udang nestum

udang+nestum - udang nestum
Selamat Datang ke Dapur Maklang

Ha..ha..Alhamdulillah…akhirnya maklang dapat gak buat udang nestum. angah lah yg nak sangat maklang belajar buat benda ni…so apalagi maklang browse laa..tengok sana sini, lepas tu kita modify laa..ikut rasa masa mkn kat the Horizon Kuantan…

Bahan:
A:
1 kg udang dibersihkan, nak buang kepala blh, tak nak pun blh
1 cawan tepung jagung
1 sdt serbuk lada putih
garam secukupnya

B:
minyak utk menggoreng

C:
1/2 cawan mentega
6 biji cili api yg di potong kecil
3 pelepah daun kari
1 cawan nestum
2 sdb gula pasir

Caranya:

1. Golek2 kan udang dlm tepung, lada putih dan garam yg telah dicampurkan sebati. Goreng sebentar kerana kalau terlalu lama, nanti udang akan terlalu masak dan kecut…tak sedap laa
2. Angkat dan toskan
3. Cairkan mentega dlm kuali atas api yg perlahan
4. Masukkan cili padi dan daun kari dan gorengkan sehingga kering.
5. Masukkan udang.Gaulkan.
6. Terakhir masukkan nestum dan goreng sebentar. Masukkan gula dan ratakan. Blhlah angkat. ( api perlahan ye…takut nestum terhangus:)

Semuga mendapat manafaat dr blog iniResepi yg terdapat didalam blog ini adalah resepi harian kami sekeluarga…Selamat mencuba!


Loading...

Tags: #Nestum #UDANG

author
Author: 
    Chinese Vegetable Stir Fry Recipe | iCookAsia
    Bring a pop of colour to any meal with this delicious Chinese Vegetable
    Viral Resepi Ayam Goreng Cili Padi
    Resepi ayam goreng cili padi… simple tapi sedap yakmat Bahan2: Ayam Kunyit Garam
    Tutorial memasak – telur crispy nyammi
    Rating video: /5 Sumber video: Youtube
    RESEP MEE GORENG MAMAK PEDAS MANIS
    RESEP SAMBAL NASI LEMAK Rating video: /5 Sumber video: Youtube

    Leave a reply "udang nestum"