Ulasan Filem: Aquaman (2018)

Loading...

aquaman ver11 xlg 1 - Ulasan Filem: Aquaman (2018)
Tahun Terbit | 2018
Pengarah | James Wan
Pelakon | Jason Momoa, Amber Heard, Patrick Wilson
James Wan tidak pernah mengecewakan. Itu aku pasti. Dia nampaknya sudah membuktikan kebolehannya mengarah filem aksi dlm filem Fast and Furious 7, dan kini dia memberi peluang kepada dirinya utk mengarahkan filem superhero. Ternyata, ianya sesuatu yg memberikan kita ruang utk menyatakan masih ada peluang utk filem superhero DC berkembang dgn baik.
Aquaman memang agak pelik di imaginasi. Kisah Atlantis dan juga manusia bercakap dlm air ialah sesuatu yg sukar dihadam fikiran. Namun, James Wan berjaya memberi logic dan membawa dunia Atlantis dgn cara yg blh diterima.

Antara sebab Aquaman memang antara filem terbaik DCEU selepas Wonder Woman ialah kerana kisahnya yg menarik dan juga penceritaannya yg memukau. Di dlm Aquaman, kita mempunyai kisah teras yg simple sahaja, tentang adik beradik tiri, namun, kisah itu dibesarkan dgn cara yg menarik dan menghiburkan.
Komedi yg disuntik dlm filem ini secukup rasa. Tak ada scene lawak yg try hard dan memang semuanya menjadi. Blh dikatakan drama dan juga komedi filem ini seimbang dan menjadikan Aquaman sebuah filem yg sedap dilayan. Senang cakap, semuanya cukup rasa.
Mungkin antara aspek yg paling aku suka sekali ialah aksi pertarungan filem ni yg blh dikatakan agak unik. Aksi-aksi dlm filem ni kebanyakannya one to one fight yg mana dihiasi dgn kerja kamera yg agak menakjubkan. Kebanyakan babak aksi mempunyai long shot yg memukau, terutama sekali scene pertarungan pertama semasa pembukaan filem.
James Wan ternyata mempunyai visinya yg tersendiri utk membungakan Aquaman. Filem ini dipenuhi dgn pelbagai kegilaan James Wan dlm menafsirkan bagaimana sebuah filem superhero harus dibikin. Dan akhirnya, Aquaman mempunyai keunikannya yg tersendiri dan menjadi sebuah filem yg dimahukan peminat filem superhero.
Lakonan Jason Momoa tidak dapat dinafikan menjadi antara penarik. Malah, lakonan Amber Heard antara yg menjadi dadah besar utk menarik penonton utk lebih mengamati filem ni. Oh, aku agak kurang selesa dgn Willem Dafoe dan juga Patrick Wilson. Entah kenapa aku tak tahu. Semacam tak kena.

Malah, kadangkala kesan khasnya juga mencacatkan filem ni di satu dua tempat. Aku tak tahulah sama ada James Wan sengaja mahukan kesan khas yg sebegitu rupa atau tidak, tetapi aku rasakan kesan khas dunia Atlantis kadangkala nampak seperti filem Justice League. Not bad, tetapi kadangkala ada visi yg sukar nak digambarkan dgn teknologi sedia ada, mungkin.
Bagi penggemar filem Marvel, aku blh katakan yg Aquaman ni mirip Thor. Dunia Atlantis punya paparan memang fiksyen habis seakan dunia Asgard di bawah laut. Namun, aku harus akui bahawa dunia James Wan dlm membikin Aquaman rasanya lebih hebat drpada dunia Asgard bikinan Marvel. Tetapi, itu sekadar pendapat peribadi.
Pada aku, filem Aquaman ni memang puas hati. Aksi memang panjang dan puas hati. Watak yg ringan dan juga kisah yg mudah menjadikan Aquaman sebuah filem yg menghiburkan tetapi pd masa yg sama membawa logik kepada dunia Atlantis yg sukar utk digambarkan dlm sebuah filem. Sebuah filem popcorn yg sedap dan enak utk dilayan!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Loading...

Tags: #2018 #Aquaman #Filem #Ulasan

author
Author: 
    Harga Menu Texas Chicken
    Hai semua.. Saja nak post latest harga menu Texas Chicken. Senang incase BBL
    Lewat Foto Ini, Lulu Tobing Akhirnya Mengaku Telah Resmi Jadi Istri Cucu Konglomerat!
    slidegossip.com – Kabar pernikahan Lulu Tobing dgn cucu konglomerat, Bani M Mulia ternyata
    Gak Ada Gembar-Gembor, Lulu Tobing Hari Ini Menikah dgn Cucu Konglomerat?
    slidegossip.com – Kabar bahagia sekaligus mengejutkan datang dr artis Lulu Tobing. Seperti dilansir
    Sudah Mantap Berhijab, Artis Cantik Ini Byk Dpt Godaan Utk Lps Hijab!
    slidegossip.com – Artis cantik Citra Kirana akhirnya memutuskan utk berhijab sejak empat bln

    Leave a reply "Ulasan Filem: Aquaman (2018)"