padu utk membuatkan kita berfikir tentang dunia manusia yg dipenuhi dgn dunia alam maya.
Cam mengisahkan seorang gadis yg menjadikan kerjaya sbg cam girl utk kehidupannya. Lola cuba utk bergelut utk naikkan rankingnya tetapi dgn satu rules, orgasm di hadapan kamera haruslah asli dan bukan dibuat buat.
Disebabkan hal itu, lama kelamaan, peminat Lola makin menurun mendesak Lola utk mengabaikan rules yg telah dia buat. Selepas satu sesi web cam, akhirnya Lola berjaya. Malangnya, keesokan harinya dia dapati dia tak blh log in ke accountnya dan ada seseorang yg lain menggunakan akaunnya dan menjadi dirinya.
Walaupun filem ini berkisar tentang pencuri identiti seorang cam girl, filem ni berjaya menimbulkan kerisauan tentang identiti kita di laman maya tak kiralah Facebook mahupun apa sahaja laman sosial.

Kau akan dapat rasakan bagaimana rimasnya seorang itu apabila mendapati bahawa identiti sudah dicuri dan kita gagal u tuk meminta bantuan kepada sesiapapun. Ianya ialah worst case scenario yg kalau terjadi, memang sesuatu yg bakal buatkan kita tak tenang nak hidup.
Filem ni mempunyai plot yg mudah. Tapi, jangan disangka endingnya biasa. Ianya blh dikatakan agak provoking dan juga menjadi satu ending yg agak berat bagi aku. Walaupun endingnya ringkas, ianya ada banyak perkara yg buatkan kau tertanya tanya selepas selesai tonton.
Walaupun aku rasa isu yg dipaparkan dlm Cam ni agak provoking dan tidak semua akan selesa dgnnya, Cam ialah sebuah filem yg mampu buat kita berfikir sejauh mana kita mementingkan keselamatan saat kita melayari media sosial.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Filem #Ulasan

author
Author: 
    Ini Yg Dijumpai Apabila Operasi Menangkap Pemungut Derma Di Sebuah Pasar Malam, Sungguh Memilukan dan Memalukan
    Ini Yg Dijumpai Apabila Operasi Menangkap Pemungut Derma Di Sebuah Pasar Malam, Sungguh
    Biodata Penuh Siti Saleha Pelakon Wanita Malaysia
    Biodata Penuh  Siti Saleha Pelakon Wanita Malaysia | Siti Saleha Mohd Baharom (lahir 14 Mac
    Viral – Ribuan serangga ‘menyer4ng’ Kota Mekah
    Viral – Ribuan serangga ‘menyer4ng’ Kota Mekah | Seranngan ribuan serangga di kota
    Biodata Penuh Mira Filzah Pelakon Popular ‘ Pujaan Hati Kanda ‘
    Biodata Penuh Mira Filzah Pelakon Popular ‘ Pujaan Hati Kanda ‘ | Nur Amirah

    Leave a reply "Ulasan Filem: Cam (2018)"