Ulasan Filem: Avengers Endgame (2019)

avengers endgame ver2 xlg 1 - Ulasan Filem: Avengers Endgame (2019)
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Russo Brothers
Pelakon | Robert Downey Jr, Scarlett Johansson, Mark Ruffallo, Chris Hemsworth
Setahun menunggu, Avengers: Endgame akhirnya ditayangkan sekaligus mengkonklusikan 22 filem yg bermula semenjak 2008. Semenjak drpada filem The Incredible Hulk, lalu ke Iron Man, peminat disajikan dgn kisah berkisar tentang Infinity Stone dr filem ke filem. Dan sepanjang itu, pelbagai perkembangan dunia MCU tercipta. Dan kini, kisah Infinity Stones bakal tertutup dan terakhir kali, sebelum fasa baru MCU bermula.
Sebagai sebuah kesinambungan kepada Infinity War, usahlah korang masuk ke pawagam jika korang tidak memahami filem Infinity War. Filem ini berkesinambungan terus dgn filem tersebut yg diterbitkan pd thn lepas. Lebih mengeruhkan keadaan, Endgame akan jadi lebih memeningkan jika korang tidak pernah melayan filem Avengers (2012), Thor: The Dark World (2013) dan juga Guardians of the Galaxy (2014).
Ringkasnya, Endgame hanya utk fan yg betul-betul memahami apa itu Cinematic Universe. Ianya bukan sebuah filem yg blh dilayan sbg sebuah filem stand alone. Kerana Endgame itu sendiri ibarat bumbung yg gah yg ditongkat oleh lebih 20 buah filem Marvel Cinematic Universe.
Pada aku, Endgame blh dikatakan sbg sebuah filem utk menutup segala plot dr filem-filem MCU sebelum ni. Apa yg blh diharapkan dlm filem ni ialah bagaimana korang bakal melihat Russo Brothers mengait kesemua filem dr pelbagai pengarah dan sekaligus mengisi lompong timeline sedia ada dgn kemas.
Baiklah, filem ni aku blh bahagikan kepada tiga fasa. Separuh masa pertama ialah fasa pasca Infinity War. Fasa ni, pd aku, sedikit membosankan. Tetapi, bahagian ini sememangnya perlu ada sbg pengikat kepada tragedi di Infinity War. Kita diperlihatkan bagaimana keadaan selepas kejadian Infinity War dan perasaan setiap watak dlm mengharungi kejadian yg sudah berlaku. Tetapi, fasa ini sekejap sahaja, kebosanan korang akan terubat selepas itu.
Fasa dua, iaitu fasa time travel. Fasa ni ialah fasa paling fun dan sangat menarik utk ditonton. Menonton fasa ini ibarat mengimbau kembali beberapa filem Avengers dan superhero solo yg diterbitkan beberapa thn sudah. Peminat mungkin akan terkenangkan kembali usia MCU yg kini menjangkau usia lebih 10 thn dan cepatnya masa berlalu. Fasa ini terselit komedi, suka duka dan pelbagai lagilah yg begitu menarik perhatian.

Fasa seterusnya ialah fasa tiga dimana pertarungan terakhir berlaku. Di sini ialah fasa dimana emosi dan keseriusan mengambil tempat. Fasa ini ibarat penyudah kepada apa yg diceritakan dan ianya begitu meremang bulu roma. Jujur aku katakan bahawa pertarungan di dlm filem ni memang epik, tetapi, disebabkan kita sudah pernah menyaksikan pertarungan sebegini di dlm Infinity War, rasa gah itu ada sedikit hilang apabila tiada sesuatu yg baru ditampilkan dlm persembahan kemuncak filem ini. 

Pendek kata, menonton Avengers: Endgame ibarat menaiki roller coaster yg penuh dgn pelbagai liku. Setiap liku mempunyai emosi yg pelbagai, dimasukkan dlm sebuah filem berdurasi 3 jam dan sekaligus mencipta keunikannya yg tersendiri. Endgame sendiri ibarat sebuah hadiah buat peminat yg setia menonton kesemua filem MCU.
Walaupun pujian melambung, Endgame tidak lari dr kekurangan. Aspek yg aku kurang gemari ialah elemen ketidak sengajaan yg digunakan utk membina plot. Paling lemah sekali ialah scene tikus yg menyebabkan Ant-man keluar dr dunia quantum. Agak lemah dan tak menarik langsung penyebab Ant-man dikeluarkan dr quantum.
Baca review Avengers Infinity War di link di bawah: 
https://www.sukafilem.net/2018/04/ulasan-filem-avengers-infinity-war-2018.html
Selain itu, elemen CGI juga kelihatan agak kurang di sana sini. Jika CGI Bruce Banner mengemudi Hulkbuster di dlm filem Infinity War menjadi kelemahan, sekali lagi, CGI Hulk menjadi kotoran yg mencacatkan filem ni. Beberapa scene filem ni kelihatan agak janggal pd visual juga mungkin kerana penggunaan CGI terutama sekali babak para Avengers bertemu selepas melaksanakan misi time travel.
Malah, aku rasakan bahawa kematian Black Widow adalah kematian terburuk dlm filem Marvel Cinematic Universe. Ya, aku tak nampak apa yg bakal berlaku. Namun, once it happen, aku tak rasa apa. Macam oh, ok, dia dah mati. So? Sebuah kematian yg amat useless utk sebuah karakter yg begitu besar peranannya dlm filem MCU.
Apapun, Endgame ialah percubaan utk menutup kisah Infinity Stones dan kesemuanya lengkaplah saga Infinity sehingga filem ni. Mungkin beberapa plothole angkara gangguan rentas masa yg terjadi akan menjadi pemula kepada kisah baru di masa hadapan. Apapun, kisah Endgame ialah penamat yg sempurna utk peminat filem Marvel Cinematic Universe.
Bagi aku, Avengers: Endgame mungkin akan jadi sedikit celaru jika kau menonton filem ni sbg permulaan penonton MCU kerana filem ni tiada character building sebab ianya berada di dlm filem lain. Tetapi, bagi yg setia menunggu, apa yg Russo Brothers ni ibarat kenduri yg cukup meriah dgn pelbagai hidangan yg lazat.
Pesta emosi di sana sini, Endgame kini di pawagam.

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Loading...

Tags: #2019/ #Avengers #Endgame' #Filem #Ulasan

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.