Ulasan Filem: Bandersnatch (2018)

black mirror bandersnatch xlg 1 - Ulasan Filem: Bandersnatch (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | David Slade
Pelakon | Fionn Whitehead, Will Pouter, Alice Low
Filem yg bersifat interaktif selalunya jarang diperkatakan. Ianya mungkin masa depan kepada sinema dan penontonan filem, namun ianya bukanlah perkara baru. Filem interaktif sudah ada sejak lama, korang google sendiri. Namun, dgn hadirnya Bandersnatch, khalayak penonton jadi terdidik dan teruja dgn genre ini yg sedikit seperti permainan video.
Dalam satu filem panjang dr siri Black Mirror ini, sbg penonton, kita diberi pilihan utk mengawal watak utamanya, Stefan Butler lakonan Fionn Whitehead yg mana sedang cuba utk mengadaptasi sebuah buku interaktif sekitar thn 1984. Di dlm dunia Stefan, kita ada beberapa watak lain.
Nampak macam biasa. Tapi, kita sbg penonton akan mempunyai peluang utk membuat pilihan utuk Stefan. Antara pilihan yg menarik utk dipilih ialah sama ada menerima atau menolak, memilih perilaku dan juga apa yg Stefan akan buat. Setiap pilihan kita akan membawa kepada naratif baru dan mempunyai pengakhiran yg berlainan.
Bagi yg sudah biasa menonton siri Black Mirror yg berada di Netflix, Bandersnatch mempunyai penceritaan yg lebih kurang sahaja dgn sirinya terdahulu. Selain mempunyai durasi yg lebih panjang dan peluang utk memilih naratif, Bandersnatch juga ibarat sebuah parodi dan juga penuh dgn easter egg dr sirinya.
Sebagai penggemar siri Black Mirror, filem Bandersnatch ialah sebuah filem yg menjangkau akal. Ianya ialah satu pengalaman yg menyeronokkan. Adalah amat menarik sekali apabila setiap pilihan tidaklah mempunyai lagging ataupun menyebabkan pause yg lama. Apabila kita buat pilihan, terus sahaja filem akan berjalan seperti biasa dan tidak tersekat langsung.
Bandersnatch berjaya menggabungkan elemen komedi, sains fiksyen dan juga seram dlm satu filem yg sama. Ianya adalah sesuatu yg menarik apabila semuanya dihimpunkan dlm satu filem!
Dari sudut teknikal, filem ni memang terbaik. Namun, bagi yg dah biasa menonton filem dgn cara biasa, kadangkala kita rasa sedikit stress apabila terpaksa menonton filem ni beberapa kali utk mengikut semua naratif yg ada. Jangan risau, cabang cabang naratif dlm filem ni tidaklah banyak, tetapi cukup utk membuatkan korang ulang-ulang tonton.
Bandersnatch ialah sebuah filem yg sangat unik. Sayangnya, kalau korang layan filem ni dr pendownload haram, filem ni takdelah unik mana. Malah, jadi makin serabut nampaknya. Jadi, apa lagi, download aplikasi Netflix dan jadilah penentu hidup kepada karakter utamanya, Stefan Butler dan lihat lima endingnya yg mempunyai pelbagai gaya.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Loading...

Tags: #2018 #Bandersnatch #Filem #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Leave a reply "Ulasan Filem: Bandersnatch (2018)"