Ulasan Filem: Buybust (2018)

buybust ver2 xlg 1 - Ulasan Filem: Buybust (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | Eric Matti
Pelakon | Anne Curtis, Brandon Vera

Jika Indonesia ada The Raid, Malaysia punya Polis Evo, maka Filipina ada Buy Bust. Ianya adalah satu perkara positif melihat perkembangan industri filem aksi Asia Tenggara kini banyak percubaan utk keluar dr kepompong lama.
Buy Bust ialah percubaan itu. Percubaan utk menyerlahkan sinema Filipina kepada dunia dan membuktikan bahawa mereka bukanlah terkebelakang dlm membikin filem aksi. Ianya satu kebanggaan buat mereka.
Filem ini mengambil latar masa satu hari sahaja. Pendek kata, apa yg berlaku dlm filem ini hanyalah berlaku dlm satu malam. Dan jika kau tonton, ianya mengingatkan aku kepada filem The Raid mahupun Judge Dredd yg mempunyai konsep yg sama.

Berlatar belakangkan setinggan di pinggir kota, Buy Bust mengisahkan bagaimana pasukan khas cuba menumpaskan satu sindiket dadah. Setelah satu misi gagal sebelum ini, Nina mahu turut serta dlm misi terbaru yg bakal menamatkan perang dadah di Filipina.
Namun, malam penangkapan ketua kartel dadah berakhir dgn malapetaka apabila mereka terperangkap di dlm setinggan yg berselirat dan juga penduduk setinggan yg sudah muak dgn sikap polis yg asyik mahu menangkap penjual dadah sehingga menyusahkan mereka.
Dan semuanya berkisar tentang bagaimana pasukan ini mahu keluar dr setinggan itu apabila penjual dadah menjadikan orang yg tinggal di kawasan itu sbg benteng utk mengelakkan mereka keluar dr situ hidup hidup.

Pada aku, filem ni memang lain drpada yg lain. Utk berada setaraf dgn The Raid, mahupun Polis Evo, filem ni jauh meninggalkan filem filem ini di belakang. Namun, aku akui, utk taraf filem Filipina, filem ni dah cukup baik utk dipertontonkan dunia.
Jujurnya, filem ni mempunyai aksi yg berulang, tidak ada perkara yg luar biasa sangat kecuali elemen keganasan yg blh dikatakan amat banyak. Babak tikam antara yg paling jelas dan banyak paparan. Tetapi tetap tidak memberikan kengerian yg besar.
Aksi dlm filem ni tidak mempunyai unsur seni bela diri. Jadi, nak expect koreografi setaraf filem aksi Indonesia, memang jauh panggang dr api. Itu yg sebenarnya buatkan aku sedikit kecewa apabila filem ni lebih kepada aksi tembak menembak yg berulang dan tiada perkara baru.

Namun, kerja kameranya blh dipuji. Itu antara aspek yg menarik dan juga menjadikan Buy Bust mampu dijual ke mata dunia. Muzik dan suntingannya juga blh dikatakan menutup banyak lompong aksi yg gagal diselamatkan dgn baik. Tema dan juga kerja teknikal yg baik menjadikan filem ni mempunyai tarafnya yg tersendiri.
Lakonan Anna Curtis menjadi tunjang utama kepada filem ini. Malah ianya juga menjadi penarik kepada penonton utk menonton filem ni.
Apapun, Buy Bust seakan sedikit mengecewakan bagi pandangan aku secara peribadi. Mungkin aku terlalu letak harapan tinggi utk filem ni. Memang jatuh tersungkur lah jawabnya. Tetapi, ianya amat wajar utk ditonton sekali lalu utk melihat perubahan sinema Filipina pd tahap tertinggi mereka setakat ini.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Buybust #Filem #Ulasan

author
Author: 
    KURASi – Fashion Terkini Semua Original Dari Jepun
    Assalamualaikum & hai semua…  Pengalaman travel ke Osaka Jepun thn lps sangat bermakna
    Lina eks Sule Diduga Korban Pembunuhan Berencana, Teddy Malah Bahas Soal Hutang Piutang!
    slidegossip.com – Hingga saat ini pihak kepolisian masih menyelidiki kasus kematian mantan istri
    Ashanty Sakit Karena Disantet? Nyai Kidul: Orang Sunda, Pernah Berharap Jadi Istri Mas Anang!
    slidegossip.com – Kabar mengejutkan menghampiri artis cantik Ashanty. Istri Anang Hermansyah itu diketahui
    Modul lengkap KPM Panduan Pelaksanaan Program Mentor Mentee Di Sekolah
    Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yg berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    Leave a reply "Ulasan Filem: Buybust (2018)"