Ujian MUET hanya terpakai kepada guru opsyen Bahasa Inggeris – KPM

IMG 20190515 080208 - Ujian MUET hanya terpakai kepada guru opsyen Bahasa Inggeris - KPM

PUTRAJAYA – Arahan Kementerian Pendidikan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki Malaysian University English Test (MUET) hanya terpakai kepada guru opsyen bahasa Inggeris.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan) Kementerian Pendidikan, Dr Habibah Abdul Rahim berkata, langkah itu dibuat bg memastikan semua guru mata pelajaran itu mencapai tahap penguasaan yg terbaik.

Menurutnya, pemilihan MUET dibuat kerana ia dibina menggunakan kepakaran tempatan dan dinilai berlandaskan Common European Framework of Reference for Languages (CEFR).

“Fokus kita (Kementerian Pendidikan) adalah kepada guru opsyen bahasa Inggeris (untuk ambil ujian MUET), kita tidak minta kepada guru yg bukan opsyen (bahasa Inggeris) utk ambil ujian ini.

“Pelaksanaan yg kita buat ini (ambil ujian MUET) supaya guru dpt mencapai tahap yg sepatutnya (dalam bahasa Inggeris),” katanya pd sidang media khas di pejabatnya di sini hari ini.

Habibah berkata, ketika ini terdapat seramai 41,676 guru opsyen bahasa Inggeris di seluruh negara.

“Jika diikutkan jumlah yg ada sekarang sudah mencukupi tetapi jika berdasarkan jumlah normal yg seharusnya ada adalah seramai 44,924 orang opsyen bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, ditanya jumlah peratusan guru opsyen bahasa itu yg mengambil ujian MUET, Habibah berkata, sebanyak 50 peratus drpada 41,676 guru berkenaan telah menduduki ujian tersebut.

Terdahulu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dlm satu pekeliling pd 14 April lalu mengeluarkan arahan supaya guru mengajar bahasa Inggeris menduduki peperiksaan MUET.

Pelaksanaan itu dibuat bg melihat semula tahap penguasaan bahasa Inggeris.

Sumber: Sinar Harian Online

Patut diperincikan lagi guru-guru yg perlu duduki ujian MUET ini.

Adakah ada pengecualian sbgmana Pro-ELT dahulu?

Sebagai contoh pengecualian utk:

1. Guru opsyen yg kini menjadi PK, GB, Pengetua, Pegawai di PPD, JPN, KPM (Pentadbiran)
2. Guru opsyen yg memiliki baki 4 thn perkhidmatannya sebelum bersara
3. Guru Opsyen yg mengidap penyakit kronik.

Juga kami mahu tahu, apa pula akan jadi jika keputusan MUET guru opsyen ini tidak capai tahap yg ditetapkan. Adakah mereka hilang kelayakan mengajar Bahasa Inggeris atau diberi latihan lagi.

Ni semua kena detail..pegawai mana buat surat general sangat ni, pastu yg kena bantai Dato KPPM..naya ja.

Loading...

Tags: #BAHASA #Guru #Hanya #Inggeris #Kepada #MUET #Opsyen #Terpakai #Ujian

author
Author: 
    Arti Kata Gaul Titit Meong
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Titit Meong, baik itu di
    Arti Kata Gaul Tenyom
    Kamu pasti sering banget mendengar atau melihat kata Tenyom, baik itu di dunia
    Early Reading Materials (Part 4)
    Teaching your child to read early and well has multiple benefits and is
    Rambut Terbakar di Atas Panggung, Artis Ini Terus Bernyanyi: Ini Bgan dr Kesenangan!
    slidegossip.com – Siapapun yg menjalani suatu profesi memang harus bisa memberikan totalitasnya. Seperti

    Comments are closed.