Ugut Nak Pukul MAZA Dan Zamri Vinoth, Polis Tahan 2 Lelaki India.

LELAKI yg mengugut utk memukul Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di Facebook kelmarin ditahan di rumahnya semalam.
 

FunkyBShankar - Ugut Nak Pukul MAZA Dan Zamri Vinoth, Polis Tahan 2 Lelaki India.

 
Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, suspek berusia 36 thn yg juga kerani ditahan di Gelugor, Pulau Pinang, 2 pagi.

“Kita menahannya bg membantu siasatan berhubung ugutan pukul ke atas Mohd Asri di Facebook, kelmarin.

“Pihak polis akan mendapatkan perintah penahanan reman di mahkamah hari ini dan sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan dr semasa ke semasa,” katanya kepada media.

Sebelum ini Harian Metro melaporkan Mohd Asri membuat laporan polis berhubung ancaman pukul yg diterimanya di Facebook pd 6 petang kelmarin.

Suspek yg menggunakan nama ‘Sandev Sandev’ itu mengugut utk memukul Mohd Asri sehingga parah selain memberikan nombor telefonnya kepada Mohd Asri bg memudahkan lelaki berkenaan bertemunya.

Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
 
Dalam perkembangan berkaitan, seorang individu yg mengugut utk memukul Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu melalui panggilan telefon serta laman Facebooknya ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur malam tadi.

Penahanan lelaki yg dikenali sbg Shankar Ganesh Siridharan itu dilakukan tidak lama selepas Muhammad Zamri membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar, semalam.

Muhammad Zamri yg dimaklumkan mengenai penahanan lelaki tersebut oleh polis tengah hari ini berkata, individu berkenaan turut menghasut orang lain supaya bertindak sama dgn memberi nombor telefonnya.

Katanya, selain mengherdik dgn kata-kata kesat, lelaki berkenaan yg juga bekas penyampai radio di sebuah stesen swasta juga mengugut utk memecahkan muka beliau.

“Ketika saya berada di Kangar semalam, saya telah melihat satu hantaran video drpada lelaki tersebut di laman Facebooknya yg memuat naik rakaman telefon bersama saya yg mengandungi ugutan.

“Melalui rakaman itu juga, dia (suspek) menyebarkan nombor telefon saya agar orang lain menghubungi dan menganggu serta mengugut saya,” katanya, memetik laporan Utusan Online.
 
Muhammad Zamri juga berkata, dia membuat laporan polis selepas bimbang dgn keselamatan diri dan keluarga. – 4 Mei 2019.


Loading...

Tags: #'Polis #INDIA #Lelaki #MAZA #Pukul #TAHAN #Ugut #Vinoth #Zamri

author
Author: 
    Kabur Dari Ibu Tiri yg Kejam, Gadis 14 Thn Ini Malah Diperkosa 6 Pria Selama 2 Hari!
    slidegossip.com – Seorang gadis remaja malang menjadi korban pemerkosaan yg dilakukan oleh 6
    Bangkrut Gara-Gara Corona, Pengusaha Muda Ini Sewa Pembunuh Bayaran Demi Uang Asuransi!
    slidegossip.com – Seorang pengusaha muda nekat melakukan tindakan tak terduga. Berawal dr kondisi
    Aktor Tampan Ini Dituntut Karena Memperkosa 3 Wanita! Pengacara: Kami Yakin Dia Akan Dibebaskan!
    slidegossip.com – Aktor tampan asal Amerika, Danny Masterson dituntut atas tuduhan pemerkosaan yg
    ABG Ngaku Diperkosa Pria Tak Dikenal Saat Mabuk! Baru Lapor Polisi Setelah Hamil 6 Bulan!
    slidegossip.com – Alangkah baiknya utk selalu bersikap hati-hati terhadap orang tak dikenal. Jangan

    Comments are closed.