Ulangi Membuat Dosa Walaupun Telah Bertaubat, Adakah Taubat Saya Akan Diterima Allah?

Loading...

Ulangi Membuat Dosa Walaupun Telah Bertaubat 1 - Ulangi Membuat Dosa Walaupun Telah Bertaubat, Adakah Taubat Saya Akan Diterima Allah?

Setiap kali dia menyesal dia bertaubat dan berdoa tetapi dia mengulangi dosa itu semula.. Adakah doa dan taubatnya akan diterima oleh Allah SWT? Mohon penjelasan ustaz.

Jawapan :
Allah SWT tetap akan terima taubat hamba-Nya jika dia bertaubat kepada Allah SWT selagi nyawanya belum sampai dikerongkong (sebelum nazak). Utk muhasabah kenapa seseorang sudah bertaubat blh mengulangi dosa-dosa yg lama dimana silapnya? Jika kita lihat syarat-sayart taubat nasuha terdapat 5 perkara :

PERTAMA : Taubatnya tersebut dilakukannya dgn ikhlas semata kerana Allah. Jadi, faktor yg mendorongnya utk bertaubat, bukanlah kerana riyak nama baik (prestise), takut kepada makhluk ataupun mengharap suatu urusan duniawi yg ingin diraihnya. Bila dia telah berbuat ikhlas dlm taubatnya kepada Allah dan faktor yg mendorongnya adalah ketakwaan kepada-Nya, takut akan seksaanNya serta mengharap pahalaNya, maka berarti dia telah berbuat ikhlas dlm hal tersebut.

KEDUA : Menyesali perbuatan dosa yg telah dilakukan. Yakni, seseorang mendapati dirinya sangat menyesal dan bersedih atas perbuatan yg telah lalu tersebut serta memandangnya sbg perkara besar yg wajib bgnya utk melepaskan diri drnya.

KETIGA : Berhenti total dr dosa tersebut dan keinginan utk terus melakukannya. Bila dosanya tersebut berupa tindakannya meninggalkan hal yg wajib, maka setelah taubat dia harus melakukannya dan berusaha semaksima mungkin utk membayarnya. Dan jika dosanya tersebut berupa tindakannya melakukan sesuatu yg diharamkan, maka dia harus cepat berhenti total dan menjauhinya. Termasuk juga, bila dosa yg dilakukan terkait dgn makhluk, maka dia harus memberikan hak-hak mereka tersebut atau meminta dihalalkan drnya.

KEEMPAT : Bertekad utk tidak lagi mengulanginya di masa yg akan datang. Yakni, di dlm hatinya harus tertanam tekad yg bulat utk tidak lagi mengulangi perbuatan maksiat yg dia telah bertaubat drnya.

KELIMA : Taubat tersebut hendaklah terjadi pd waktu yg diperkenankan. Jika terjadi setelah lewat waktu yg diperkenankan tersebut, maka ia tidak diterima. Lewatnya waktu yg diperkenankan tersebut dpt bersifat umum dan dpt pula bersifat khusus. Waktu yg bersifat umum adalah saat matahari terbit dr arah terbenamnya. Maka, bertaubat setelah matahari terbit dr arah terbenamnya tidak dpt diterima. Atau ketika nazak (nyawa dikerongkong) maka taubatnya tidak akan diterima.

Satu perkara yg perlu diingat jika seseorang sudah bertaubat kemudian mengulangi lagi dosa tersebut di khautiri hatinya menjadi mati dan rasa payah pula nak kembali kepada fitrah yg asal dan tiba-tiba dia mati dlm keadaan dia tak sempat nak bertaubat maka perkara inilah yg sangat dikhuatiri.

Oleh itu pesanlah kepada saudara kita yg sudah bertaubat maka janganlah sekali-kali cuba melanggari janji yg telah dia buat dihadapan Allah SWT utk bertaubat tiba-tiba dia lupa akan janji yg telah dia ucapkan ketika dia bertaubat dahulu. Wallahu a’lam

The post Ulangi Membuat Dosa Walaupun Telah Bertaubat, Adakah Taubat Saya Akan Diterima Allah? appeared first on Islam Itu Indah.

Loading...

Tags: #Adakah #akan #Allah #Bertaubat #Diterima #Dosa #Membuat #Saya #Taubat #Telah #ulangi #Walaupun

author
Author: 
    Alieff Irfan akui filem separa lucahnya jejaskan maruah guru
    Filem ini telah pun dipadamkan di Youtube dan Facebook Video terbaharu personaliti Youtube
    Vicky Nitinegoro Ditangkap, Polisi: Kalau Gak Terbukti Narkoba Ya Dipulangkan!
    slidegossip.com – Model dan aktor tampan Vicky Nitinegoro kini tengah diamankan di Polda
    Diminta Jadi Ketua Umum Partai, Awkarin: Saya Gak Akan Ditunggangi Pihak Manapun!
    slidegossip.com – Selebgram kondang Awkarin kembali menyita perhatian publik. Setelah sebelumnya ia sempat
    Lucinta Luna Ketahuan Lagi Bernama Asli Muhammad Fatah dan Abash Adalah Wanita Bernama Dian Ayu?
    slidegossip.com – Nama Lucinta Luna sudah lekat dgn imej artis yg tak kenal

    Comments are closed.